26 Disember 2021

Singapura rekod 448 kes jangkitan Omicron

 

SINGAPURA: Republik ini merekodkan sebanyak 448 kes jangkitan Covid-19 melibatkan varian Omicron

Daripada jumlah tersebut, 369 daripadanya merupakan kes import dan 79 kes tempatan, menurut Kementerian Kesihatan Singapura semalam.

Kementerian itu juga mengumumkan terdapat 10 kluster Omicron yang dikaitkan dengan penularan di sebuah bar di River Valley Road.

Kes utama dalam kluster tersebut iaitu Kes 280860 melibatkan seorang pengembara yang tiba ke republik ini pada 14 Disember dari Amerika Syarikat (AS) menggunakan laluan perjalanan vaksinasi (VTL).

Ketika ketibaannya, lelaki itu menunjukkan hasil ujian Covid-19 yang negatif, namun disahkan positif pada 18 Disember.

Pengembara itu turut berjumpa dengan rakannya pada 15 Disember sebelum sahabatnya itu mengunjungi Vinyl Bar  di River Valley Road.

Kesemua pesakit Covid-19 dalam 10 kluster tersebut sudah menerima vaksinasi lengkap dan mempunyai gejala ringan atau tiada gejala. – CNA

Tiada ulasan: