27 Disember 2021

Mangsa banjir lima negeri terus menurun

 Keadaan banjir di lima negeri semakin pulih dan mencatatkan penurunan jumlah mangsa yang dipindahkan. - Foto fail

Keadaan banjir di lima negeri semakin pulih dan mencatatkan penurunan jumlah mangsa yang dipindahkan. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Jumlah mangsa banjir di seluruh negara terus mencatat penurunan dengan rekod 27, 254 orang, berbanding semalam, 33,815 orang di lima negeri.

Berdasar aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seramai 8,220 keluarga masih berada di 182 pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan, Selangor, Pahang, Melaka dan Negeri Sembilan.

Mereka yang terbabit adalah lelaki dewasa (9,502), wanita dewasa (9,182), kanak-kanak lelaki (3,915), kanak-kanak perempuan (3,858), bayi lelaki (389), bayi perempuan (408), warga emas lelaki (985), warga emas wanita (1001), orang kurang upaya (OKU) lelaki (120) dan OKU wanita (93).

Di Kelantan sahaja, seramai 378 mangsa daripada 127 keluarga di PPS manakala di Selangor pula ialah 10,259 daripada 2,932 keluarga.

Pahang pula adalah 16,504 mangsa daripada 5,125 keluarga, Melaka; 29 daripada sembilan keluarga serta Negeri Sembilan; 84 daripada 27 keluarga.

Rakaman gambar suasana pasca banjir di sekitar Hulu Langat, semalam. - Foto BERNAMA
Rakaman gambar suasana pasca banjir di sekitar Hulu Langat, semalam. - Foto BERNAMA

Bengkel Analogi Motorsport semalam menyediakan perkhidmatan membaiki motosikal kepada penduduk di Hulu Langat yang terjejas akibat banjir. - Foto BERNAMA
Bengkel Analogi Motorsport semalam menyediakan perkhidmatan membaiki motosikal kepada penduduk di Hulu Langat yang terjejas akibat banjir. - Foto BERNAMA

Sisa lumpur kering jelas dapat dilihat pada sebuah kenderaan yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan Kampung Chennah, Jelebu. - Foto BERNAMA
Sisa lumpur kering jelas dapat dilihat pada sebuah kenderaan yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda kawasan Kampung Chennah, Jelebu. - Foto BERNAMA

Tiada ulasan: