27 Disember 2021

Covid-19: Perintah berkurung di Xi’an diperketatkan, penduduk tidak dibenarkan memandu kenderaan

 

BEIJING: Perintah berkurung yang dilaksanakan di bandar Xi’an untuk mengawal jangkitan Covid-19 diperketatkan dengan penduduk tidak dibenarkan memandu di sekitar bandar tersebut.

Strategi ‘sifar Covid-19’ yang dilaksanakan ketika ini menyaksikan negara itu terus terdesak dan tertekan untuk memastikann kadar jangkitan dapat dikawal sepenuhnya.

Seramai 13 juta penduduk Xi’an sudah menjalani perintah berkurung yang masuk hari kelima hari ini.

Berdasarkan maklumat yang disiarkan dalam media sosial, pihak berkuasa tempatan akan melaksanakan ‘pendekatan paling ketat’ bagi memastikan bandar tersebut bebas Covid-19.

Bandar itu merekodkan sebanyak 150 kes jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 650 kes sejak 9 Disember lalu.

Tiada kenderaan dibenarkan bergerak di jalanan melainkan ada hal kecemasan dann hanya untuk petugas kesihatan.

Mana-mana pihak yang melanggar peraturan itu bakal didenda sebanyak 500 yuan (RM2,092) atau ditahan selama 10 hari. – AFP

Tiada ulasan: