27 Disember 2021

BWI disalurkan menerusi tiga kaedah mudah

  Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR: Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa banjir akan disalurkan melalui tiga kaedah dan diselaraskan pada peringkat Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).

Tiga kaedah itu adalah serahan tunai di PKOB, serahan tunai rumah ke rumah atau pemindahan tunai secara dalam talian.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penyaluran BWI itu dibuat dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM)

"Mesyuarat memutuskan kaedah ini dilaksanakan untuk mempermudahkan urusan penyaluran BWI kepada mangsa dengan lebih efektif dan pantas.

"Mangsa banjir hanya perlu pengesahan Ketua Komuniti yang dipertanggungjawabkan tanpa perlu mengisi sebarang borang permohonan," katanya dalam kenyataan berhubung mesyuarat Petugas Khas Pengurusan Pascabanjir dan Kesiapsiagaan Menghadapi Gelombang Kedua Banjir, hari ini.

BHARIAN.

Tiada ulasan: