27 Disember 2021

2,757 kes COVID-19, dua hari catat bawah 3,000

 

KUALA LUMPUR: Jumlah kes harian COVID-19 hari ini dilaporkan terus menurun di bawah angka 3,000 apabila sebanyak 2,757 direkodkan sehingga jam 12 tengah hari tadi.

Melalui perkongsian Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 2,743,936.

Semalam, sebanyak 2,778 kes COVID-19 dilaporkan iaitu jumlah di bawah 3,000 buat kali kedua yang direkodkan sepanjang bulan ini.

Maklumat terperinci mengenainya akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my.

Data setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekali gus selepas tengah malam.

BHARIAN.

Tiada ulasan: