13 Januari 2022

Prestasi eksport negara terus meningkat

 Eksport Malaysia pada November 2021 berjumlah RM112.2 bilion - Foto Reuters

Eksport Malaysia pada November 2021 berjumlah RM112.2 bilion - Foto Reuters

PUTRAJAYA: Eksport Malaysia pada November 2021 meningkat sebanyak RM27.5 bilion atau 32.4 peratus kepada RM112.2 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Sementara itu, jumlah dagangan Malaysia bagi November 2021 bernilai RM205.5 bilion, meningkat 34.9 peratus tahun ke tahun, manakala import menokok 38 peratus kepada RM93.3 bilion.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata eksport lebih tinggi direkodkan bagi kebanyakan negeri iaitu Selangor (RM6.3 bilion), Johor (RM5.3 bilion), Pulau Pinang (RM4.4 bilion), Sarawak (+RM3.1 bilion), Kedah (RM2.1 bilion), Sabah (RM1.8 bilion), Pahang (RM1.6 bilion), Kuala Lumpur (RM1.2 bilion), Melaka (RM904.8 juta), Labuan (RM692.5 juta), Perak (RM254 juta), Negeri Sembilan (RM245.8 juta) dan Perlis (RM11.2 juta).

"Bagaimanapun, eksport menurun di Terengganu (-RM346.6 juta) dan Kelantan (-RM42.5 juta)," katanya dalam satu kenyataan Statistik Eksport Import Mengikut Negeri, November 2021, hari ini.

Beralih kepada prestasi import mengikut negeri,Mohd Uzir berkata import meningkat RM25.7 bilion atau 38 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Import pula, katanya meningkat di Pulau Pinang (RM6 bilion), Johor (RM5.6 bilion), Selangor (RM4.7 bilion), Kedah (RM2.7 bilion), Kuala Lumpur (RM2.2 bilion), Negeri Sembilan (RM1.8 bilion), Sarawak (RM749.8 juta), Perak (RM533.7 juta), Pahang (RM305.5 juta), Sabah (RM260.5 juta), Labuan (RM151.6 juta), Terengganu (RM105.1 juta) dan Perlis (RM22.4 juta).

"Bagaimanapun, import menurun di Melaka (-RM34.9 juta) dan

Kelantan (-RM5.7 juta)," katanya.

Mohd Uzir berkata, lima negeri yang mendominasi eksport Malaysia adalah Pulau Pinang (28.2 peratus), Johor (20.6 peratus), Selangor (19 peratus), Sarawak (7.6 peratus) dan Kedah (4.0 peratus).

"Eksport bagi lima negeri ini menyumbang sebanyak 79.4 peratus daripada

jumlah eksport Malaysia.

"Sementara itu, bagi import, Selangor kekal sebagai penyumbang

utama dengan 25.6 peratus, diikuti oleh Pulau Pinang (23.3 peratus), Johor (20.3 peratus), Kuala Lumpur (7.5 peratus) dan Kedah (7.1 peratus)," katanya.

BHARIAN.

Tiada ulasan: