01 Januari 2022

Restoran Me’nate pilih Kelantan buka cawangan ke-9

 

Oleh SALMAH MAT HUSAIN

KOTA BHARU:
 Palace Butcher Resoursces Sdn Bhd syarikat pengendali Restoran Me’nate Steak Hub memilih Kelantan sebagai negeri pertama di Pantai Timur untuk cawangannya kesembilan.


Pemilihan negeri Tanah Serendah Sekebun Bunga itu disebabkan masyarakat di negeri itu menjadi sebahagian besar pelanggannya yang berpusat di ibu negara serta negeri-negeri lain.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Syed Ashraf Syed Ali berkata, pembukaan cawangan di Kelantan sebagai menghargai pelanggan dari negeri itu yang ramai membuat rungutan supaya membuka cawangan Me’nate di sini.

“Alhamdulillah syukur kepada Allah akhirnya kita berjaya membukanya secara rasmi hari ini,” ujarnya pada sidang media selepas majlis pelancaran Cawangan Me’nate di Bandar Baru Kubang Kerian hari ini.

Restoran Me’nate itu dirasmikan Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub.

Hadir sama pada majlis itu anggota-anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Mohd Nasruddin Daud, Dato’ Mumtaz Md Nawi dan Dr Izani Husin.

Syed Ashraf berkata, lebih 100 menu disediakan kepada pelanggan pada harga yang mampu dikunjungi orang ramai.

Katanya, hamper 60 jenis menu berasaskan daging, selebihnya pizza, ayam, lobster, sup dan lain-lain.

Menurutnya juga dengan adanya cawangan di Kelantan pihaknya menjangka mampu meraih jualan RM5 hingga RM6 juta tahun hadapan. – HARAKAHDAILY 30/12/2021

Tiada ulasan: