06 Februari 2022

Kes COVID-19 melonjak kepada 10,089

 

PUTRAJAYA: Bilangan kes positif harian COVID-19 di negara ini kembali ke lima angka apabila sebanyak 10,089 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dalam hantaran melalui media sosial, berkata kes yang dikesan hari ini menyumbang kepada sejumlah 2,914,220 kes positif COVID-19 di Malaysia setakat ini.

Beliau berkata, Selangor melaporkan jumlah kes tertinggi untuk hari ini, dengan 2,549 dilaporkan, diikuti Johor dengan 1,582 kes dan Sabah pada 1,285 kes.

Kedah pula melaporkan sebanyak 904 kes positif hari ini, Pahang (624 kes) dan Pulau Pinang dengan 542 kes.

Negeri lain masih merekodkan bilangan kes bawah 500 iaitu Kuala Lumpur dengan 491 kes; Kelantan (471); Negeri Sembilan (464); Melaka (457); Perak (321); Terengganu (213); Putrajaya (61); Sarawak (58); Perlis (44); dan Labuan dengan 23 kes.

Tiada ulasan: