06 Februari 2022

Semoga Rayan tenang di sana, Malaysia ucap takziah

 Allahyarham Rayan Oram.

Allahyarham Rayan Oram.

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengucapkan takziah kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang meninggal dunia pada Sabtu, selepas terperangkap selama lima hari dalam perigi kering di kampung di utara Maghribi.

Ismail Sabri menerusi catatan di Facebook beliau, berkata Keluarga Malaysia turut mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan Oram.

"Semoga roh Allahyarham Rayan tenang di sana. Anak syurga milik Allah SWT," katanya dalam catatan itu, hari ini.

Rayan terjatuh dan terperangkap dalam perigi sempit sedalam 32 meter pada Selasa di kampungnya di Ighran, yang terletak di kawasan bukit dekat Chefchaouen dan usaha menyelamatkannya dijalankan sejak itu.

Lewat malam Sabtu, Istana Diraja Maghribi mengesahkan Rayan telah menghembuskan nafas terakhir sejurus selepas dia berjaya dikeluarkan dan dibawa ke hospital berdekatan. – BERNAMA

Tiada ulasan: