06 Februari 2022

(LIPATAN SEJARAH) Apollo 14 mendarat di bulan

 

PADA 6 Februari 1971, Utusan Malaysia melaporkan angkasawan Apollo 14, Alan Shepard dan Edgar Mitchell selamat mendarat di permukaan bulan pada pukul 4.48 petang waktu Malaysia.

Mereka mendarat dengan kapal pendaratan bulan “Antares” di kawasan tanah tinggi “Fran Mauro” dalam usaha mencari batu-batu yang mungkin wujud sejak 4,600 juta tahun dahulu. Batu ini diharap dapat membantu ahli sains membongkar rahsia asal-usul cakerawala, permulaan bulan dan bumi.

Antara peristiwa lain yang menarik.

* 6 Februari 1974 – Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris mencadangkan 17 Mac sebagai tarikh perdebatan antara beliau dengan PMUKM khusus mengenai isu pembalakan di tapak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Bangi.

* 6 Februari 1983 – Karen Carpenter dari kumpulan berduet adik beradik, meninggal dunia di Los Angeles setelah diserang penyakit jantung pada usia 32 tahun.

* 6 Februari 1985 – Pegawai kanan MARDI mengadakan mesyuarat tergempar membincangkan kontroversi berhubung padi jenis IR-42 yang dikata melibatkan kerugian jutaan ringgit kepada LPN.

* Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428 atau e-mel ke: infocenter@mediamulia.com.my. – UTUSAN ONLINE



Tiada ulasan: