KUALA KANGSAR, 25 Nov.:- Kewajipan setiap umat Islam laksanakan amar makruf nahi mungkar, dan Islam sangat menganjurkan kita berbuat kebaikan dan Allah SWT sangat kasih kepada orang yang berbuat kebaikan, demikian antara kandungan ucapan Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak yang mewakili Exco Agama, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Daerah Kuala Kangsar yang diadakan di sini hari ini.25 November 2008
Drs. Khalil : Kewajipan umat Islam laksana amar maaruf nahi mungkar
KUALA KANGSAR, 25 Nov.:- Kewajipan setiap umat Islam laksanakan amar makruf nahi mungkar, dan Islam sangat menganjurkan kita berbuat kebaikan dan Allah SWT sangat kasih kepada orang yang berbuat kebaikan, demikian antara kandungan ucapan Pengerusi kelab penyokong Kerajaan Perak yang mewakili Exco Agama, Drs. Khalil Idham Lim semasa merasmikan Seminar Penguatkuasaan Undang-undang Syariah Peringkat Daerah Kuala Kangsar yang diadakan di sini hari ini.24 November 2008
Isu babi: Media harian ketandusan isu
MACHANG, 23 Nov : - Nampaknya media harian benar-benar ketandusan isu untuk memperlekeh kerajaan Pakatan Rakyat sehingga terpaksa menjadikan cadangan menternak babi di Kedah sebagai polemik.Sedangkan keputusan untuk menternak babi dibuat kerajaan Barisan Nasional yang diteruskan kerajaan yang ada sekarang.
Bekas anggota Exco kerajaan Kelantan, Dato' Hassan Mohamad berkata, cadangan membuka sebuah ladang menternak babi secara moden di Kedah tidak patut dijadikan isu kerana ia menjadi makanan orang bukan Islam.
Katanya, babi merupakan makanan bagi orang bukan Islam dan tidak ada sebab kerajaan mahu menyekat mereka untuk menternak babi secara lebih terkawal.?
"Lagi pun ia akan diternak secara moden dengan pengurusan yang kemas tanpa melibatkan pecemaran alam sekitar. Islam hanya melarang umat Islam sahaja memakannya tetapi orang bukan Islam?boleh,"? katanya pada ceramah Isu-Isu Semasa di Dewan Majlis Daerah Machang malam tadi.
Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak memaklumkan kerajaan negeri terbabit telah meluluskan satu kawasan kepada sebuah syarikat swasta ?untuk dijadikan ladang menternak babi secara moden.
Menurut Hassan yang juga Yang Dipertua PAS Machang langkah itu diambil kerajaan Kedah bagi memusatkan ladang perternakan di satu kawasan sahaja berbanding sekarang berselerak.
"Ekoran pengumuman tersebut, media arus perdana telah memperbesarkan isu berkenaan dengan?tujuan untuk memburukkan kerajaan Kedah yang dipimpin PAS," ujarnya.
Oleh itu kata beliau langkah kerajaan Kedah sepatutnya disokong kerana ia dapat menempatkan penternakan babi di satu tempat sahaja dan dikendalikan tanpa melibatkan percemaran alam sekitar.
Turut hadir di majlis itu anggota Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, anggota Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail dan Senator Mumtaz Mohd Nawi.
harakahdaily.
China Tingkatkan Pembinaan Infrastruktur untuk Merangsang Pertumbuhan Ekonomi.
Demi menangani kesan krisis kewangan antarabangsa terhadap China dan mencegah kelembapan ekonominya, kerajaan China baru-baru ini telah mengeluarkan 10 pasal langkah brkait dengan meningkatkan permintaan dalam negeri dan merangsang pertumbuhan ekonomi. Karajaan China akan memperuntukkan 4 ribu billion yuan RMB terhadap pembinaan infrastruktur termasuk pembinaan infrastruktur bagi tempoh dua tahun yang akan datang.Kementerian Kewangan China akan melabur 100 bilion yuan RMB sebagai langkah pertama yang akan dilaksanakan sebelum akhir tahun ini. Daripada jumlah tersebut sebahagian akan dilaburkan bagi pembinaan infrastruktur, iaitu 34 bilion yuan RMB akan diperuntukkan kepada projek pembinaan infrastruktur di desa. 25 bilion yuan RMB bagi pembinaan infrastruktur pengangkutan, seperti landasan jalan raya dan lapangan terbang, dan 10 bilion yuan RMB bagi projek pembinaan perumahan penduduk. Menteri Perumahan, Pembinaan Bandar dan Luar Bandar China, Jiang Weixin menyatakan bahawa kerajaan pusat tahun ini akan meningkatkan peruntukan bagi projek pembinaan rumah sewa murah kepada keluarga yang miskin di kawasan tengah dan barat China. Di samping itu, kerajaan juga meningkatkan jumlah pembinaan rumah yang berharga murah supaya peruntukan tersebut dapat digunakan dengan baik.
Jurucakap Kementerian Kereta Api China, Wang Yongping menyatakan bahawa peruntukan bagi pembinaan landasan kereta api yang berjumlah 15 bilion yuan RMB akan disediakan pada akhir bulan November tahun ini. Pada masa yang sama, rancangan pelaburan untuk pembinaan landasan kereta api yang berjumlah 600 bilion yuan RMB akan disediakan pada tahun 2009. Beliau menyatakan bahawa pembinaan landasan kereta api secara besar-besaran akan membawa kesan yang positif dalam usaha meningkatkan pertumbuhan ekonomi China.
Naib Menteri Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China, Encik Mu Hong menyatakan bahawa Selain peruntukan daripada kerajaan pusat, peruntukan yang besar diperlukan daripada kerajaan tempatan. Untuk menyelesaikan masalah kekurangan modal tempatan sekarang ini, kami akan mengambil dua tindakan, iaitu pertama, berdasarkan keadaan semasa, kadar peruntukan kerajaan pusat akan ditingkatkan atau dikurangkan, atau pun modal tempatan dikecualikan. Dan kedua, kerajaan pusat akan mengizinkan kerajaan tempatan melakukan peralihan pinjaman atau pengumpulan modal.
radioantarabangsa.
Adil
’‘Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar menegakkan keadilan, menjadi saksi kerana Allah, biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu” (QS. An-Nisaa‘: 135). Kadangkala manusia lebih mementingkan perintah manusia berbanding perintah Allah. Contohnya, banyak manusia yang tidak mahu berlaku adil terhadap orang lain dan terhadap diri sendiri, ramai orang yang berani melakukan jenayah dengan apa saja, baik dengan harta benda atau kekuasaannya, sehingga dengan sendirinya mengabaikan perintah Allah.
Ramai orang yang lebih mementingkan wang sogokan rasuah berbanding mempertahankan imannya kepada Allah. Padahal, wang satu atau dua ribu ringgit amat sedikit nilainya kerana hanya mampu mempertahankan hidup seseorang dalam beberapa waktu saja. Namun ketika melakukan maksiat, berarti menghancurkan bekal yang amat tinggi nilainya, kerana iman boleh membantu pemiliknya bukan sahaja didunia malah sampai ke akhirat kelak.
Yang lebih dasyat lagi, ketika maksiat dilakukan, ada pihak lain yang teraniaya. Iaitu orang yang seharusnya lebih berhak menang dalam perkara tertentu. Dalam keadaan demikian, pelaku maksiat juga akan berhadapan dengan dosa penganiayaan atau kezaliman.
Itulah manusia, makhluk pelupa yang seringkali pula berpura-pura lupa. Bila yang kena orang lain, hukum ditegakkan dengan adil, namun bila mengenai diri sendiri, kerabat atau kawannya, hukum diabaikan. Namun demikian, kita berharap agar masih adan manusia yang tetap berlaku adil di dunia ini.
Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno-BN
IPOH, 23 Nov : - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terpaksa menubuhkan pasukan Urus Setia Penerangan sendiri untuk bertindak segera menangkis segala tohmahan serta manipulasi berita oleh Umno-BN ketika ini.Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.
Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.
"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.
Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.
"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.
"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya.
Disamping itu juga, katanya, Citra Perak buletin bulanan Kerajaan Negeri tetap diedarkan percuma.
Sementara itu, Nizar berharap kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut bersikap positif kerana merekalah sebagai benteng jurucakap kerajaan Pakatan Rakyat untuk mematahkan berita-berita dan isu karut marut dari media dan perbuatan jahat umno-BN itu.
"Semoga kita kuat memberikan tentangan hebat dengan mengalahkan musuh-musuh yang tidak nampak berada di dalam selimut kita dan dari media, TV dan radio masuk meracuni fikiran rakyat ke rumah-rumah itu,"tegas Nizar di hadapan lebih 200 orang yang terdiri daripada penulis blog Perak, pegawai-pegawai serta Lajnah Penerangan Parti Pakatan Rakyat.
harakahdaily.net
Umno tidak relevan, Najib tidak mampu - Mahathir
KUALA LUMPUR, 23 Nov :- Budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang menjadikan Umno tidak relevan lagi.Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam majlis wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gapena semalam.
Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.
Beliau turut mempersoalkan sama ada peralihan kuasa yang dicadangkan antara Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalannya, Najib mampu untuk memulihkan semula parti.
"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.
"Kita tidak akan dapat semula Umno yang bersih untuk mewakili kita selagi ia tidak dibendung," jelasnya sambil mengakui ia telah menjadi satu budaya dalam Umno.
Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.
Tambahnya, amalan kepimpinan melalui teladan adalah contoh yang terbaik di samping usaha berterusan membanteras rasuah yang makin kronik ketika ini.
Beliau juga menyarankan agar pemimpin yang terajui parti perlu tegas dan ambil langkah serta tindakan yang tegas terhadap individu yang terlibat dengan rasuah.
Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.
"Kita mahukan pimpinan yang tegas dan mengambil sebarang tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terlibat. Untuk ahli, kalau pemimpin itu terlibat dengan rasuah, jangan pilih dia.
"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.
Dalam sidang media selepas majlis berkenaan, Tun Mahathir mengingatkan agar pemimpin yang dipilih perlulah berdasarkan kepada kebolehannya dan bukan atas faktor kewangan.
23 November 2008
Drs. Khalil : Niat Ikhlas dalam melaksanakan tugas seharian.
Drs. Khalil menyampaikan ucapan.
Sesi dailog menjawa beberapa persoalan penting.
Diakhir program telah diadakan sesi dailog yang memberi peluang kepada peserta program bertanya mengenai pelbagai persoalan yang tewlah dijawab oleh Drs. Khalil antaranya soalan mengenai penyaluran dana bantuan kepada fakir miskin yang telah diluluskan dalan sidang Bajet 2009 yang lepas
Tak Lantik Exco Agama, Serah Pada Parti
1.Anda berbangsa Cina dan beristeri Melayu. Tetapi masih mengekalkan tradisi nama keluarga cina pada hujung nama anak-anak anda. Ada nama 'LIM'. Tidakkah ia ditentang keluarga isteri anda?
Tentang nama Lim di belakang nama anak saya itu, sejak daripada kelahiran lagi, saya menyatakan kepada pihak hospital bahawa anak saya keturunan Cina. Dan saya juga ingin pastikan anak saya itu tahu dia daripada keturunan Cina.
Sebab itu saya letak Lim di belakang nama mereka. Kalangan ahli keluarga tidak menentang tindakan saya itu dan tidak menimbulkan sebarang masalah. Di sekolah, kawan-kawan anak saya memanggil mereka dengan panggilan Lim.
Sejak kecil lagi, saya memberitahu anak-anak bahawa mereka adalah keturunan Cina tetapi Cina Islam. Masyarakat juga sudah memahami. Rakan saya yang bukan Islam juga memuji langkah yang saya lakukan ini kerana tindakan saya ini memuliakan keturunan nenek moyang. Nama Lim adalah keturunan Cina yang agak terkenal yang datang ke Malaysia. Di China, keluarga Lim ini adalah keturunan yang terbesar dalam etnik cina.
2.Mengapa anda tidak terpilih menjadi Exco Agama Kerajaan Perak, sedangkan anda ada kelayakan agama. Adakah anda berpuas hati hanya menjadi Ketua Penyokong Kerajaan DUn Perak?
Kita sebagai parti Islam, bermula daripada menjadi calon hinggalah jawatan yang dipegang dalam kerajaan, saya serahkan semuanya kepada parti. Parti yang menentukan dan tidak ada masalah di pihak saya.
Dan pemilihan saya sebagai Pengerusi BBC pun saya anggap sebagai ia sebagai suatu yang amat istimewa kepada parti kita. Secara kebetulan juga Menteri Besar daripada PAS dan Pengerusi BBC daripada PAS.
Saya mempunyai peranan yang perlu dibuat sebagai Pengerusi BBC kepada tiga parti. Bukan maksud saya berpuas hati tetapi saya perlu melaksanakan amanah yang diberikan. Jadi saya menyerahkan semuanya kepada parti. Dan saya tidak menentukan berdasarkan apa yang saya hendak.
3. Sebelum jadi Yang Berhormat di Dun Titi Serong, anda ada menjalankan bisnes di negara China. Adakah bisnes itu masih berjalan atau anda makin "ligat" merebut peluang dari kerajaan negeri?
Dalam Soal bisnes, disebabkan saya tidak dilantik sebagai Exco dan saya seorang Adun yang tidak terlibat dengan Exco kerajaan negeri, maka dia boleh lagi terlibat dalam perniagaan. sejak saya menjadi Adun, saya belum lagi memulakan bisnes di China.
Saya merasakan peluang yang saya boleh didapati di negeri China banyak boleh diusahakan dalam bidang bisnes, kemungkinan besar saya akan mulakan kembali jika tidak menganggu tugas-tugas saya sebagai wakil rakyat. Tetapi jika saya rasakan bidang bisnes ini menganggu tugas-tugas saya sebagai wakil rakyat, baik saya tumpukan kepada rakyat.
4. Pada Pandangan anda, adakah anda lihat selesa PAS Perak yang mempunyai minoriti mengetuai kerajaan negeri, kemudian dituduh sebagai'boneka' kepada DAP?
Bukan kata selesa, tetapi kita kena menerima satu hakikat bahawa senario politik yang berlaku di Perak menunjukkan kedudukan parti kita enam kerusi yang telah diberikan amanah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Perak, yang mana menerima perlantikan PAS sebagai Menteri Besar.
Dan itu, menafikan kita sebagai boneka. Duli Yang Maha Mulia Tuanku memerima seseorang wakil daripada parti Pakatan Rakyat, dan saya rasa tidak wajar menuduh kita sebagai boneka kerana kita mewakili Pakatan Rakyat dan bukan mewakili PAS. Saya sangat berprinsip sebagaimana Menteri Besar di mana beliau bukan wakil rakyat bagi PAS tetapi wakil rakyat bagi rakyat negeri Perak. Kami sering memberitahu kepada rakyat bahawa kami adalah mewakili rakyat.
Soal boneka ini sering diapi-api oleh pihak pembangkang. Dan sehingga saat ini dan Dun yang lepas, isu ini tidak diterima oleh rakyat. Ia satu isu yang lapuk.
5. Kalau anda berpeluang bertemu Presiden Iran, Ahmaded Nijad, apa yang anda akan perkatakan kepada beliau tentang program nuklearnya dan apa yang akan anda syorkan untuk beliau hadapi Barrack Obama?
Program nuklear yang dinyatakan oleh Iran, saya ingat bukan persaingan senjata yang diuarkan oleh Obama. Saya berpendapat, Bush hanya menjadikan isu ini sebagai isu untuk menekan Iran yang mana ada yang terpaksa diimbangi oleh Amerika.
Nampaknya isu nuklear yang dianggap Amerika itu suatu isu yang cuba dimainkan oleh Bush. Sedangkan nuklear yang dibangunkan oleh Iran, termasuk kenyataan oleh Presidennnya adalah jelas untuk tenaga bukan untuk senjata. Jika saya bertemu dengan beliau, saya mesti nyatakan itulah prinsip yang perlu dijelaskan kepada Obama.
Cubaan Kedua Bentuk Kerajaan Katak
Isu 16 September, tarikh di mana Pakatan Rakyat akan ambil alih kerajaan Pusat akhirnya lenyap begitu sahaja. Ia tidak dibincangkan lagi walaupun tarikh baru dikemukakan. Nilai sensasi untuk satu-satu isu biasanya hanya sekali.Di Kedah, usaha menumbangkan kerajaan melalui proses tidak demokratik masih diperkatakan.Dalam percubaan yang dulu mereka gagal. Usaha untuk menumbangkan kerajaan sewaktu Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak berada di Makkah tidak jadi kenyataan.
Percubaan kedua kali ini lebih nekad dan dramatik. Beberapa Adun daripada Pakatan Rakyat dikatakan diberi tawaran jutaan ringgit seorang jika bersedia melompat parti. Pertemuan demi pertemuan yang diadakan antara seorang bekas Menteri Besar dengan Adun yang cuba dibeli.
Semuanya itu dalam rekod skuad penyiasat khas yang ditubuhkan oleh pihak tertentu. Yang lebih menarik, sebahagian besar butiran perbualan mereka, turut dirakam. Mereka licik, lawan pun licik.
Jadi khabar angin tersebar kencang di seluruh negeri kononnya empat Adun cuba dibeli ada asasnya. Ia benar-benar berlaku, bukan cubaan. Sama ada tawaran diterima atau tidak, itu persoalan lain.
Di pihak BN, Kabinet bayangan kerajaan negeri sudah tersebar. Nama pegawai-pegawai khas yang akan menduduki pejabat menteri Besar sudah tersenarai. Senarai tersebut telah menimbulkan pertikaian di kalangan anggota Umno tertentu negeri ini. Antaranya dikatakan pengkhianat Umno, iaitu individu yang menjalankan sabotaj terhadap calon BN dalam pilihan raya umum lalu.
Pengurus Bola Sepak Hijau Kuning, Othman Aziz hanya meletakkan jawatan untuk sehari, kemudian menarik balik peletakan jawatan tersebut. Tindakan bekas Exco BN di bawah kepimpinan Madhir Khalid menguatkan spekulasi peralihan kuasa.
Di kalangan segelintir pegawai kerajaan yang masih setia dengan Madhir Khalid, mereka sudah berkira-kira untuk mendapat tempat yang sewajarnya dalam kerajaan baru.
Begitulah permainan gerak saraf berprofail tinggi yang berjaya menggegarkan situasi politik negeri ini. Apa yang dirancang belum tentu berlaku namun perebutan di antara mereka sudah bermula. Macam kisah lanun berebut harta karun. harta karun belum ditemui, tapi lanun sudah berbunuh-bunuhan.
Di kalangan Adun yang cuba dibeli, semuanya menafi akan melompat. Bagi mereka menjual maruah adalah kerja yang sangat hina, umpama pelacur.
Takut nanti terima duit RM10 juta, tak sempat pula nak belanja, ujar seorang Adun.Begitu dalam maksud kata-katanya.
Siapa pun benci rakan yang belot.Mampukah kita hidup dalam kebencian orang lain?Tiada guna duit banyak, tapi hidup dalam ketakutan.
Saya tak mahu jadi Joe Farnandez, tambah Adun tersebut. Joe Farnandez adalah Adun Lunas yang mati ditembak. Politik Malaysia tidak ganas sampai ke tahap itu.
Habis,Joe Farnandez bukan ditembak di Malaysia ke?Pemimpin Pemuda MCA Padang Serai bukan ditembak di Malaysia ke?Hujah Adun tersebut.
Saya masih tidak yakin bahawa politik Malaysia akan memasuki fasa lebih ganas seperti itu. Namun, saya yakin bahawa tidak ada ahli politik yang bersikap hubbun dunya(mencintai dunia) yakin akan keselamatan dirinya setelah mengkhianati mandat, sehingga peringkat tumbangnya sebuah kerajaan. Memang logiklah, orang yang cinta dunia tentu takut pada mati.
Bagi pihak pembangkang Dun Kedah, mereka perlu mendapatkan lima kerusi daripada Pakatan Rakyat (PR) untukj memperolehi majoriti satu kerusi. Mereka tidak berupaya mendapatkan 16 kerusi PAS dan satu DAP.
Mereka betul-betul mengharapkan lima kerusi KeADILan di mana tiga darinya adalah kerusi Exco. Dua dari lima Adun KeADILan adalah orang yang jelas berprinsip dan boleh dipercayai manakala tiga yang lain menafi dengan sekeras-kerasnya akan melompat.
Tegasnya tiada Adun Pakatan Rakyat yang akan melompat ke BN. Ia menjadikan usaha menumbangkan kerajaan PR bagi menubuhkan sebuah Kerajaan katak adalah misi yang karut.
Bagi memulihkan semangat penyokong BN yang telah meletakkan harapan yang begitu tinggi terhadap pembentukan kerajaan katak pemimpin utama mereka menjelaskan:Kita sedang menunggu masa yang sesuai untuk membentuk kerajaan, beberapa Adun PR sudah sign untuk bersama kita.Ayat yang biasa kita dengar menjelang 16 September dulu.-sumber Harakah
Kesan dasar pembaharuan dan pintu terbuka China 30 tahun
Sejak mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka 30 tahun yang lalu hingga ke hari ini, China telah mencapai kemajuan yang besar dalam bidang hubungan luar. Imej dasar luar China telah meingkat dari "dunia ke-3" ke "dunia yang harmoni".Ketika baru kembali ke pangkuan PBB, China tidak berani bersuara dalam arena antarabangsa dan selalu tidak menggunakan haknya untuk membuang undi dalam hal ehwal antarabangsa. Pada masa itu, dunia sedang mengalami Perang Dingin, dan China hanya berminat menjalinkan hubungan dengan negara-negara Sosialis serta negara di Asia dan Afrika, tetapi jarang menyertai hal ehwal antarabangsa.
Pada tahun 1978, China mula mengamalkan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. Hubungan antara China dengan masyarakat antarabangsa kian erat. China semakin memerlukan kerjasama dengan dunia, dan dunia juga kian memerlukan kerjasama dengan China.
Mendiang Arkitek China, Deng Xiaoping telah menjadikan kedamaian dan pembangunan sebagai asas dasar luar China. Profesor dari Institut Hubungan Luar China, Wang Fan berkata: "Dasar pembaharuan dan pintu terbuka telah menjadikan kedamaian dan pembangunan menggantikan perang dan revolusi. China berusaha menyediakan iklim yang mengutamakan kedamaian dan pembangunan. Dasar luar China adalah berkhidmat untuk pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka. China menjadi anggota yang kian penting dalam arena antarabangsa. Masa depan China berkait kian rapat dengan masa depan dunia. Hubungan luar China telah memasuki era baru
Pada bulan Januari 1979, China telah menjalin hubungan diplomatik dengan A.S., iaitu negara Kapitalisme yang terbesar di dunia. Pada akhir abad yang lalu, China telah mengambil kembali Hong Kong dan Makau dengan menggunakan dasar "satu negara, dua sistem". Kejayaan tersebut memperlihatkan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin China. Pada tahun 1990-an, China dan Rusia telah bersama-sama mendorong penubuhan Pertubuhan Kerjasama Shanghai. Selain itu, China menyertai rundingan 6 pihak secara aktif untuk menyelesaikan masalah nuklear Semenanjung Korea. China, kini, memainkan peranan yang kian penting dalam hal ehwal antarabangsa.
Hubungan luar China semakin mantap dan realistik, kewibawaan dan pengaruhnya kian meingkat di arena antarabangsa.
China menjalinkan hubungan kerjasama dengan semua negara di dunia berdasarkan prinsip sama rata dan 5 prinsip hidup bersama secara damai.
Hubungan luar bukan hanya dikendalikan oleh ahli politik dan diplomat, malah menjadikan kewajipan bersama bagi semua masyarkat sehingga antara China dengan negara-negara asing dalam bidang ekonomi, ketenteraan, rakyat dan parti juga kian meningkat.
Selain hubungan dua hala, China juga berusaha mewujudkan sistem hubungan pelbagai hala, dan mejadikan hubungan tersebut sebagai mekanisme seperti mekanisme Dialog Strategi China-A.S., dialog China-ASEAN dan Persidangan Asia-Eropah.
Setelah memasuki abad ke-21, hubungan luar China menjadi lebih dinamik. Profesor Wang Fan berkata, "China lebih mementingkan prestij dalam hal ehwal antarabangsa yang penting. China mendapat nama baik dalam pelbagai komunikasi, pertukaran dan rundingan. Sukan Olimpik Beijing yang amat berjaya telah memainkan peranan penting untuk memperkenalkan kebudayaan, kejayaan dalam pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka serta imej kedamaian China kepada seluruh dunia.
22 November 2008
Harga minyak menjunam bawah AS$50 setong
NEW YORK: Harga minyak mentah di pasaran dunia menjunam ke paras bawah AS$50 setong, sekali gus menyaksikan kemelesetan ekonomi dunia semakin meruncing.Kontrak hadapan minyak mentah bermutu tinggi, “Light. Sweet’ bagi penghantaran Disember menurun AS$4 kepada AS$49.62 setong dalam dagangan elektronik New York Mercantile Exchange (Nymex) di Asia, petang semalam.
Ketika dagangan ditutup, penghantar kontrak Disember ditutup kepada AS$48.64 setong, paras sama pada Mei 2005.
Kontrok penghantaran tidak pernah di paras bawah AS$50 setong sejak 18 Januari 2007.
Kontrak New York turut memberi kepada pasaran minyak Brent North Sea untuk Januari di London.
Brent menjunam ke paras terendah AS$47.82 seting, turun AS$3.64 sebelum ditutup AS$48.08 setong.
Penganalisis berkata sentimen penurunan minyak mentah itu dipengaruhi dengan laporan mengenai tahap pengangguran di Amerika, pasaran terbesar dunia bagi bahan api. - AFP
Shahrizat sah cabar Rafidah
Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini mengumumkan akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno.Beliau mengumumkan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini.
Menurutnya, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac depan.
Shahrizat merupakan naib ketua Wanita dan penasihat hal ehwal pembangunan wanita dan sosial kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau akan berdepan dengan Tan Sri Rafidah Aziz, tokoh ketua Wanita yang paling lama berkhidmat selama 21 tahun, sekiranya ahli parlimen Kuala Kangsar itu tetap mahu mempertahankan jawatan tersebut.
Pengumuman Shahrizat itu menjawab teka-teki selama ini sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.
Peralihan kuasa
Ini berikutan desakan supaya Rafidah supaya mempercepatkan peralihan kuasa dari Jun kepada Mac depan.
Bagaimanapun, mesyuarat exco Wanita baru-baru ini memutuskan supaya pelan peralihan kuasa kekal pada Jun tahun depan dan tiada pertandingan bagi jawatan ketua dan naib ketua.
Bagaimanapun seorang lagi calon yang layak bertanding jawatan naib ketua, Datuk Kamilia Ibrahim bertegas akan tetap bertanding jawatan tersebut.
Kamilia mendapat 55 pencalonan dan layak bertanding jawatan naib ketua.
Ekoran itu, timbul desas-desus yang mengatakan Shahrizat tiada pilihan kecuali bertanding menentang Rafidah bagi jawatan ketua Wanita.
Dalam kenyataan dua perenggan itu, Shahrizat menegaskan bahawa Wanita Umno mesti bersatu dalam mengukuhkan parti serta berani membawa perubahan dan pembaharuan.
Sokongan padu
Dengan itu, Kamilia dijangka menang tanpa bertanding bagi jawatan naib ketua.
Selepas 191 bahagian selesai mesyuarat awal bulan ini, Shahrizat memperolehi cukup pencalonan untuk bertanding jawatan ketua.
Penyandang jawatan tersebut Rafidah memperolehi 117 pencalonan, manakala Shahrizat mendapat 73 pencalonan.
Malah, sebahagian bahagian yang mencalonkan Rafidah pun kini beralih sokongan kepada Shahrizat.
Menurut exco pergerakan itu, Raja Ropiah Raja Abdullah, lebih 100 bahagian menyokong Shahrizat bertanding jawatan ketua Wanita Umno Mac ini.
Katanya, sekurang-kurangnya lima negeri memberi sokongan penuh kepada Shahrizat untuk mencabar penyandang Rafidah.
malaysiakini.
Gelanggang tinju Wanita UMNO bermula
Pengumuman Shahrizat itu menjawab teka-teki selama ini sama ada beliau akan menerima pencalonan untuk bertanding jawatan tersebut.Keputusan ini pastinya membuka satu gelanggang tinju yang amat dasyat di kalangan dua tokoh wanita UMNO ini.Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan yang dia sah akan bertanding jawatan ketua Wanita Umno. Beliau mengumumkan demikian dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan petang ini.
Menurutnya, beliau menerima pencalonan dan sokongan untuk bertanding jawatan ketua Wanita Mac depan. Beliau akan berdepan dengan Tan Sri Rafidah Aziz, tokoh ketua Wanita yang paling lama berkhidmat selama 21 tahun, sekiranya ahli parlimen Kuala Kangsar itu tetap mahu mempertahankan jawatan tersebut.
Sementara itu, Rafidah ketika diminta mengulas tentang keputusan Shahrizat itu memberitahu bahawa beliau akan mengeluarkan kenyataan esok.
“Kenyataan saya esok,” katanya menerusi jawapan SMS yang dikirim kepada mStar Online, sebentar tadi.
Keputusan beliau itu sekaligus melenyapkan pelan peralihan kuasa yang dirancang oleh Rafidah untuk menyerahkan kepimpinan pergerakan itu pada Shahrizat pada Jun depan.
Dengan keputusan itu juga bermakna Shahrizat akan memberi laluan kepada satu-satunya saingan beliau bagi jawatan Naib Ketua iaitu Datuk Kamilia Ibrahim untuk menang tanpa bertanding pada pemilihan akan datang.
Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan.
Nampaknya keputusan yang dibuat oleh Shahrizat itu bakal menjadi satu tamparan hebat buat Rafidah Aziz. Beliau yang masih mengintai jawatan Ketua Wanita UMNO dan hanya akan melepaskan jawatan menerusi pelan peralihan itu bakal ditentang oleh kroninya sendiri. Inilah politik namanya, kawan menjadi lawan.
Apakah Rafidah akan menangis lagi mengeluarkan air mata seperti ketika Mahathir umumkan perletakkan jawatannya dulu. Namun, kini terbukti Rafidah harus terima hakikat bahawa zamannya sudah berakhir. Beliau sepatutnya mengundur diri dan memberi kemenangan percuma kepada Shahrizat.
Bayangkan jika beliau masih menang, apakah jawatan itu akan dikosongkan? Atau beliau akan terus bertakhta dan kembali ke kabinet zaman Najib Razak nanti?. Inilah agaknya yang ditunggu, kerana beliau tahu Mahathir sudah pasti akan menariknya ke dalam jika Najib berkuasa nanti.-sumber SabahDaily(TranungKite)
21 November 2008
Peralihan kuasa sia-sia - Dr Mahathir
KUALA LUMPUR, 20 Nov- Jika Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan polisi-polisi yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, sia-sia sahaja peralihan kuasa, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. "Najib menyatakan bahawa beliau akan meneruskan Islam Hadhari. Ini bukan petanda yang baik kerana ia menunjukkan peralihan yang berlaku hanya peralihan bentuk tubuh badan sahaja, bukan polisi-polisi.
"Para pengundi tidak suka polisi-polisi yang dibawa oleh Abdullah, oleh itu mereka akan terus menolak Umno. Oleh itu, peralihan itu sia-sia sahaja," The Star memetik beliau berkata dalam ucapan kepada para pemimpin dan ahli Umno, bekas-bekas menteri dan kumpulan-kumpulan pelajar Melayu di Yayasan Kepimpinan Perdana.
Dr Mahathir berkata, ketika Umno memerlukan pemimpin yang berani untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh parti, Najib hanya menjaga air muka Abdullah sahaja.
"Kita perlu berfikir sama ada orang yang mengambil alih kuasa dari Perdana Menteri akan membersihkan Umno dari mereka mereka yang kini terlibat dengan rasuah."Jika beliau berat sebelah dan tidak berlaku pembersihan, rakyat akan menolak parti itu. Jika mereka akhirnya memilih pembangkang, ia akan mengakibatkan dilema kepada kita kerana kepimpinan mereka tidak meyakinkan," katanya.
Ketika berdialog dengan mereka yang menghadiri perjumpaan itu, bekas Presiden Umno itu menegaskan beliau sanggup ditangkap polis demi mendedahkan nama mereka yang terlibat dengan rasuah politik di dalam Umno.Beliau berjanji akan mendedahkan nama mereka di dalam blognya, chedet.com
Dr Mahathir menegaskan, beliau tidak takut mendedahkan kebenaran dan identiti mereka yang teerlibat dalam rasuah politik itu.
"Saya tidak boleh lakukan apa-apa terhadap aduan (rasuah politik) melainkan menyerahkan nama mereka kepada lembaga disiplin Umno. Saya akan dedahkan nama-nama (yang terlibat dengan rasuah politik) itu dalam blog saya."Saya tidak takut disaman kerana memfitnah atau ditangkap oleh polis. Jika mereka boleh membebaskan (Editor Malaysia Today) Raja Petra Kamarudin, adakah mereka tidak boleh membebaskan saya juga?"
Sebelum ini, pembantu Tengku Razaleigh Hamzah, Datuk Kamal Amir Kamal Hijaz berkata, lembaga disiplin Umno bukan sebuah badan bebas dan tidak perlu membuat laporan kepadanya.cinaislam
Jika Shahrizat lawan Rafidah, Kamilia dapat untung?
Perang antara kelompok Ketua Wanita Umno dengan Naibnya, masih berterusan, malah terbaru Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil dikatakan bakal mengumumkan akan bertanding menentang ketuanya, Dato' Seri Rafidah Aziz Mac ini. Dari sumber tertentu menyatakan esok (khamis) Shahrizat bakal membuat pengumuman tersebut yang sekaligus menamatkan Pelan Peralihan Kuasa Jun 2009.Sumber-sumber itu berkata Shahrizat juga didorong oleh keputusan anggota exco Wanita Dato' Kamilia Ibrahim untuk bertanding jawatan Naib Ketua yang disandang Shahrizat sekarang.
Kamilia berulang kali berkata beliau tidak menyetujui pelan peralihan Jun itu dengan alasan ia bertentangan dengan perlembangaan Umno."Malah pendirian tegas Datuk Kamilia itu tidak memberi pilihan kepada Datuk Seri Shahrizat selain daripada bertanding jawatan ketua Wanita Umno."Pada masa yang sama ia telah juga memudahkan beliau membuat keputusan itu," kata sumber-sumber itu.
Shahrizat, menurut sumber-sumber itu lagi, telah memberitahu keputusannya kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
Rafidah buat pertama kali mengumumkan pelan peralihan kuasa itu pada Ogos lalu dan mesyuarat exco Wanita Umno minggu lalu mengambil keputusan menyokong pelan itu dan menolak gesaan Shahrizat yang dibuatnya sehari sebelum mesyuarat itu agar pelan berkenaan diselaras dengan pelan peralihan Umno induk.
Kamilia tidak hadir pada mesyuarat itu sebagai tanda beliau tidak menyetujui pelan berkenaan. Pelan peralihan itu juga dianggap oleh ramai pihak sebagai tidak logik kerana jika Shahrizat mengambil alih jawatan daripada Rafidah pada Jun mengikut pelan itu, beliau akan hanya menjadi pemangku ketua Wanita sehingga pemilihan Umno yang diadakan tiga tahun selepas Mac depan.
Ramai yang menduga hal ini bakal berlaku, kerana Shahrizat sendiri hilang kekuatan untuk menempatkan diri di peringkat tinggi dalam Umno apabila kalah dalam pilihan raya umum lalu di tangan Nurul Izzah Anwar di Lembah Pantai. Sementara Rafidah memiliki kekuatan apabila menang di Parlimen Kuala Kangsar, dan sekaligus mempunyai 'resume' yang lebih tinggi meritnya berbanding Shahrizat.
Shahrizat hanya mendapat belas ihsan Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menjawat penasihat, sedangkan jawatan itu bukanlah point besar kepada 'resume' yang boleh dihidang kepada perwakilan wanita untuk memancing undi.Umum juga mengetahui, Shahrizat terpaksa menawarkan diri akhirnya untuk menentang Rafidah kerana dengan cara ini, beliau boleh meniti jawatan nombor satu dengan peluang 50-50.
Dengan tindakan agresif yang dilakukan seorang lagi calon Naib Ketua Wanita, Dato' Kamilia Ghazali yang sejak beberapa bula lalu menggesa Shahrizat bertanding, akhirnya hal ini bakal menjadi kenyataan.Kamilia seperti diketahui membuat serangan terhadap Rafidah dan menekan Shahrizat adalah untuk memastikan kerusi Naib Ketua dimenangi dengan mudah (tanpa bertanding).Hal ini sebenarnya merisaukan Shahrizat, kerana jika menentang Rafidah, beliau bakal hilang kerusi Naib Ketua dan peluang untuk menang Ketua Wanita samar kerana pastinya kelompk Rafidah akan berkempen bermati-matian mempertahan 'iron lady'.
Sementara jika akur dengan pelan peralihan kuasa Jun 2009, pastinya jawatan Ketua Wanita yang bakal diberikan kepadanya hanya berstatus 'pemangku' yang lansung tidak mempunyai pengaruh.Nah di sinilah kebijaksanaan Kamilia terserlah sebagai seorang peguam, beliau berjaya mendepani arus deras perteliangkahan dalam Wanita Umno dengan melakukan desakan bertali arus kepada Shahrizat supaya menentang Rafidah.
Akhirnya, jika benar esok Shahrizat membuat keputusan akan menentang Rafidah, Kamilia bakal diumumkan menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua. cinaislam
