18 Julai 2009

Kisah Kapal Karam Selepas Letupan Gunung Krakatau.

Email Oleh : Sirajuddin Abbas
DATUK NAKODA TARUNA
Penyusun – Insun Sony Mustapha, anak kepada Mustapha Hussain
insun@myway. com, insunmus@yahoo. co.uk Februari 2007


Ini adalah bahan yang telah dirumikan hasil penulisan MOHAMAD HASHIM atau MOHAMAD YASHAM atau WA MAT YASHAM, anak angkat DATUK NAKODA TARUNA (datuk saudara Mustapha Hussain) yang menceritakan tentang pelayaran Datuk Nakoda Taruna ke Aceh (sebanyak dua kali) mengiringi William Edward Maxwell (kemudiannya Sir dan Gabenor Negeri-Negeri Selat 1892-1895) untuk menyelamatkan beberapa orang Belanda yang terlantar di pantai Aceh kerana kapal mereka karam di persisiran Aceh. Tarikh pelayaran tidak diketahui tetapi mengikut Pak Cik Osman Hussain (adik Mustapha Hussain) yang mengetahui cerita ini, kapal Belanda itu karam setelah meletupnya gunung berapi Krakatoa di Selat Sunda (antara Sumatra dan Pulau Jawa) di Indonesia pada 26-27 Ogos 1883. Akibatnya, beberapa bahagian Asia yang berdekatan gelap beberapa hari. Tarikh ini tepat kerana terdapat surat penghargaan (testimony) bertarikh 11.11.1884 yang dikeluarkan oleh Kerajaan British kepada Nakoda Mat Hasan yang telah berlayar bersama Datuk Nakoda Taruna ke Aceh. Salinan surat penghargaan dalam simpanan saya.
Butir letupan Krakatoa mengikut Wikipidea -- The 1883 eruption ejected more than 25
cubic kilometres of rock, ash, and pumice [1], and generated the loudest sound
historically reported — the cataclysmic explosion was distinctly heard as far away as
Perth in Australia (approx. 1930 miles or 3100 km), and the island of Rodrigues near
Mauritius (approx. 3000 miles or 4800 km). Atmospheric shock waves reverberated
around the world seven times and were detectable for five days[2]. Near Krakatoa,
according to official records, 165 villages and towns were destroyed and 132 seriously
damaged, at least 36,417 (official toll) people died, and many thousands were injured by
the eruption, mostly from the tsunamis which followed the explosion.
Karangan Mohamad Yasham yang diwarisi daripada ayahanda saya Mustapha Hussain
amat rumit dibaca sehingga seorang tua yang pandai membaca bahan lama membantu
saya. Saya telah menyuntingnya hanya sedikit-sedikit sahaja -- iaitu dengan hanya
menambah koma, titik dan perenggan. Perkataan dalam kurungan adalah tambahan untuk
membantu pembaca. Tanda tanya (?) menunjukkan perkataan yang kurang jelas. Tanda
… bermakna perkataan tidak dapat dibaca. Tiada perkataan baru ditambah sama sekali.
DISEBUTKAN DARIHAL NENDA MENDAPAT “STAMP” DARI
‘GOVERNMENT’. (“Stamp” ini ialah surat penghargaan (testimony) bertarikh
11.11.1884 yang ditandatangani oleh Acting Colonial Secretary dan Acting Governor of
Straits Settlements. Rujuk ms 102 buku “Memoir Mustapha Hussain; Kebangkitan
Nasionalisme Melayu Sebelum UMNO” penyelenggaraan Insun Sony Mustapha, terbitan
Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999, dan ms 74 Malay Nationalism Before UMNO; The
Memoirs of Mustapha Hussain terjemahan Insun Sony Mustapha dan terbitan Utusan
Publications and Distributors Sdn Bhd.)
2
MOHAMAD YASHAM menulis:
“Maka adalah pada suatu masa tujuh (7) orang didapat oleh Raja Aceh tenggelam
kapalnya di belakang Aceh. Pada suatu masa enam (6) orang anak saudagar Betawi
(sekarang Jakarta), sudah pas sekolahnya di England, maka pulang ia pada bapanya di
Betawi, maka sudah muafakat ke-enamnya hendak makan angin sekeliling dunia ini.
Maka mintalah ia kepada enam (6) bapanya itu sebuah kapal. Maka diberi oleh bapanya.
Maka ia belayarlah merata-rata, maka sampai ke belakang Negeri Acheh, maka tujuh hari
tujuh malam gelap tiada kelihatan matahari dan bulan.
Kononnya maka Raja Aceh pun selalu juga meneropong dari tempat itu iaitu bukit
namanya Kajuan Lalat (?) pada laut sebelah sana. Maka di dalam enam tujuh hari itu
tiada nampaknya kelam juga akan tetapi tiada dia sangkakannya yang demikian itu
jadinya. Maka sampailah pada ke delapan harinya meneropong pula Raja itu ke tengah
laut itu, maka dilihatnya ada dua pucuk tiang sekira-kiranya enam hasta yang timbul di
tengah laut itu. Maka pada satu tiang ada empat (4) orang bergantung dan pada satu lagi
tiang itu ada tiga (3) orang. Maka dipanggil Panglima Perangnya disuruhnya pergi lihat.
Maka pergilah Panglima Perang itu, benarlah seperti kata Rajanya itu. Maka diambilnya
enam (6) orang anak-anak Belanda muda-muda dan satu Cina Hailam, maka dia tanya
apa halnya yang sudah jadi itu. Maka diceterakanlah oleh Belanda itu asal daripada
mulanya itu; maka sampai ianya di belakang Aceh semalam dengan tiada angin sematamata
gelap; maka sedar ianya sudah tenggelam sahaja dan kalian isi kapalnya itu sudah
tiada lagi pada hari yang ke lapannya itu. Maka inilah ceteranya anak Belanda itu; maka
dibawanya oleh Panglima Perang budak-budak itu kepada Rajanya. Diceterakanlah hal
itu dan dikhabarkan oleh Belanda itu nama bapanya sekelian itu dan pekerjaan bapanya
membuka gedung dan dikhabarkannya nama jalan tempat gedung bapanya itu dan
nombor gedungnya itu. Maka Tengku Panglima Perang baliklah ke Pekan Keraton tempat
kota Raja yang berperang dengan Belanda itu.
Maka pada masa tengah perang besar; maka dibuat oleh Tengku Panglima Perang satu
surat; ini bunyinya: “Kita ada dapat enam (6) orang anak Belanda, satu (1) Cina Hailam
tenggelam di belakang Aceh; ini-ini nama bapanya; ini-ini tempat gedungnya dan ini-ini
nombor gedungnya. Jika siapa-siapa mahu boleh mari ambil dengan segeranya.” Maka
surat itu dilekatkan di pintu gerbang Kota Aceh itu. Maka dilihat oleh orang Belanda itu,
maka berkhabarlah ia kepada Kepala Perangnya. Maka datanglah Kepala Perang Belanda
kepada Tengku Panglima Perang Aceh itu. Maka kata Tengku Perang, “Boleh engkau
tanya mata gedubang (?) ku ini, jika diberi bolehlah engkau ambil,” maka dicabutnya
serta ditunjukkan kepada Kepala Perang Belanda itu. Maka tiadalah apa kata Belanda itu,
maka iapun pulanglah ke perhimpunannya, muafakatlah memberi surat pada Jeneralnya
di Betawi.
Maka benarlah seperti perkataan itu, maka enam (6) bapa budak-budak itu berkata pada
Jeneral di Betwawi, “Hamba berkehendakkan anak hamba, tiadalah berguna harta kepada
kami jika tidak dapat anak-anak kami itu, berapa juga Tuan Jeneral mahu wang kami
memberi. Akan tetapi kami fikir jika diambil dengan keras tiada boleh dapat. Sekiranya
3
kalah Aceh dibunuhnya anak-anak kami itu baharu ianya lari; jika menang ia anak kami
ada padanya juga. Jika begitu apa fikiran Tuan Jeneral?”
Maka tiadalah berkata oleh Tuan Jeneral itu. Maka kata bapa yang keenam itu, “Jika
begitu, Tuan beri saya apa satu surat di mana-mana yang kami minta tolong dengan
kebenaran Tuan Jeneral barang macam mana jalan sampai boleh dapat anak kami itu.”
Maka tiada daya dan upaya lagi Jeneral itu, sekiranya jika dikerasi oleh Jeneral itu
tampaknya mahu bapa-bapa budak ini membunuh…nya (?). Maka diberi oleh Jeneral
(surat) itu, ini bunyinya: “Darihal enam (6) Tuan yang nama-nama ini, yang anaknya
ditawan oleh Aceh itu, jika ia minta tolong dengan kerajaan yang boleh menolong, boleh
tolong dengan kebenaran kami kerana kami (yang ) tengah perang besar dengan Aceh itu
tiadalah berupaya kami hendak membuat muafakat dengan ianya. Maka boleh Tuan-Tuan
silakan tolong kepada Tuan-Tuan yang kehilangan anaknya ini. Benarlah kami Jeneral
Betawi.”
Maka inilah adanya. Maka pergilah Tuan yang hilang anak pertama-tama kepada (1)
Kerajaan Jerman (2) tiada mengaku, (3) Itali tiada mengaku (4) Russia tiada mengaku (5)
Amerikan tiada mengaku (6) Pearancis tiada mengaku (7). Maka pergilah kepada
Inggeris, maka mengakulahnya, sebabnya ada dua orang yang diharapnya sangat pandai
bahasa adat Melayu. Pertama-tama Tuan Swettenham dan yang keduanya Tuan William
Edward Maxwell. Maka memberilah surat Queen Victoria kepada Tuan Gabenor
Singapura suruh tanya Tuan Swettenham, mengakukah ianya boleh buat kerja ini, (iaitu)
pergi ke Aceh. Maka ditanya oleh Tuan Gabenor, maka jawab Swettanham ia tiada upaya
sebab Aceh itu bukan seperti perangai manusia, yang ia tiada memegang janji, yang ia
mengikut kehendaknya sahaja. “Jika Tuan suruh hamba pergi lain daripada Aceh itu
hamba akan aku pun pergi pukul negeri itu.” Inilah kata Swettenham.
Maka ditanya pula oleh Gabenor Tuan Maxwell. Maka jawabnya, “Jika dengan
mengerjakan hukum, jangankan dengan muafakat, jika dia suruh pukul pun sahaya pukul
sampai pecah.” Maka inilah perkataan Maxwell. Maka perkataan ini dihantarlah oleh
Tuan Gabenor kepada Queen Victoria. Maka kata Yang Mulia itu, “Boleh tanya orang
yang dikehendak kita, alat pergi dan berapa Tuan-Tuan (Inggeris) dan berapa kapal yang
disukainya boleh hantar khabar dengan seberapa segeranya kita hendak tahu.”
Maka ditanya oleh Gabenor pada Tuan Maxwell, maka katanya dia tiada mahu satu pun
Tuan-Tuan (Inggeris), yang ianya mahu orang Melayu Perak:
Pertama, Datuk Penghulu Nakoda Taruna, Penghulu Jebong,
Yang kedua, Datuk Penghulu Muda Alaudddin di Selinsing,
Ketiga, Penghulu Darus di Sungai Tinggi
Keempat, Datuk Panglima Besar Hj Abdul Rauf di Tanjung Piandang,
Yang kelima, Panglima Raja di Batu Teguh.
“Maka inilah orang yang sahaya mahu,” kata Maxwell. Maka dihantar surat oleh Tuan
Gabenor kepada Tuan Hugh Low, Residen Perak, ini bunyinya, “Boleh Tuan Low beri
4
seberapa nasihat kepada yang lima (5) orang ini supaya mahu ianya pergi bersama-sama
dengan Tuan Maxwell ini ke Aceh.” Maka dipanggillah oleh Tuan Low mereka itu ke
Taiping. Maka datanglah mereka itu. Maka dengan seberapalah nasihatnya Tuan itu,
mengakulah kelimanya hendak pergi. Maka dihantarlah oleh Tuan Residen hal ini kepada
Gabenor dan Gabenor berkabarlah kepada Maxwell. Maka Maxwell pun datang ke Larut,
Taiping, maka genaplah harinya pergi. Maka Penghulu Darus tiada boleh pergi, Mat
Saman anaknya ganti. Maka dibawa Nyak Pia daripada Matang akan jadi juru bahasa
dengan Aceh itu.
Maka sampailah ke Pulau Pinang berjumpalah dengan Maxwell. Maka cukup harinya
belayarlah ke Aceh dengan kapal Government Inggeris. Maka tiada berapa lamanya
sampai ke Aceh dengan selamatnya. Maka dilihat oleh Belanda dan Aceh yang didarat itu
satu kapal Kerajaan Inggeris yang datang itu maka … orang melihatnya bersebelahan
Belanda itu dengan orang Aceh itu kerana tiada pernah datang kapal kerajaan yang lain
ke Aceh itu. Maka bersebelahan antara kedua pihak itu. Maka masa hendak naik ke darat
itu, maka … masing-masing takut.
Maka pada esok hari berkatalah Datuk Nakoda Taruna kepada Tuan Maxwell, “Jika
begitu Tuan, sahayalah naik ke darat kerana telah sampai mari pantang berbalik.” Maka
berkata pula Datuk Penghulu Muda Alauddin, “Jika Tok moh naik samalah sahaya, sama
matilah kita.” Maka yang lain itu tiada berbunyi. Maka berkatalah Tuan Maxwell,
“Silakan Datuk keduanya. Jika mati pun sama matilah kita, sekali-kali tidak sahaya balik
daripada Aceh ini.” Maka … Datuk kedua itu dan Nyak Pia itu jadi juru bahasa Aceh.
Maka sampailah ke darat pergilah mengadap Tengku Panglima Perang, “Apa khabarnya
yang datang ini?” Maka kata Datuk Nakoda Taruna, “Hambalah sahaja hendak mengadap
ke bawah duli pertamanya Tengku Ampuan, keduanya ke bawah duli Yang Mulia Yang
Dipertuan di Kajuan Lalat (?) kerana hamba ini sangat lamanya meninggal jajahan
Sumatra ini kerana hamba ini cucu Tok Engku Kali Jamauddin, Padang Ganting, Luak
Tanah Datar. Maka sebab itulah berhajat hendak mengadap ke hadrat Tengku Ampuan
keduanya. Hanya inilah yang dimaksud.” Maka katanya (Panglima Perang), “Oh, jika
begitu bapa hambalah Tuan ini.” Maka sertalah berkasih-kasihan sekaliannya.
Maka disediakannya satu rumah hampir dengan pintu kotanya itu. Maka minta hendak
turun ke kapal tiada diberinya. Tujuh hari lamanya, maka rumah itu diberi orang jaga
kerana takut kepada orang Muslim apabila ianya datang maka jika dilihatnya orang yang
lain daripada Aceh itu maka dibunuhnyalah tiada dipedulikan Raja, menteri, orang, inilah
hal yang … orang Muslimin. Maka sampailah tujuh hari maka minta pula hendak turun
ke kapal. Tiada diberinya juga. Katanya lagi tujuh hari. Maka begitulah halnya siang
malam dengan bercitanya.
Maka pada satu hari yang baik maka Datuk Nakoda Taruna pun berkatalah, maka
katanya, “Ya Tengku Ampuan adalah hamba datang ini dengan ada satu hajat, kerana
hamba anak Sumatra ini yang sudah lama menaungkan diri di bawah bendera Inggeris
maka dengan sebab inilah Tuan Gabenor Yang Terutama Singapura, Pulau Pinang dan
Melaka menyuruhkan hamba membawakan satu Tuan yang keharapannya hendak
5
berjumpa dengan Tengku Ampuan, namanya Tuan itu Maxwell. Kerana dahulunya ia itu
jadi Residen (Assistant dan Acting Resident) di Perak, maka sebab itu diajaknya hamba,
maka tiadalah sampai hati hamba hendak menidakkan ajaknya itu kerana Tuan itu pun
banyak baik dengan pandai ianya menimbangkan hati dan memikirkan yang sepatutnya
maka masa ianya Residen Perak maka amanlah Perak itu.” Maka kata Tengku Panglima
Perang itu, “Maka halnya ia hendak berjumpa saya itu?” Maka kata Datuk Nakoda
Taruna, “Ada sedikit fasallah anak Belanda yang sudah Tengku Ampuan dapat itu; maka
bapanya minta tolong pada Gabenor Inggeris minta akan Tengku Ampuan mengadakan
belas dan kasihan dapat dengan kemurahan ke bawah duli dapat balik kepadanya hal
sahaja.” Maka kata Raja itu, “Bolehlah bapa hamba bawa Tuan itu naik ke darat supaya
kita dengar apa-apa cakapnya.” Maka baharulah dibenarkannya turun ke kapal pada
petang itu.
Maka pada suatu harinya naiklah Datuk keduanya dan Tuan (Maxwell) itu dan segala
Datuk yang datang sama itu, maka naiklah ke darat berjumpalah dengan Tengku
Panglima Perang itu, maka dicakapkan seperti cakap Datuk Nakoda Taruna yang
semalam itu; maka kata Tengku Panglima Perang kepada Maxwell, “Ya, Tuan, Datuk
Nakoda ini pangkat bapa pada sahaya.” Maka kata Tuan Maxwell itu, “Ya, sahaya pun
sahaja sudah tahu, akan tetapi daripadanya sahaja. Akan tetapi entahkan ia entahkan
tidak. Akan tetapi sebab sahaya percaya kerana Datuk Nakoda Taruna ini selama-lama
sahaya berfaham dengan ianya tidak pernah berkata yang tiada betul, maka percayalah
sahaya. Maka ini pula Tengku Ampuan pun mengatakan benar, maka tiada ralat hati
sahaya lagi kepada jika hati pun seumpama samalah sahaya dengan ayahanada ini.” Maka
sama bergelak-gelak sekaliannya.
Maka berkata Tengku Panglima Perang, “Ya, Tuan saperti yang disuruh olehku yang itu;
maka sangatlah suka hati kerana sudah beberapa lamanya saya berperang dengan Belanda
ini maka satu kerajaan pun tiada pernah bertanyakan halnya. Maka sahaya pun hendak
mengadukan hal Ratu sahaya mati terdiri Tuan. Maka dengan tolong Allah dimisalkan
sahaya ini di tengah laut angin yang keras, ombak yang kuat, maka datang setali kelapa
maka sahaya masukkan kepada tangan sahaya sebelah kiri, maka begitu juga dengan
tolong Allah datang pula lagi setali kelapa maka sahaya masukkan pada tangan sahaya
sebelah kanan. Maka perasaan sahaya jika sahaya tiada berenang pun sahaya tiada akan
lemas lagi.”
Maka hari pun petang maka Tuan (Maxwell) itupun turun kapal; Datuk kedua itu tiada
diberinya turun. Maka pada esok naik pula Tuan itu bercakap-cakap dan beginilah hal
maka sudah tiga bulan di dalam hal yang demikian, maka pada satu hari kata Tuan pada
Raja itu “…hal dari hal budak Belanda itu kehendak Tuan pada Raja itu.” Maka katanya,
“Ya, Tuan, di dalam empat fasal ini mana satu Tuan isi, maka hasillah maksud Tuan itu.”
Maka kata Tuan itu, “Mana empat itu?” Maka katanya, yang pertama-tama Tuan taruh
bendera Inggeris atas tiang bendera sahaya ini. Ambil negeri ini pada Inggeris. Halau
Belanda ini dari Tanah Aceh ini. Yang keduanya, jika Tuan tiada mahu Negeri ini, Tuan
tolong halaukan Belanda ini daripada Tanah Aceh. Sebelah kaki pun tiada boleh
dijijaknya tebing Aceh ini. Yang ketiga jika Tuan tiada mahu juga maka usahalah Tuan
pada halnya hingga ada umur sahaya maka sahaya halau Belanda ini. Yang empat boleh
6
Tuan beri sahaya tiga ratus peti senapang, tiga ratus peti ubat dan tiga ratus peluru dan
tiga ratus ribu wang. Maka, inilah, mana satu Tuan adakan, ambillah budak-budak
(Belanda) itu. Hal perkataan sahaya ini bapa sahaya ini (Nakoda Taruna) saksi. Percaya
Tuan benih sahaya, apa ini sekali-kali tiada mungkir akan janji. Percaya Tuan, maka
inilah halnya.”
Maka mintalah Tuan Maxwell hendak pulang ke Singapura hendak berkhabar hal
kehendak Raja Aceh. Maka katanya, “Apa guna Tuan pergi sendiri? Katakan Datuk-
Datuk yang Tuan bawa ini sekaliannya keharapan Kerajaan Perak belaka. Maka Tuan
suruhlah salah seorang pergi. Tuan nanti di sini!” Maka kata Tuan Maxwell, “Benar juga
kata itu, akan tetapi Tuan Gabenor itu ianya orang baharu datang dari Eropah, tiada ianya
tahu cakap Melayu dan Datuk-Datuk yang ada ini tiada yang tahu cakap Inggeris; ada
juga juru bahasa, maka Tengku Ampuan terlebih tahu jika sepatah cakap yang silap maka
hilang satu negeri, jika sepatah cakap bertambahan, kebaikannya seperti mendapat dua
negeri, maklum Tengku Ampuan.” Maka jawabnya, “Benar Tuan.”
Maka esok harinya belayar baliklah sekaliannya. Maka sampai ke Pulau Pinang maka
sekalian Datuk-Datuk pulang ke Larut. Tuan Maxwell pergi ke Singapura langsung
England. Enam bulan lama maka sampailah surat Maxwell pada Datuk Nakoda Taruna
minta sekalian kawan minta datang bersama ke Pulau Pinang hendak pergi Aceh. Maka
diberilah tahu sekalian kawan-kawan maka satu orang pun tiada mahu pergi lagi. Katanya
jika pergi ini kali tiada balik lagi.
Cuma yang datang berjumpa dengan Tok Nakoda Taruna ilaha Datuk Penghulu Muda
Alauddin sahaja. Maka katanya, “Ya, Tok mu tak usahlah kita pergi; maka pada petua
sahaya jika pergi tiada akan balik lagi.” Maka kata Datuk Taruna, “Ya Datuk Penghulu,
yang sahaya ini sudah mengaku pada Tuan itu hendak pergi bersama-sama dengannya,
maka malulah sahaya mungkir perkataan dengannya.” Maka kata (Datuk Penghulu Muda
Alauddin) itu, “Ya, Tok mu cakap dilanggari dengan kafir tiada akan menjadi salah
kepada hukum.” Maka kata Tok Taruna, “Benar kata Datuk itu, bukan jalan salah benar
itu, maka adalah yang dikatakan laki-laki itu memegang cakapnya, maka malu sahaya
Datuk kepadanya. Jika Datuk tiada pergi pun sahaya tetap pergi.” Maka Tok Penghulu
Muda mendengar cakapnya maka menangislah ia meletakkan kepalanya di atas ribaan
Tok Taruna itu. Maka katanya “Ya, Tok mu bercerailah kita rupanya, apa boleh buat
sebab dikehendakki Allah.” Inilah katanya.
Maka berkata adik Nakoda Taruna, Mohamad Hasan (Nakoda jua) namanya, “Hai, abang
tiada ku lepaskan berjalan seorang, hambalah pergi bersama.” Maka pergilah ia.
Maka pada esok harinya pergi Datuk Nakoda Taruna dengan adiknya, Nakoda Mohamad
Hasan. Maka Tok Penghulu Muda itu pun pulangalah ke rumahnya di Selinsing.
Maka sampailah surat kepada saya, Mohamad Yasham, katanya esok “Ayahanda akan
bertolak ke Aceh, yang hal pergi itu menghantarkan kehendak Raja Aceh itu 300 peti
senapang, 300 peti ubat, 300 peti peluru, 300 ribu wang. Harap didoakan Ayahanda
dengan selamat pergi adanya. Amin”.
7
Maka sebulan lamanya baliklah. Maka dibawanyalah enam (6) anak belanda, satu (1)
Cina Hailam. Maka sampai ke Pulau Pinang, maka kata Tuan Maxwell, “Ya, Encik
Nakoda kita sekarang saperti satu orang keramat kepadaku… Maka sekarang apa juga
yang Encik Nakoda mahu boleh bilang kepada sahaya tentu Queen boleh bagi.”
Maka kata Datuk (Nakoda Taruna) tu, “Ya Tuan tiada apa sahaya mahu, jika saya hendak
kaya, sudah lama sahaya kaya. Masa Larut Tengku Menteri Ibrahim Tuan semuanya
khazanah Larut itu dalam tangan sahaya; jika sahaya hendak pada masa itu satu kapal
Tengku itu boleh satu kapal sahaya; tetapi tiada dihajat; yang saya mahu mengenangkan
diri sahaya sampai kepada anak cucu cicit sahaya. Inilah sahaja yang saya mahu Tuan.”
Maka kata Tuan Maxwell, “Jika begitu Encik mintai dapat; yang sahaya pun hendak
pergi sendiri ke England di dalam enam bulan sahaya balik,” Maka Tuan itu pun pergi ke
Singapura. Nakoda Taruna pun balik ke Larut.
Maka sampai enam bulan datanglah surat daripada Gabenor kepada Tok Taruna
disampaikan oleh postman katanya datang daripada Tuan Residen Perak. Maka dibuka
oleh Datuk itu maka adalah empat kuasa ‘stamp’, satu nama Datuk Nakoda Taruna maka
lain perkataananya dari daripada yang tiga itu. Satu nama Nakoda Mohamad Hasan, satu
nama Mat Saman, satu Nyak Pia. Maka satu surat mengatakan dapat tanah bebas pada
satu orang 27 ekar, tanah mana-mana yang disukai. Orang yang dapat itu boleh tanya
pada Datuk Nakoda Taruna. Maka kompeni Perak bertanya pada Datuk Nakoda Taruna;
maka ditunjukkan nama-nama orang yang pergi yang pertama itu; maka dapatlah sekelian
orang yang pergi yang pertama itu seorang 27 ekar bebas.
Jika orang sebenar-benarnya patut sangat-sangat menaruh ingatan pada anak cucunya.
Cuba fikir tiada dapat 27 ekar tanah bebas dengan tiada berapa hal yang ia pergi itu
semua orang mengatakan tiada akan balik lagi; maka sampai ianya balik. Maka sampai
ianya balik maka dimasukkannya nama kita maka tiadalah menaruh ingatan sedikit…..
….. hati apakah bangsanya hati yang demikian itu bukan bususknya….(setakat ini sahaja
bahan yang ada dalam simpanan)
Tambahan – Butir Sir William Edward Maxwell
1865 Mengambil bahagian dalam Perak Expedition
1875 Member State Council and assistant Resident Perak
1878-1882 Acting Resident and Council of Perak
1887-1889 Colonial Secretary of Straits Settlement
1892 -1895 Governor of Straits Settlement
1895 Governor and Commander in Chief Gold Coast
8
Meneganai Surat Pangharagaan (Testimony) bertarikh 11.11.1884
Yang ada dalam simpanan sekarang hanyalah surat penghargaan (testimony) kepada
Nakoda Mat Hasan (Mohamad Hasan), adik kepada Datuk Nakoda Taruna. Kepala surat
adalah Crest “Governor Straits Settlements”
Dalam Bahasa Melayu:
“Bahawa adapun surat ini telah dikurniakan oleh Tuan Gabenor Terutama yang
memerintahkan Singapura, Pulau Pinang dan Melaka kepada Mat Hasan …. menjadi….
di dalam… mengiringkan Tuan Berhormat William Edward Maxwell bersama-sama
dengan lain-lain orang Melayu ke Aceh membuat pekerjaan yang dititahkan oleh
Kerajaan Queen … akan melepaskan tuan-tuan dan kelasi kapal pecah yang bernama
“Nasoru” yang telah ditawani oleh Raja Tenom… pun sangat meneganangkan jasa
orang-orang Melayu yang telah pergi mengiringi dia ke Aceh itu adanya.”
Dalam Bahasa Inggeris:
“This document is given by his Excellency the Governor of the Straits Settlements to Mat
Hasan of Jebong in Larut, Perak. I … of Malays who accompanied the Honourable W.E.
Maxwell on a mission dispatched by her Majesty’s Government to demand the release of
the Officers and seamen… from the Rajah of tenom. The release of survivors has been
effected and Mr. Maxwell has… to the value of the services rendered by the Malays who
accompanied him….”
Signed by:
Acting Colonial Secretary, Straits settlement
Acting Governor, Straits Settlements
Tertulis di Colonial Secretariat in Singapore
Bulan November 1884.
Transmitted to Mat Hasan on 11.11.1884




Islam mampu memimpin perubahan di Kedah

Email Oleh : Zamri Keciks

Tidak keterlaluan jika saya sebutkan bahawa salah seorang Menteri Besar PAS yang menzahirkan kualiti kepimpinan Islam yang berjaya memikat dan menambat hati musuh dan kawan adalah Ustaz Datuk Seri Azizan Abd Razak, Pesuruhjaya PAS Kedah. Dalam tempoh setahun PAS memerintah Kedah melalui Pakatan Rakyat beliau dan anggota EXCO serta seluruh ADUN kerajaan telah berjaya mengelakkan kerajaan dari terlibat dalam sebarang kontroversi besar dan bertembung dengan mana-mana pihak secara terbuka.

Hubungan beliau dengan kakitangan kerajaan adalah baik dan malah begitu juga dengan Istana Kedah. Jika pun ada konflik-konflik kecil, ia berjaya diurus dengan bijak tanpa menjejaskan keyakinan dan kepercayaan rakyat dan para pelabur.

Hari ini akhbar tempatan memaparkan kejayaan beliau merealisasikan menjadi Kedah sebuah negeri yang membangun. Beliau berjaya juga menegakkan sebuah projek mega di Kedah. Walaupun projek mega penyaringan minyak (oil refinery) di Yan, Kedah ini menghadapi pelbagai tentangan dan cabaran sehingga ada yang menjangkakan ia bakal gagal, Ustaz Azizan berjaya membuktikan sebaliknya.

Pendekatan beliau yang berhemah dan berbaik dengan semua demi kepentingan rakyat dan negeri akhirnya memungkinkan projek RM36 billion ini, iaitu yang terbesar dalam negara menjelang 2014 kini menjadi nyata.

Projek yang dikendalikan oleh Merapoh Resources Corporation ini bakal menyaksikan pembinaan sebuah pusat penyaringan dan penapisan minyak di kawasan seluas 950 ekar di Yan, Kedah. Melaui projek ini nanti syarikat pengendalinya akan mengimpot minyak mentah dari Timur Tengah yang akan diporoses di sini untuk kemudiannya di ekspot ke pasaran China dan lain-lain negara di Asia.

Ia dijangka menghasilkan 350,000 tong minyak sehari.

Projek ini kelak akan menyaksikan Merapoh menawarkan 30% daripada kontrek binaannya kepada kontraktor tempatan. Ian anti bila siap akan memberikan peluang pekerjaan kepada lebih 500 jurutera dan para professional selain 1,000 kakitangan lain.

Semoga Ustaz Azizan dan sahabat-sahabat di Kedah akan berjaya dengan izin Allah, kita zahirkan kemampuan dan keunggulan kita kepada semua. Buktikan Islam mampu memimpin perubahan. Syabas!

Sepuluh pedoman, panduan layari alam perkahwinan

Email Oleh : anuarani
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
salidasuhaila99@yahoo.com


RUMAH tangga yang bahagia dan aman tenteram menjadi impian suami isteri. Ikatan kasih sayang dua insan dipadukan dengan harapan semoga berkekalan sepanjang hayat. Namun, dalam kehidupan berumah tangga pasti tidak lekang daripada dugaan dan pancaroba yang boleh menggugat kesejahteraan.

Oleh itu, beberapa petua untuk renungan bersama supaya rumah tangga yang terbina kekal aman serta dilimpahi kasih sayang sepanjang masa. Ini perlu bagi mengelak berlaku perceraian yang semakin meningkat.

Renungi pesanan Umamah binti Harith kepada anaknya sebagai petua dalam rumah tangga yang bahagia. Umamah mewasiatkan kepada anak perempuannya yang akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang Raja Yamanm, iaitu Al Harith bin Amru.

Dalam wasiat itu, Umamah berkata: “Wahai puteriku, aku ingin memberitahumu 10 perkara sebagai pedoman dan panduanmu dalam melayari alam berumah tangga nanti iaitu jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang buruk atau tercium sesuatu yang busuk.

Hendaklah kamu sentiasa membanggakannya kerana ini akan membuatkannya bertambah kasih padamu. Benarkanlah segala pendapat dan sikapnya nescaya dia akan bersikap lembut terhadapmu.

Kamu hendaklah menguruskan hal ehwal rumah tangga dengan sempurna dan baik. Sentiasalah memelihara diri, keluarga dan kehormatannya. Simpankan segala rahsianya dengan baik, jangan kamu sesekali membantah suruhannya kerana ini akan melukakan hatinya.

Jagalah waktu makannya dan waktu beristirahat kerana apabila perut lapar akan membuatkan darah cepat naik. Begitulah juga dengan tidur yang tidak cukup akan menyebabkan keletihan. Andainya suamimu nanti sedang bergembira, janganlah kamu menunjukkan kesedihan pula, tetapi kamu hendaklah pandai menyesuaikan keadaan dan bijak mengikut suasana hatinya.

Kamu hendaklah sentiasa menghiasi dirimu selalu supaya suamimu nanti berasa senang apabila menatap wajahmu. Jadikanlah dirimu sebagai amah kepadanya. Nescaya nanti suami akan menjadi penolong pula pada dirimu.

Demikianlah 10 petua yang diperturunkan kepada anaknya dan sangat relevan buat kita pada zaman ini, iaitu panduan buat wanita yang akan mendirikan rumah tangga supaya bahtera dilayari bersama suami berada dalam landasan yang betul lagi diredai Allah.

Seperti yang diketahui, pelbagai masalah keruntuhan rumah tangga semakin menjadi-jadi dan tidak menampakkan susutnya. Jadi sewajarnya petua Umamah dijadikan sebagai teladan dan peringatan buat muslimah.

Rumah tangga aman bahagia akan membawa keberkatan hidup dan sentiasa dalam lingkungan rahmat Allah. Apa yang mustahak, kedua-dua suami dan isteri mesti memiliki sikap saling hormati-menghormati dan nilai toleransi tinggi.

Tidak dinafikan wanita menjadi tunjang kepada terbentuknya suasana bahagia dan harmoni. Imam Hasan Al-Banna berkata: “Asas kebaikan bangsa adalah kebaikan keluarga dan kunci kebaikan keluarga adalah kebaikan kaum perempuan, kerana perempuan adalah guru dunia.

“Perempuan yang menggoyang hayunan dengan tangan kanannya dan menggoncang dunia dengan tangan kirinya. Ketenteraman, ketenangan dan perlindungan, itulah kata tepat untuk menggambarkan antara lelaki dan perempuan.

“Seorang perempuan, wahai saudaraku, berlindung pada suaminya untuk memperoleh kekuatan dan kehidupan, sedangkan lelaki berlindung kepada isterinya untuk memperoleh kecintaan dan kehidupan.”

Andainya sikap saling memahami dan bertolak ansur diterap antara suami isteri, fenomena cemburu buta yang berakhir dengan perceraian dapat ditangani. Ini tidak, hal remeh temeh mencetuskan polemik, sehingga membesar menjadi punca keretakan hingga meruntuhkan rumah tangga.

Kehidupan berumah tangga yang sentiasa berpayung pada cahaya keimanan kukuh tidak akan mudah digoncang, malah sentiasa mendapat berkat Allah. Ingatlah, keluarga yang aman bahagia akan melahirkan anak cemerlang.

Anak yang dilahirkan dalam ruang lingkup keluarga harmoni akan memacu landasan hidup sempurna. Wujudlah rumahku, syurgaku, yang menjadi impian semua pasangan. Semua inginkan kebahagiaan melalui gerbang perkahwinan dan Islam menggalakkan perkahwinan untuk mencari ketenangan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan Allah menjadikan bagimu rumahmu sebagai tempat tinggal (untuk ketenangan).” - (Surah An-Nahl, ayat 80)

Manek Urai : PAS Masih Menguasai

Email Oleh :Mr. President

Pelbagai isu dan penyebab diperkatan ekoran pengurangan teruk majotiti PAS di manek Urai. Ada yang mengatakan bahawa pengurangan ini adalah disebabkn rakyat menerima UBN, dan tidak kurang juga ada yang menyebut PAS menang dalam kekalahan.

Bagi saya, PAS tidak kalah di Manek Urai. PAS tetap menang biarpun majoriti berkurangan. Ini kerana Manek Urai merupakan kubu Arwah Pok Su Mail. Bukannya kubu PAS. Oleh itu, pada pilihanraya kecil ini, kita boleh menilai kekuatan sebenar PAS dan BN di Manek Urai. Kedua-dua calon merupakan oran baru, tidak ada track-record dalam politik tanahair. Maka disinilah terserlahnya kekuatan sebenar PAS di Manek Urai. Lebihan 65 undi itulah kekuatan sebenar PAS.

Walaupun jutaan ringgat dilaburkan oleh UBN bagi menawan hati pengundi, namun Manek Urai masih lagi dikuasai PAS.

Dari Laman Nurani

Tahniah Pada Semua

Email Oleh : Mr. President

Ucapan terima kasih saya ucapkan kepada semua yang telah bertungkus lumus di Manek Urai Lama. Kepada jentera dari Negeri Perak, anda semua memang mantap. Tahniah saya ucapkan. Begitu juga jentera dari Kawasan Machang, saudara/i semua menjadi tulang belakang kecemerlangan kempen di Manek Urai Lama.

Setiap usaha yang kita telah lakukan, saya rasa ianya cukup berbekas di hati jentera tuan rumah. Semoga petugas-petugas dari tuan rumah (UPU manek Urai Lama) dapatlah mengambil pengajaran dan dapat mempelajari sesuatu dari gerak kerja kita hampir sebulan ini.

Tahniah kepada semua termasuk petugas bahagian masakan yang tidak jemu-jemu menyediakan masakan kepada kami semua. Jasa anda semua, Allah yang menilai dan membalasnya.

AL-MAIDAH (QURAN)

Email Oleh : Muhammad Khalidi Ramli (MKR)


[1]
Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanji an. Dihalalkan bagi kamu (memakan) binatang-binatang ternak (dan sebagainya), kecuali apa yang akan dibacakan (tentang haramnya) kepada kamu. (Halalnya binatang-binatang ternak dan sebagainya itu) tidak pula bererti kamu boleh menghalalkan perburuan ketika kamu dalam keadaan berihram. Sesungguhnya Allah menetapkan hukum apa yang Ia kehendaki.
[2]
Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu ingat halal membuat sesuka hati mengenai syiar-syiar ugama Allah, dan mengenai bulan-bulan yang dihormati, dan mengenai binatang-binatang yang dihadiahkan (ke Makkah untuk korban), dan mengenai kalong-kalong binatang hadiah itu, dan mengenai orang-orang yang menuju ke Baitullah Al-Haraam, yang bertujuan mencari limpah kurnia dari Tuhan mereka (dengan jalan perniagaan) dan mencari keredaanNya (dengan mengerjakan ibadat Haji di Tanah Suci); dan apabila kamu telah selesai dari ihram maka bolehlah kamu berburu. Dan jangan sekali-kali kebencian kamu kepada suatu kaum kerana mereka pernah menghalangi kamu dari masjid Al-Haraam itu - mendorong kamu menceroboh. Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya) .
[3]
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[4]
Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): "Apakah (makanan) yang dihalalkan bagi mereka?" Bagi menjawabnya katakanlah: "Dihalalkan bagi kamu (memakan) yang lazat-lazat serta baik, dan (buruan yang ditangkap oleh) binatang-binatang pemburu yang telah kamu ajar (untuk berburu) mengikut cara pelatih-pelatih binatang pemburu. Kamu mengajar serta melatihnya (adab peraturan berburu) sebagaimana yang telah diajarkan Allah kepada kamu. Oleh itu makanlah dari apa yang mereka tangkap untuk kamu dan sebutlah nama Allah atasnya (ketika kamu melepaskannya berburu); dan bertaqwalah kepada Allah (dengan memelihara diri dari memakan yang diharamkan Allah); Sesungguhnya Allah Maha Cepat hitungan hisabNya"
[5]
Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang-orang yang diberikan Kitab itu adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka (tidak salah kamu memberi makan kepada mereka). Dan (dihalalkan kamu berkahwin) dengan perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya - di antara perempuan-perempuan yang beriman, dan juga perempuan-perempuan yang menjaga kehormatannya dari kalangan orang-orang yang diberikan Kitab dahulu daripada kamu apabila kamu beri mereka maskahwinnya, sedang kamu (dengan cara yang demikian), bernikah bukan berzina, dan bukan pula kamu mengambil mereka menjadi perempuan-perempuan simpanan. Dan sesiapa yang ingkar (akan syariat Islam) sesudah ia beriman, maka sesungguhnya gugurlah amalnya (yang baik) dan adalah ia pada hari akhirat kelak dari orang-orang yang rugi.
[6]
Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali; dan jika kamu junub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib; dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air), atau dalam pelayaran, atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air, atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu yang bersih, iaitu: sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah - debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Ia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur.
[7]
Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.
[8]
Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
[9]
Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, mereka akan beroleh keampunan dan pahala yang besar.
[10]
Dan orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat Kami (Al-Quran), merekalah ahli neraka.
[11]
Wahai orang-orang yang beriman, kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu ketika kaum (kafir yang memusuhi kamu) hendak menghulurkan tangannya (untuk menyerang kamu), lalu Allah menahan tangan mereka daripada (menyerang) kamu. Oleh itu, bertaqwalah kamu kepada Allah; dan kepada Allah jualah (sesudah bertaqwa itu) hendaklah orang-orang yang beriman berserah diri.
[12]
Dan demi sesungguhnya! Allah telah mengambil perjanjian setia Bani Israil (supaya mereka menjunjung perintahNya dan menjauhi laranganNya) , dan Kami telah utuskan dari kalangan mereka dua belas ketua (untuk memimpin golongan masing-masing) ; dan Allah berfirman (kepada mereka): "Bahawa Aku adalah beserta kamu (memerhati segala-galanya) . Demi sesungguhnya jika kamu dirikan sembahyang, serta kamu tunaikan zakat, dan kamu beriman dengan segala Rasul (utusanku) serta menolong bantu mereka (dalam menegakkan ugama Allah), dan kamu pinjamkan Allah (dengan sedekah dan berbuat baik pada jalanNya) secara pinjaman yang baik (bukan kerana riak dan mencari keuntungan dunia), sudah tentu Aku akan ampunkan dosa-dosa kamu, dan Aku akan masukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai. Oleh itu, sesiapa yang kufur ingkar di antara kamu sesudah yang demikian, maka sesungguhnya sesatlah ia dari jalan yang betul"
[13]
Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami laknatkan mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah Kalimah-kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) dari tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit dari mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.
[14]
Dan di antara orang-orang yang berkata:" Bahawa kami ini orang-orang Nasrani", Kami juga telah mengambil perjanjian setia mereka, maka mereka juga melupakan (meninggalkan) sebahagian dari apa yang diperingatkan mereka dengannya, lalu Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka, sampai ke hari kiamat; dan Allah akan memberitahu mereka dengan apa yang telah mereka kerjakan.
[15]
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul Kami (Muhammad, s.a.w) dengan menerangkan kepada kamu banyak dari (keterangan- keterangan dan hukum-hukum) yang telah kamu sembunyikan dari Kitab Suci, dan ia memaafkan kamu (dengan tidak mendedahkan) banyak perkara (yang kamu sembunyikan) . Sesungguhnya telah datang kepada kamu cahaya kebenaran (Nabi Muhammad) dari Allah, dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata keterangannya.
[16]
Dengan (Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredaanNya, dan (dengannya) Tuhan keluarkan mereka dari gelap-gelita (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang-benderang, dengan izinNya; dan (dengannya juga) Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus.
[17]
Demi sesungguhnya, kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam) katakanlah (wahai Muhammad): "(Dakwaan itu tidak benar) kerana siapakah yang dapat menahan (seksa) dari Allah sedikit jua pun kalau Ia mahu membinasakan Al-Masih Ibni Maryam beserta ibunya dan orang-orang yang ada di muka bumi semuanya?" Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya. Ia menciptakan apa jua yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[18]
Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata: "Kami adalah anak-anak Allah dan yang amat disayangiNya". Katakanlah (wahai Muhammad): "(Kalau betul demikian), maka mengapakah Ia menyeksa kamu dengan sebab dosa-dosa kamu? (Sebenarnya bukanlah sebagaimana yang kamu dakwakan) bahkan kamu semuanya adalah manusia biasa di antara manusia-manusia lain yang diciptakanNya. Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan serta hukum SyariatNya), demikian juga Ia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kuasa pemerintahan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, dan kepada Allah jualah tempat kembali"
[19]
Wahai Ahli Kitab! Sesungguhnya telah datang kepada kamu Rasul kami (Muhammad, s.a.w) yang menerangkan kepada kamu (akan syariat Islam) ketika terputusnya (kedatangan) Rasul-rasul (yang diutus), supaya kamu tidak (berdalih) dengan berkata (pada hari kiamat): "Tidak datang kepada kami seorang (Rasul) pun pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran (yang mengingatkan kami)". Kerana sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang (rasul) pembawa berita gembira dan juga pembawa amaran. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[20]
Dan (ingatkanlah mereka wahai Muhammad), ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: "Wahai kaumku! Kenanglah nikmat Allah (Yang diberikan) kepada kamu ketika Ia menjadikan dalam kalangan kamu beberapa orang Nabi, dan Ia menjadikan kamu bebas merdeka (setelah kamu diperhamba oleh Firaun dan orang-orangnya) , dan Ia memberikan kepada kamu barang yang tidak pernah diberikan kepada seseorang pun dari umat-umat (yang ada pada masa itu)".
[21]
(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya) ; dan janganlah kamu berbalik undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang rugi (di dunia dan di akhirat)".
[22]
Mereka menjawab: "Wahai Musa bahawasanya di negeri itu ada kaum yang gagah perkasa, dan sesungguhnya kami tidak akan memasukinya sehingga mereka keluar daripadanya; kemudian jika mereka keluar daripadanya, maka sesungguhnya kami akan masuk (ke negeri itu)".
[23]
Berkatalah dua lelaki di antara orang-orang yang takut (menyalahi perintah tuhan), lagi yang telah diberi nikmat (taufik) oleh Allah kepada keduanya: "Seranglah mereka melalui pintu itu, kerana apabila kamu memasukinya maka sudah tentu kamulah orang-orang yang menang; dan kepada Allah jualah hendaklah kamu berserah (setelah kamu bertindak menyerang), jika benar kamu orang-orang yang beriman"
[24]
Mereka (menolak dengan) berkata: "Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu".
[25]
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: "Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu".
[26]
Allah berfirman: "Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya - selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu".
[27]
Dan bacakanlah (wahai Muhammad) kepada mereka kisah (mengenai) dua orang anak Adam (Habil dan Qabil) yang berlaku dengan sebenarnya, iaitu ketika mereka berdua mempersembahkan satu persembahan korban (untuk mendampingkan diri kepada Allah). Lalu diterima korban salah seorang di antaranya (Habil), dan tidak diterima (korban) dari yang lain (Qabil). Berkata (Qabil):" Sesungguhnya aku akan membunuhmu!". (Habil) menjawab: "Hanyasanya Allah menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa;
[28]
"Demi sesungguhnya! Jika engkau hulurkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku tidak sekali-kali akan menghulurkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Kerana sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan Yang mentadbirkan sekalian alam;
[29]
"Sesungguhnya aku mahu supaya engkau kembali dengan (membawa) dosa (membunuhku) dan dosamu sendiri. Maka dengan itu menjadilah engkau dari ahli neraka, dan itulah dia balasan orang-orang yang zalim".
[30]
Maka nafsu jahat (Qabil) mendorongnya (sehingga ia tergamak) membunuh saudaranya, lalu ia membunuhnya. Oleh itu menjadilah dia dari golongan orang-orang yang rugi.
[31]
Kemudian Allah hantarkan seekor burung gagak (menyuruhnya) mengorek-ngorek di bumi supaya, diperlihatkan kepada (Qabil) bagaimana cara menimbus mayat saudaranya. (Qabil) berkata: "Wahai celakanya aku! Alangkah lemah serta bodohnya aku, aku tidak tahu berbuat seperti burung gagak ini, supaya aku dapat menimbuskan mayat saudaraku?". Kerana itu menjadilah ia dari golongan orang-orang yang menyesal.
[32]
Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya; dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia semuanya. Dan demi sesungguhnya, telah datang kepada mereka Rasul-rasul kami dengan membawa keterangan yang cukup terang; kemudian, sesungguhnya kebanyakan dari mereka sesudah itu, sungguh-sungguh menjadi orang-orang yang melampaui batas (melakukan kerosakan) di muka bumi.
[33]
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
[34]
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[35]
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah yang boleh menyampaikan kepadaNya (dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya) ; dan berjuanglah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam) supaya kamu beroleh kejayaan.
[36]
Sesungguhnya orang-orang yang kafir, kalau (tiap-tiap seorang dari) mereka mempunyai segala yang ada di muka bumi atau sebanyak itu lagi bersamanya, untuk mereka menjadikannya penebus diri mereka dari azab seksa hari kiamat, nescaya tebusan itu tidak akan diterima dari mereka; dan mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[37]
Mereka sentiasa berharap hendak keluar dari api neraka itu, padahal mereka tidak sekali-kali akan dapat keluar daripadanya; dan bagi mereka azab seksa yang tetap kekal.
[38]
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[39]
Maka sesiapa yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[40]
Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah menguasai pemerintahan langit dan bumi? Ia menyeksakan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya), dan mengampunkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan dan hukum SyariatNya). Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
[41]
Wahai Rasul Allah! Janganlah engkau menanggung dukacita disebabkan orang-orang yang segera menceburkan diri dalam kekufuran, iaitu dari orang-orang yang berkata dengan mulutnya: "Kami tetap beriman", padahal hatinya tidak beriman; demikian juga dari orang-orang Yahudi, mereka orang-orang yang sangat suka mendengar berita-berita dusta; mereka sangat suka mendengar perkataan golongan lain (pendita-pendita Yahudi) yang tidak pernah datang menemuimu; mereka ini mengubah serta meminda perkataan-perkataan (dalam Kitab Taurat) itu dari tempat-tempatnya yang sebenar. Mereka berkata: "Jika disampaikan kepada kamu hukum seperti ini maka terimalah dia, dan jika tidak disampaikannya kepada kamu, maka jagalah diri baik-baik". Dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar.
[42]
Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah di antara mereka (dengan apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah dari mereka; dan kalau engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikitpun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah di antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.
[43]
Dan (sungguh menghairankan) , bagaimana mereka meminta keputusan hukum kepadamu, padahal di sisi mereka ada Kitab Taurat yang mengandungi hukum Allah, kemudian mereka berpaling pula sesudah itu (dari hukumanmu)? Dan (sebenarnya) mereka itu bukanlah orang-orang yang beriman.
[44]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya) , maka mereka itulah orang-orang kafir.
[45]
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.
[46]
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.
[47]
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.
[48]
Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (Al-Quran) dengan membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu Syariat dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing) . Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal soleh). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu berselisihan padanya.
[49]
Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.
[50]
Sesudah itu, patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? Padahal - kepada orang-orang yang penuh keyakinan - tidak ada sesiapa yang boleh membuat hukum yang lebih pada daripada Allah.
[51]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani itu sebagai teman rapat, kerana setengah mereka menjadi teman rapat kepada setengahnya yang lain; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka teman rapatnya, maka sesungguhnya ia adalah dari golongan mereka itu mereka itu. Sesungguhnya Allah tidak memberikan petunjuk kepada kaum yang berlaku zalim.
[52]
Dalam pada itu, engkau lihat orang-orang (munafik) yang ada penyakit dalam hatinya segera berusaha mendampingkan diri kepada mereka (Yahudi dan Nasrani), sambil berkata: "Kami takut bahawa kami akan ditimpa bencana (yang memaksa kami meminta pertolongan mereka)". Mudah-mudahan Allah akan mendatangkan kemenangan (kepada RasulNya dan umat Islam) atau mendatangkan sesuatu hukuman dari sisiNya (terhadap golongan yang munafik itu); maka sebab itu mereka akan menyesal mengenai apa yang telah mereka sembunyikan dalam hatinya.
[53]
Dan (telatah kaum munafik itu menjadikan) orang-orang yang beriman berkata: "Adakah mereka ini orang-orang yang bersumpah dengan nama Allah, dengan sebenar-benar sumpahnya, bahawa mereka benar-benar menyertai dan menolong kamu?" Telah gugurlah amal-amal mereka, lalu menjadilah mereka: orang-orang yang rugi.
[54]
Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya.
[55]
Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).
[56]
Dan sesiapa yang menjadikan Allah dan rasulnya serta orang-orang yang beriman itu penolongnya (maka berjayalah dia), kerana sesungguhnya golongan (yang berpegang kepada ugama) Allah, itulah yang tetap menang.
[57]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang menjadikan ugama kamu sebagai ejek-ejekan dan permainan - dari orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum kamu, dan orang-orang kafir musyrik itu: menjadi penolong-penolong; dan bertaqwalah kepada Allah, jika kamu benar-benar orang yang beriman.
[58]
Dan apabila kamu menyeru (azan) untuk mengerjakan sembahyang, mereka menjadikan sembahyang itu sebagai ejek-ejekan dan permainan. Yang demikian itu ialah kerana mereka suatu kaum yang tidak berakal.
[59]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak mencela dan menyalahkan kami melainkan kerana kami beriman kepada Allah dan beriman kepada apa yang diturunkan kepada kami, serta beriman kepada apa yang diturunkan sebelum itu, dan kerana kebanyakan kamu sesungguhnya adalah orang orang yang fasik".
[60]
Katakanlah: "Mahukah, aku khabarkan kepada kamu tentang yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang-orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya, dan orang-orang yang dijadikan di antara mereka sebagai kera dan babi, dan penyembah Taghut. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari jalan yang betul".
[61]
Dan apabila mereka (orang-orang Yahudi atau munafik itu) datang kepada kamu, mereka berkata: "Kami telah beriman". Padahal sesungguhnya mereka itu masuk menemui kamu dengan kekufurannya, dan sesungguhnya mereka keluar (dari sisi kamu) dengan kekufurannya juga; dan (hendaklah mereka ingat), Allah lebih mengetahui akan apa yang mereka sembunyikan.
[62]
Dan engkau lihat kebanyakan dari mereka berlumba-lumba pada melakukan dosa dan pencerobohan serta memakan yang haram. Demi sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
[63]
Alangkah baiknya kalau ketua-ketua ugama dan pendita-pendita mereka melarang mereka dari mengeluarkan perkataan-perkataan yang dusta dan dari memakan yang haram? Sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah kerjakan.
[64]
Dan orang-orang Yahudi itu berkata: "Tangan Allah terbelenggu (bakhil - kikir)", tangan merekalah yang terbelenggu dan mereka pula dilaknat dengan sebab apa yang mereka telah katakan itu, bahkan kedua tangan Allah sentiasa terbuka (nikmat dan kurniaNya luas melimpah-limpah) . Ia belanjakan (limpahkan) sebagaimana yang Ia kehendaki; dan demi sesungguhnya, apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur; dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat. Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan, Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi, sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
[65]
Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
[66]
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.
[67]
Wahai Rasul Allah! Sampaikanlah apa yang telah diturunkan kepadamu dari Tuhanmu; dan jika engkau tidak melakukannya (dengan menyampaikan semuanya), maka bermakna tiadalah engkau menyampaikan perutusanNya; dan Allah jualah akan memeliharamu dari (kejahatan) manusia. Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang kafir.
[68]
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Kamu tidak dikira mempunyai sesuatu ugama sehingga kamu tegakkan ajaran Kitab-kitab Taurat dan Injil (yang membawa kamu percaya kepada Nabi Muhammad) dan apa yang diturunkan kepada kamu dari Tuhan kamu (iaitu Al-Quran)" Dan demi sesungguhnya, apa yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dari Tuhanmu itu, akan menambahkan kederhakaan dan kekufuran kepada kebanyakan mereka. Oleh itu janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang kafir itu.
[69]
Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang Yahudi, dan orang-orang Saabiein, dan orang-orang Nasrani - sesiapa sahaja di antara mereka yang beriman kepada Allah (dan segala RasulNya meliputi Nabi Muhammad s.a.w) dan (beriman kepada) hari akhirat serta beramal soleh, maka tidaklah ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.
[70]
Demi sesungguhnya! Kami telah mengambil perjanjian setia dari Bani Israil dan Kami telah utuskan kepada mereka beberapa orang Rasul. (Tetapi) tiap-tiap kali datang - seorang Rasul kepada mereka dengan membawa apa yang tidak disukai oleh hawa nafsu mereka, mereka dustakan sebahagian dari Rasul-rasul itu, dan mereka bunuh yang sebahagian lagi.
[71]
Dan mereka juga menyangka bahawa tidak akan berlaku sebarang bencana, lalu mereka membutakan mata dan memekakkan telinga, kemudian Allah menerima taubat mereka, setelah itu kebanyakan dari mereka membutakan mata dan memekakkan telinga lagi. Padahal Allah Maha Melihat akan apa yang mereka lakukan.
[72]
Demi sesungguhnya! Telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah Al-Masih Ibni Maryam". Padahal Al-Masih sendiri berkata:" Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu, Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya Syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka; dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
[73]
Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan". Padahal tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Tuhan yang Maha Esa. Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[74]
Oleh itu tidakkah mereka mahu bertaubat kepada Allah dan memohon keampunannya (sesudah mereka mendengar keterangan-keterang an tentang kepercayaan mereka yang salah dan balasan seksanya)? Padahal Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani.
[75]
Tiadalah Al-Masih Ibni Maryam itu melainkan seorang Rasul yang telah terdahulu sebelumnya beberapa orang Rasul, dan ibunya seorang perempuan yang amat benar, mereka berdua adalah memakan makanan (seperti kamu juga). Lihatlah bagaimana kami jelaskan kepada mereka (ahli kitab itu) keterangan-keterang an (yang tegas yang menunjukkan kesesatan mereka), kemudian lihatlah bagaimana mereka dipalingkan (oleh hawa nafsu mereka dari menerima kebenaran yang jelas nyata itu).
[76]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Patutkah kamu menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak berkuasa memberi mudarat kepada kamu dan tidak juga berkuasa memberi manfaat? Padahal Allah Yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui".
[77]
Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Janganlah kamu melampau dalam ugama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum yang telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia, dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul"
[78]
Orang-orang kafir Yahudi dari Bani Israil telah dilaknat (di dalam Kitab-kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Daud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh.
[79]
Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) dari perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh), yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan.
[80]
Engkau melihat banyak dari mereka menjadikan orang-orang kafir (musyrik) teman rapat mereka. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka sediakan bagi diri mereka (pada hari akhirat kelak) iaitu kemurkaan Allah menimpa mereka, dan mereka pula tetap kekal di dalam azab (neraka).
[81]
Sekirany mereka beriman kepada Allah dan kepada Nabi serta apa yang diturunkan kepadanya, nescaya mereka tidak menjadikan orang-orang (musyrik) sebagai teman rapat, akan tetapi kebanyakan dari mereka adalah orang-orang fasik.
[82]
Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati manusia yang keras sekali permusuhannya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang Yahudi dan orang-orang musyrik. Dan demi sesungguhnya engkau akan dapati orang-orang yang dekat sekali kasih mesranya kepada orang-orang yang beriman ialah orang-orang yang berkata: "Bahawa kami ini ialah orang-orang Nasrani" yang demikian itu, disebabkan ada di antara mereka pendita-pendita dan ahli-ahli ibadat, dan kerana mereka pula tidak berlaku sombong.
[83]
Dan apabila mereka mendengar Al-Quran yang diturunkan kepada Rasulullah (Muhammad, s.a.w), engkau melihat mata mereka mencucurkan air mata disebabkan apa yang mereka ketahui (melalui Kitab mereka) dari kebenaran (Al-Quran), sambil mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, kami beriman (kepada Nabi Muhammad dan Kitab Suci Al-Quran), oleh itu tetapkanlah kami bersama-sama orang-orang yang menjadi saksi (yang mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w).
[84]
"Dan tidak ada sebab bagi kami tidak beriman kepada Allah dan kepada kebenaran (Al-Quran) yang sampai kepada kami, padahal kami ingin (dengan sepenuh-penuh harapan), supaya Tuhan kami memasukkan kami (ke dalam Syurga) bersama-sama orang-orang yang soleh"
[85]
Lalu Allah memberikan pahala kepada mereka disebabkan (pengakuan iman yang ikhlas) yang telah mereka ucapkan, (iaitu mereka dibalas dengan) Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka pula tetap kekal di dalamnya. Dan yang demikian itu, adalah balasan orang-orang yang berusaha berbuat kebaikan.
[86]
Dan (sebaliknya) orang-orang yang kafir serta mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itulah ahli neraka.
[87]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu haramkan benda-benda yang baik-baik yang telah dihalalkan oleh Allah bagi kamu, dan janganlah kamu melampaui batas (pada apa yang telah ditetapkan halalnya itu); kerana sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampaui batas.
[88]
Dan makanlah dari rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik, dan bertaqwalah kepada Allah yang kepadaNya sahaja kamu beriman.
[89]
Kamu tidak dikira salah oleh Allah tentang sumpah-sumpah kamu yang tidak disengajakan (untuk bersumpah), akan tetapi kamu dikira salah olehNya dengan sebab sumpah yang sengaja kamu buat dengan bersungguh-sungguh. Maka bayaran dendanya ialah memberi makan sepuluh orang miskin dari jenis makanan yang sederhana yang kamu (biasa) berikan kepada keluarga kamu, atau memberi pakaian untuk mereka, atau memerdekakan seorang hamba. Kemudian sesiapa yang tidak dapat (menunaikan denda yang tersebut), maka hendaklah ia berpuasa tiga hari. Yang demikian itu ialah denda penebus sumpah kamu apabila kamu bersumpah. Dan jagalah - peliharalah sumpah kamu. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (hukum-hukum ugamaNya) supaya kamu bersyukur.
[90]
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.
[91]
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?
[92]
Dan taatlah kamu kepada Allah serta taatlah kepada Rasul Allah, dan awaslah (janganlah sampai menyalahi perintah Allah dan RasulNya). Oleh itu, jika kamu berpaling (enggan menurut apa yang diperintahkan itu), maka ketahuilah, bahawa sesungguhnya kewajipan Rasul Kami hanyalah menyampaikan (perintah-perintah) dengan jelas nyata.
[93]
Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman serta mengerjakan amal yang soleh pada apa yang telah mereka makan dahulu, apabila mereka bertaqwa dan beriman serta mengerjakan amal yang soleh, kemudian mereka tetap bertaqwa dan beriman, kemudian mereka tetap bertaqwa dan berbuat kebajikan; kerana Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.
[94]
Wahai orang-orang yang beriman! Demi sesungguhnya Allah akan menguji kamu (semasa kamu berihram) dengan sesuatu dari binatang buruan yang mudah ditangkap oleh tangan kamu dan (mudah terkena) tikaman lembing-lembing kamu, supaya Allah ketahui wujudnya sesiapa yang takut kepadaNya semasa ia tidak melihatNya semasa ia tidak dilihat orang. Oleh itu, sesiapa yang melampaui batas sesudah yang demikian maka baginya azab yang tidak terperi sakitnya.
[95]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu membunuh binatang-binatang buruan ketika kamu sedang berihram. Dan sesiapa di antara kamu yang membunuhnya dengan sengaja, maka dendanya (menggantinya) dengan binatang ternak yang sama dengan binatang buruan yang dibunuh itu, yang ditetapkan hukumnya oleh dua orang yang adil di antara kamu, sebagai hadiah yang disampaikan ke Kaabah (untuk disembelih dan dibahagikan kepada fakir miskin di Tanah Suci), atau bayaran kaffarah, iaitu memberi makan orang-orang miskin, atau berpuasa sebanyak bilangan cupak yang diberikan kepada orang miskin; supaya dapat ia merasai kesan yang buruk dari perbuatannya. Allah maafkan apa yang telah lalu; dan sesiapa yang mengulangi (kesalahan itu) maka Allah akan menyeksanya; dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Berkuasa membalas dengan azab seksa.
[96]
Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut, dan makanan yang didapati dari laut, sebagai bekalan bagi kamu (untuk dinikmati kelazatannya) dan juga bagi orang-orang yang dalam pelayaran; tetapi diharamkan atas kamu memburu binatang buruan darat selama kamu sedang berihram. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah, yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan.
[97]
Allah menjadikan Kaabah, rumah yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan ibadat dan hal-hal hidup), demikian juga bulan-bulan yang mulia, dan binatang-binatang korban, dan kalong-kalong binatang korban itu. Yang demikian itu, supaya kamu ketahui bahawa sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
[98]
Ketahuilah oleh kamu, bahawasanya Allah Maha berat azab seksaNya (kepada orang yang kufur dan derhaka), dan bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani (bagi orang yang mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya) .
[99]
Tidak ada kewajipan yang ditugaskan kepada Rasulullah selain daripada menyampaikan (perintah-perintah Allah) sahaja; dan Allah sentiasa mengetahui apa yang kamu lahirkan dan apa yang kamu sembunyikan.
[100]
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sama yang buruk dengan yang baik, walaupun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu. Oleh itu bertaqwalah kepada Allah wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu berjaya.
[101]
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu bertanyakan (kepada Nabi) perkara-perkara yang jika diterangkan kepada kamu akan menyusahkan kamu, dan jika kamu bertanya mengenainya ketika diturunkan Al-Quran, tentulah akan diterangkan kepada kamu. Allah maafkan (kamu) dari (kesalahan bertanyakan) perkara-perkara itu (yang tidak dinyatakan di dalam Al-Quran); kerana Allah Maha pengampun, lagi Maha penyabar.
[102]
Sesungguhnya perkara-perkara yang serupa itu pernah ditanyakan (kepada Nabi mereka) oleh suatu kaum dahulu sebelum kamu, kemudian mereka menjadi kafir dengan sebab pertanyaan itu (kerana setelah diterangkan, mereka tidak menerimanya) .
[103]
Allah tidak sekali-kali mensyariatkan Bahirah, tidak juga Saa'ibah, tidak juga Wasilah dan tidak juga Haam. Akan tetapi orang-orang kafir itu sentiasa mengada-adakan perkara dusta terhadap Allah; dan kebanyakan mereka tidak menggunakan akal fikirannya
[104]
Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah menurut kepada apa yang telah diturunkan oleh Allah (Al-Quran), dan kepada RasulNya (yang menyampaikannya)", mereka menjawab: "Cukuplah bagi kami apa yang kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya". Adakah (mereka akan menurut juga) sekalipun datuk nenek mereka tidak mengetahui apa-apa dan tidak pula mendapat hidayah petunjuk?
[105]
Wahai orang-orang yang beriman! Jagalah sahaja diri kamu (dari melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah). Orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya) . Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Ia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan.
[106]
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila salah seorang di antara kamu hampir mati, ketika (ia mahu) berwasiat, hendaklah wasiatnya itu disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu, atau dua orang lain (yang bukan seugama) dengan kamu, jika kamu dalam pelayaran di muka bumi lalu kamu ditimpa bencana sakit yang membawa maut. Kalau kamu ragu-ragu tentang kejujuran kedua saksi itu, hendaklah) kamu tahan mereka sesudah selesai sembahyang, kemudian mereka (disuruh) bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata: "Demi Allah) kami tidak akan menjual sumpah kami untuk mendapat sesuatu harta benda, walaupun orang itu dari kaum kerabat, dan kami tidak menyembunyikan (keterangan yang kami ketahui) sebagai saksi (sebagaimana yang diperintahkan oleh) Allah, (kerana jika kami menyembunyikannya) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang berdosa".
[107]
Kemudian jika didapati bahawa kedua saksi itu (sesudah bersumpah) ada melakukan dosa (kerana berdusta atau mengkhianati dalam perkara yang mereka menjadi saksi itu), maka hendaklah dua orang yang lain menggantikan tempat mereka dari waris-waris si mati lebih dekat, yang lebih berhak (menuntut dan memberi keterangan yang sebenarnya), kemudian mereka bersumpah dengan nama Allah (dengan berkata): "Demi sesungguhnya, persaksian kami lebih berhak diterima daripada persaksian kedua saksi itu (yang telah nyata berdusta), dan kami tidak melampaui batas, (kerana jika kami berbuat demikian) tentulah kami dengan itu termasuk dalam golongan orang-orang yang zalim.
[108]
(Hukum-hukum dan peraturan menjadi saksi) yang tersebut itu adalah jalan yang lebih dekat untuk mereka memberi keterangan persaksian menurut cara yang sebenarnya, atau untuk mereka merasa takut akan ditolak sumpah mereka (kepada waris-waris si mati) sesudah mereka bersumpah (yang akan mendedahkan kecurangan mereka). Oleh itu bertaqwalah kepada Allah, dan dengarlah dengan patuh (segala perintahNya) , dan (ingatlah) Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada kaum yang fasik.
[109]
(Ingatlah) hari (kiamat yang padanya) Allah menghimpunkan Rasul-rasulNya lalu bertanya: "Apakah penerimaan yang diberikan kepada kamu (oleh umat-umat kamu dahulu, ketika kamu menyampaikan seruan ugama Allah)?" Rasul-rasul itu menjawab: "Tidak ada bagi kami pengetahuan yang sah tentang itu, (pengetahuan yang tepat adalah tertentu bagiMu), kerana sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Mengetahui akan segala perkara yang ghaib"
[110]
(Ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Kenanglah nikmatKu kepadamu dan kepada ibumu, ketika Aku menguatkanmu dengan Ruhul-Qudus (Jibril), iaitu engkau dapat berkata-kata dengan manusia (semasa engkau masih kecil) dalam buaian dan sesudah dewasa; dan (ingatlah) ketika Aku mengajarmu menulis membaca, dan hikmat pengetahuan, khasnya Kitab Taurat dan Kitab Injil; dan (ingatlah) ketika engkau jadikan dari tanah seperti bentuk burung dengan izinKu, kemudian engkau tiupkan padanya, lalu menjadilah ia seekor burung dengan izinku; dan (ingatlah ketika) engkau menyembuhkan orang buta dan orang sopak dengan izinku; dan (ingatlah) ketika engkau menghidupkan orang-orang yang mati dengan izinKu; dan (ingatlah) ketika Aku menghalangi Bani Israil daripada membunuhmu, ketika engkau datang kepada mereka dengan membawa keterangan-keterang an (mukjizat), lalu orang-orang yang kafir di antara mereka berkata: "Bahawa ini hanyalah sihir yang terang nyata"
[111]
Dan (ingatlah) ketika Aku ilhamkan kepada orang-orang Hawariyyiin (sahabat-sahabat karib nabi Isa): "Berimanlah kamu kepadaku dan kepada RasulKu!" Mereka menjawab: "Kami telah beriman, dan saksikanlah, bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam (yang menyerah diri kepada Allah)"
[112]
Dan (ingatlah) ketika orang orang Hawariyyiin berkata: "Wahai Isa Ibni Maryam! Dapatkah kiranya Tuhanmu berkenan menurunkan kepada kami satu hidangan dari langit?" Nabi Isa menjawab: "Bertaqwalah kamu kepada Allah jika benar kamu orang-orang yang beriman".
[113]
Mereka berkata: "Kami hanya ingin hendak makan dari hidangan itu (untuk mengambil berkat), dan supaya tenang tenteram hati kami, dan juga supaya kami ketahui dengan yakin, bahawa sesungguhnya engkau telah berkata benar kepada kami, dan supaya menjadilah kami orang-orang yang menyaksikannya sendiri"
[114]
Isa ibni Maryam (pun berdoalah ke hadrat Allah dengan) berkata: Ya Allah, Tuhan kami! Turunkanlah kiranya kepada kami satu hidangan dari langit, untuk menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi kami yang ada hari ini dan bagi orang-orang kami yang datang kemudian, dan sebagai satu tanda (mukjizat) daripadamu (yang menunjukkan kebesaran dan kekuasaanMu) ; dan kurniakanlah rezeki kepada kami, kerana Engkau jualah sebaik-baik Pemberi rezeki".
[115]
Allah berfirman: "Sesungguhnya Aku akan menurunkan hidangan itu berulang-ulang kepada kamu, kemudian sesiapa di antara kamu kufur ingkar sesudah (turunnya hidangan itu), maka sesungguhnya Aku akan menyeksanya dengan azab sengsara yang tidak pernah Aku seksakan seseorang pun dari sekalian makhluk".
[116]
Dan (ingatlah) ketika Allah berfirman: "Wahai Isa ibni Maryam! Engkaukah yang berkata kepada manusia: `Jadikanlah daku dan ibuku dua tuhan selain dari Allah? ' " Nabi `Isa menjawab: "Maha Suci Engkau (wahai Tuhan)! Tidaklah layak bagiku mengatakan sesuatu yang aku tidak berhak (mengatakannya) . Jika aku ada mengatakannya, maka tentulah Engkau telah mengetahuinya. Engkau mengetahui apa yang ada pada diriku, sedang aku tidak mengetahui apa yang ada pada diriMu; kerana sesungguhnya Engkau jualah Yang Maha Mengetahui perkara-perkara yang ghaib.
[117]
"Aku tidak mengatakan kepada mereka melainkan apa yang Engkau perintahkan kepadaku mengatakannya, iaitu: `Sembahlah kamu akan Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu ' dan adalah aku menjadi pengawas terhadap mereka (dengan membenarkan yang benar dan menyalahkan yang salah) selama aku berada dalam kalangan mereka; kemudian apabila Engkau sempurnakan tempohku, menjadilah Engkau sendiri yang mengawasi keadaan mereka, dan Engkau jualah yang menjadi Saksi atas tiap-tiap sesuatu.
[118]
"Jika Engkau menyeksa mereka, (maka tidak ada yang menghalanginya) kerana sesungguhnya mereka adalah hamba-hambaMu; dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana"
[119]
Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan Dia. Itulah kejayaan yang amat besar".
[120]
Allah jualah yang menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Muhammad Khalidi Ramli,
Chief Executive Officer,
NH ARIES SDN. BHD.(787182- W).
www.kowasa.org

MOTIVASI:
Orang yang berjaya melihat ada banyak peluang dalam masalah; sedangkan orang yang gagal melihat banyak masalah jika ada peluang"

RENUNGAN HARI JUMAAT

Email Oleh : Zailina Mahmud

10 PERINGATAN BUMI KEPADA MANUSIA

1.Wahai anak Adam,berjalanlah di atas perutku tetapi ingatlah kau akan masuk ke dalam perutku kelak.

2.Kau melakukan kejahatan maksiat di atas belakangku tetapi ingat kau akan di azab di dalam perutku.

3.Engkau ketawa di atas perutku tetapi ingatlah kau akan menangis di dalam perutku.

4.Engkau bergembira/berseron ok di atas belakangku tetapi ingat kau akan kecewa sedih di dalam perutku.

5.Engkau mengumpul harta di atas belakangku tetapi ingat kau akan menyesal dalam perutku.

6.Engkau makan yang haram di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dimakan ulat-ulat di dalam perut-ku.

7.Engkau angkuh sombong di atas belakangku tetapi ingat engkau akan dihina di dalam perutku.

8.Engkau berlari dengan megah di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9.Engkau Hidup bersiramkan cahaya matahari,bulan dan bintang di belakangku tetapi ingat engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10.Engkau hidup beramai-ramai di atas belakangku tetapi ingatlah engkau akan berseorangan diri di dalam perutku.


Tempat perlindungan di gereja!

Email Oleh : tajuddin ismail

Assa Lam Mu Alai Kum kepada saudara semua,
Disini saya kirimkan satu artikel yang dikirimkan pada saya oleh seorang kenalan.
Harap sesiapa yang membaca ini dapat menolong mereka dan kita sebagai umat islam. Cerita seperti begini.

Universiti Kehidupan 85 - Mari !.. Semua wajib usahakan....
"Ustaz, boleh tak sampaikan sedikit kuliah dalam 10 minit pada saudara-saudara kita di sini" minta kak Liza.
Mmm, eee, kita taaruf dahululah ye, Nama saya.....
Inilah pertama kali dalam hidup saya, sejak bergelar ustaz, tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan.
Hari ini 23 Jun jam 12.30 tengah hari, saya bersama pesakit HIV positif.
Pada hal ketika ini, penghuni semua sedang tidur, berehat setelah makan ubat. Tetapi mereka semua bangun kerana mendapat tahu seorang ustaz datang melawat mereka.
Saya tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan bukan kerana mereka pesakit HIV. Tetapi, tempat kami menyampaikan kuliah agama ini ialah di dalam sebuah gereja.

Tetapi inilah hakikatnya. Tempat perlindungan pesakit HIV bagi orang dewasa adalah di gereja. Orang bukan Islam yang menaungi mereka, dan sudah beberapa yang mati di sini.
Menurut Kak Liza, bagi pesakit HIV dewasa, tidak ada tempat perlindungan yang dibuat oleh orang Islam.
Majlis Agama Islam Selangor pernah bercadang untuk membuatnya, tetapi hingga sekarang belum menunjukkan apa-apa perkembangan.
Saya malu pada diri saya saat ini. Seolah-olah, saya diberi tahu,
"apa lah kamu orang Islam ni, cakap aje pandai, saudara seIslam yang sakit pun tidak dihiraukan".
Selesai taaruf, salah seorang dari mereka memberi tahu,
"Imam masjid sebelah selalu datang"

Hati saya menyapa:-
Kenapa tidak dibuat di masjid sahaja tempat perlindugan ini, bukannya tak ada tanah..."
"Pihak MAIS ada jugalah jengok kami, tapi jarang-jarang. Dalam sebulan sekali lah."
Hati saya menyapa:-
"Kena sampaikan ni, pada sahabat-sahabat dari MAIS. Kena buat sesuatu."
Saya masih kelu dan tidak mampu mengeluarkan apa-apa perkataan. Tajuk apa yang saya nak sampaikan?
Tajuk Ukhuwah? Tajuk berkasih sayang sesama Islam? Tajuk "semua perkara ada hikmah"? Tajuk apa? Tajuk apa yang sesuai?
"Aduhai Tuhan.. kenapa aku di sini hari ini.." rintih hati saya atau lebih
tepat:-
"Kenapa sekarang baru dapat tahu, kenapa tidak peka, kenapa tidak dari dulu lagi aku datang menjenguk sahabat-sahabat seIslam di sini.."
Akhirnya saya menyampaikan sedikit tazkirah, tak sampai dua minit. Saya hanya membicarakan mengenai kasih sayang Allah pada manusia. Semakin banyak saya berkata, semakin banyak hati saya berkata:-
"Ah... pandai cakap aje, apa yang kamu buat hah..."
Tazkirah di akhiri dengan sedikit ucapan dari kak Liza.
Majlis berakhir dengan bersalaman. Salah seorang penghuni, dengan suara yang rendah, berkata pada saya:-
"Ustaz.. terima kasih sebab datang ye.."
Nak menitik air mata saya melihat mereka. Dari mata mereka, mereka seolah-olah memberi tahu saya,
"Ustaz, keluarkanlah kami dari gereja ini"
Saya melangkah keluar dari dewan kuliah. Di sebelahnya terdapat salib.
Yang masih boleh berjalan, menghantar saya hingga ke kereta.
Mereka melambai ke arah kami serombongan sambil berkata:-
"Nanti datang lagi ye.."
Van yang kami naiki menuruni cerun kawasan gereja. Hati saya tak putus-putus berdoa:-
"Ya Allah, selamatkan iman mereka. Ya Allah, beri kami kemampuan, dalam tahun ini insyaAllah, kami akan usaha mengeluarkan mereka dari gereja ini Ya Allah."
Kami meninggalkan tempat ini. insyaAllah, selepas saya pulang dari Turki nanti minggu depan, kita akan usahakan sesuatu, bisik hati saya.
Pada saya, mewujudkan tempat perlindungan ini dah taraf fardhu ain dah, ini kerana tidak ada lagi tempat perlindungan bagi orang dewasa seperti ini yang dibuat. Selagi ada orang Islam yang masih duduk di gereja ini, selagi itulah tanggung jawab ini tidak terlepas dari setiap bahu orang Islam.
Saya menyeru pada semua pembaca. Mari sama-sama kita usahakan. Jika ada niat, maka, insyaAllah, pasti ada jalan.
InsyaAllah, saya akan mewar-warkan pada semua jika ia akan dimulakan.
InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan keluarkan mereka dari gereja ini. InsyaAllah, dalam tahun ini juga, kita akan usahakan rumah penjagaan bagi orang Islam.
Semoga sedikti niat ini mendapat bantuan ilahi, amin...
"Universiti Kehidupan, Pengajian Sepanjang Hayat"
Al-Fakir Ila Rabbihi
Muhamad bin Abdullah
Putra Heights
24 Jun 09, jam 2.15 pagi


Gibraltar airport - Like our Railway Crossing!!!

Email Oleh : Zamri keciks









10 budak Super Ajaib

Email Oleh :Zamri Keciks

Ini adalah kumpulan dari manusia jenis dari berbagai negara. Manusia-manusia berikut ini adalah satu dari seribu kelahiran :

1. Kim Ung-Yong : Manusia Ber-IQ Tertinggi di Dunia

Lahir pada tahun 1962, Anak dari Korea ini dinobatkan sebagai manusia jenius di seluruh dunia. Bayangkan Pada unur 4 tahun, dia sudah bisa membaca huruf Jepang , Korea ,Jerman,Inggris.. Pada umur 5 tahun ia mampu memacahkan masalah pada soal kalkulus. ia mencatatkan dirinya pada Guinness Book of World Records dengan "Highest IQ" 210..

2. Gregory Smith : Mendapatkan Penghargaan Nobel Pada Usia 12

Lahir pada tahun 1990, Gregory Smith mencatatkan namanya pada nobel perdamaian. berkat usahanya dalam mendirikan International Youth Advocates. Perkumpulan Orang muda seluruh dunia.

3. Akrit Jaswal : Dokter Bedah usia 7 tahun

Julukan "anak terpandai di dunia" telah melekat pada Akrit Jaswal, seoarang anak dari India . Ia mengejutkan Publik, ketika pada umur 7 tahun melakukan pembedahan pada seorang gadis lokal di tempatnya. gadis itu menderita luka bakar di tangannya, hingga tangannya tidak dapat dibuka, dan jaswalpun melakukan pembedahan hingga jemari gadis itu bisa terbuka seperti sedia kala.
Saat ini, ia tercatat sebagai dokter paling muda di dunia, ia diterima di Universitas pada usia 11 tahun.

4. Cleopatra Stratan : Bocah Penyanyi Berusia 3 Tahun dengan Gaji 1000€ per lagu

Lahir Pada 6 Oktober 2002 di Chisinau. ia adalah pencatat sejarah di Industri musik sebagai seorang penyanyi. Dengan albumnya tahun 2006 La vârsta de trei ani ("pada usia 3"). Dia mencatat record seorang artis cilik yang tampil diatas panggung dengan ribuan penggemarnya. Dia juga menerima penghargaan MTV Award dalam Artis termuda yang mencetak #1 Hit

5. Aelita Andre : Pelukis di usia 2 tahun

Anak kelahiran Australia ini, baru berumur dua tahun sudah menunjukkan kualitasnya sebagai jenius, ia memiliki sebuah gedung pertunjukkan untuk karya-karya abstraknya.
Pada mulanya Mark Jamieson, direktur dari Brunswick Street Gallery di Melbourne's Fitzroy. Tretarik melihat sebuah poto lukisan dari Aelita Andre. dan dia menginginkannya bergabung dalam grupnya karena bakat lukisannya itu. Ketika undangan telah dibuat, ia baru saja menyadari bahwa Aelita adalah anak yang masih berumur 22 bulan. Namun ia tetap melanjutkan pertunjukannya itu.

6. Saul Aaron Kripke : Mengajar Havard saat Masih Duduk di Bangku SMA

Lahir di New York dan tumbuh dewasa di Omaha di 1940. Jenius satu ini, saat kelas empat ia menguasai aljabar, saat akhir SD ia sudah bisa geometri, kalkulus dan filsafat. Saat SMU ia memperoleh surat dari Harvard agar melamar sebagai dosen, namun ibunya menyuruhnya untuk menamatkan sekolahnya dahulu.
Kripke dihadiahi Schock Prize, Nobel Filosofi. Sekarang, ia dinobatkan sebagai ahli filsafat terbesar dalam sejarah

7. Michael Kevin Keaulus kuliah pada umur 10 tahun

Kaerny, lahir tahun 1984, ia menyelesaikan kuliah pada umur 10 tahun. dan tercatat sebagai sarjana termuda.. ia mengajar universitas pada usia 17 tahun. Namanya semakin mencuat kala dia memenangkan sebuah kuis online. Pada 2006, dia mencapai final di tanda burnett/aol perebutanGold Rush, permainan menguji/teka-teki, dan menjadi pemenang pertama 1 juta di permainan kenyataan online.

8. Fabiano Luigi Caruana : Grandmaster pada usia 14

Seorang anak berwarga negara America dan Italia ini sungguh jenius. Pada tahun 2007 ia memperoleh Grandmasternya, 11 bulan, 20 hari. sejarah telah mencatat namanya dalam Grandmaster termuda.
Dan baru-baru ini pada bulan April 2009, ia memperoleh Elo rating 2649, dalam usianya yang dibawah 18 tahun, membuatnya sebagai pemeroleh ranking terbanyak, dan menakjubkan, hal itu dilakukannya sebelum usianya genap 18 tahun.

9. Willie Mosconi : Pemain Bilyard Professional pada usia 6

Mendapat julukan "Tuan Pocket Billiards". Dia berasal dari Philadelphia , Pennsylvania . Ayahnya seorang pemilik tempat Billyard, namun ayahnya tidak mengizinkannyamain, ia sering berimprovisasi dengan gagang sapu milik ibunya. Ayahnya melihat bakat anaknya, ia sering mengalahkan orang-orang yang lebig tua darinya.
Antara tahun 1941 dan 1957, dia memenagkan BCA World Championship selama 15 kali tanpa perbah kalah sekalipun. ia memebuat berbagai macam trik, membuat banyak rekor, dan membuat billyard menjadi olahraga yang terkenal

10. Elaina Smith : Penyiar Usia 7 tahun

Dalam usianya yang 7 tahun Elaina telah menjadi penyiar radio dengan pendengar yang melebihi umurnya. Elaina banyak memberikan solusi tentang percintaan kepada para pendengarnya. Bagaimana caranya memutuskan pacar, Bagaimana caranya untuk membina hubungan yang harmonis. benar-benar gila.