22 November 2011

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 20 ) Laporan dari audit negara menggambarkan betapa laporan audit negara pada tahun 2008 menggambar betapa kalau lebih lama pasti lagi banyak kebaikan yang boleh di lakukan oleh pakatan rakyat.

( 19 ) Beliau menganggap syabas kepada rakyat yang buat perubahan pada tahun 2008 dan menyebabkan bajet kerajaan bn penuh dengan gula-gula yang diterima oleh rakyat yang telah dinafikan hak sekian lama.

( 18 ) Pengkalan hulu mengahiri perbahasan dan diteruskan oleh ketua pembangkang, dari Pasir Panjang Ds Nizar. Beliau memulakan dengan ayat al ahzab 32 sebagai mukadimah.

Tiga Angkasawan Selamat Mendarat

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MOSCOW: Kapsul roket Soyuz milik Rusia yang membawa tiga angkasawan pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di Kazakhstan.

Angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Michael Fossum. angkasawan Rusia, Sergei Volkov dan angkasawan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA),Satoshi Furukawa mendarat di bandar Arkalyk pada pukul 8.27 pagi (waktu tempatan) selepas menghabiskan berada selama 165 hari di ruang angkasa.

Seorang lagi angkasawan NASA, Dan Burbank dan dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Anatoly Ivanishin kekal di ISS dan dijadualkan kembali ke bumi pada Mac tahun hadapan.

Mereka tiba di stesen itu pada Rabu dan pelancaran terbaru pada bulan hadapan akan membawa tiga lagi angkasawan mengekalkan semula jumlah kebiasaan krew di stesen tersebut, iaitu seramai enam orang. - AP

Penternak mohon RM250j dana sama seperti NFC

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

PUCHONG – Persatuan Penternak Ruminan Negeri Selangor (PPRNS) mendesak kerajaan menyediakan dana sebanyak RM250 juta kepada kira-kira 500 ahli persatuan itu seperti mana yang diberikan kepada Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Pengerusinya, Samad Kassim berkata, kebanyakan ahli adalah penternak lembu tenusu, lembu fidlot, kerbau dan kambing mendakwa sukar mendapatkan kemudahan pinjaman daripada kerajaan atau institusi kewangan untuk memajukan ternakan masing-masing.

Menurutnya, ia berbeza dengan apa yang diberikan kerajaan kepada NFC, sedangkan penternak tidak diberikan kemudahan sama.

“Penternak yang juga ahli PPRNS memerlukan dana untuk memajukan lagi industri dan kita menjamin 30 peratus peningkatan pengeluaran produktiviti industri ternakan termasuk susu segar, daging, susu kerbau sapi, daging kambing dan baja organik selepas tiga tahun,” katanya kepada Sinar Harian.

Samad berkata, dengan kemudahan dana yang disedia­kan itu, mereka dapat membeli induk lembu, kambing dan kerbau, malah tidak mustahil pembangunan bidang ternakan menjadikan Malaysia antara negara pengeksport untuk produk berkenaan.

Menurutnya, kebanyakan penternak sudah menceburi bidang ternakan lebih daripada 10 tahun dan mengetahui selok-belok industri yang dijalankan.

“Kita mempersoalkan mengapa kerajaan memberi dana kepada syarikat baru seperti NFC sedangkan ia se­patutnya diberikan kepada penternak yang sudah ber­puluh tahun dalam industri ini.

“Persatuan memohon kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi perhatian serius terhadap permintaan ahli bagi menjamin peningkatan industri ternakan di negeri ini,” katanya.

Sinar Harian

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 17 ) Perbahasan semakin hangat dengan pengkalan hulu menuduh ada exco semasa PR perintah naik atas meja. Tetapi bila di minta oleh speaker dun pr, YB Sivakumar tetapi tidak berikan laluan.

( 17 ) Pengkalan hulu memepertikaikan mengenai pengunaan pas masuk dan peraturan baru masuk dewan Perak yang tidak berubah masa PR perintah tapi berubah sesudah itu. Dia juga jangan sering ubah pegawai yg jaga dewan kenal siapa ahli dewan.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 16 ) Pengkalan Hulu yang bangun sebagai pembahas pertama menjadi pembahas pertama dengan mengatakan dia akan berbahas selama 20 minit sahaja kalau tidak diganggu

( 15 ) Speaker ganesan mengumumkan mengenai perbahasan bajet dengan mengatakan peruntukan cuma waktu sepanjang 30 minit . Sefaham saya dan yb sivakumar waktu untuk pembahas pertama dari wakil kerajaan dan ketua pembangkang tidak ada hadnya.

( 14 ) Sessi soalan lisan tamat dan sekarang masuk kepada sessi perbahasan bajet

( 13 ) Soalan 7 dari wakil Buntung mengenai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak. Soalan tambahan dari wakil Menglembu mengenai langkah kerajaan negeri menyelesaikan masalah ternakan yang berkeliaran. Beliau juga mengatakan isu lembu hangat diperkatakan termasuk di dewan rakyat.

Kondom bertaburan di taman

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

LIMBONG KAPAL - Longgokan kondom di sebuah kawasan rekreasi di sini menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada masyarakat setempat mengenai kawasan yang dibina untuk kegunaan keluarga. Tinjauan Sinar Harian mendapati, kondom yang telah digunakan bertaburan di kawasan rekreasi itu terutama berhampiran pondok rehat yang dibina. Keadaan kawasan yang tidak terurus dan dipenuhi lalang, mungkin menjadi punca mengapa kawasan itu dijadikan tempat untuk mereka melakukan maksiat. Pengunjung, Hussain Rahmat, 34, berkata, kawasan rekreasi berhampiran Sungai Kedah itu seharusnya dijaga baik kerana ia turut dijadikan kawasan memancing. Namun, katanya, apabila kawasan itu dipenuhi dengan kondom dan botol arak, ia akan menyebabkan pengunjung berasa jijik untuk berkunjung apatah lagi membawa keluarga. “Saya juga berasa pelik bagaimana mereka yang tidak bertanggungjawab boleh menjadikan kawasan terbuka ini untuk melampiaskan nafsu. “Kadang-kadang saya lihat ada cermin muka, sikat dan bedak, seolah-olah ada pihak yang menggunakan tempat ini untuk melakukan maksiat,” katanya. Hussain berkata, sekiranya tiada tindakan untuk membersihkan kawasan itu, dia bimbang tempat tersebut menjadi sarang maksiat terutama pada waktu malam. Menurutnya, kawasan terbabit yang agak sunyi dan terselindung daripada pandangan awam akan menyebabkan golongan berkenaan mudah menjalankan kegiatan sedemikian. Sementara itu, Setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Limbong Kapal, Ismail Osman berkata, pihaknya sudah membuat permohonan untuk memasang lampu di kawasan terbabit sejak tiga tahun lalu namun masih belum ada tindakan. “Kawasan ini menjadi tempat persinggahan bukan sahaja dalam kalangan mereka yang bercinta, malah ada yang melakukan maksiat dengan gadis ataupun wanita yang dilanggan. “Apabila terdapat rondaan daripada penduduk ataupun pihak berkuasa, mereka menghentikan seketika kegiatan tersebut dan selang beberapa hari, aktif semula,” katanya. Ismail berkata, langkah segera perlu diambil bagi menangani kegiatan yang tidak sihat itu, sekali gus mencantikkan kawasan rekreasi yang dibina.

Sinar Harian

Terengganu: 3 tempat dilanda banjir

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR – Hujan lebat kebelakangan ini, menyebabkan beberapa negeri terutama Terengganu dan Johor, mula dinaiki air. Sejak dua hari lalu, tiga daerah di Terengganu, iaitu Setiu, Hulu Terengganu dan Marang, mula dinaiki air sehingga ada penduduk yang terpaksa dipindahkan.

Sehingga jam 3 petang semalam, tiga pusat peminda-han sudah dibuka bagi menempatkan 12 keluarga, membabitkan 47 mangsa yang dipindahkan setelah rumah mereka dinaiki air. Penolong Setiausaha Keselamatan (Penerangan) Majlis Keselamatan Negeri, Ahmad Redza Arshad berkata, di Setiu, seramai 30 mangsa dipindahkan ke Masjid Kampung Merbau Menyusut sejak jam 8 pagi.

“Di Hulu Terengganu, pusat pemindahan dibuka di balai raya Kampung Kolam, Ajil melibatkan 13 orang, manakala di Marang adalah di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan empat orang,” katanya. Bagaimanapun, katanya, pusat pemindahan di balai raya Kampung Kolam, Ajil ditutup kira-kira 5.30 petang menjadikan keseluruhan mangsa yang tinggal adalah 34 orang. Menurutnya, hujan lebat juga menyebabkan paras air dua sungai iaitu Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri dan Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan kini melebihi tahap berjaga-jaga, manakala sungai-sungai lain mencatatkan angka melebihi paras normal.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia semalam mengeluarkan amaran hujan lebat peringkat jingga bagi kawasan Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Kemaman, Hulu Terengganu dan Dungun. Menurut kenyataan itu, hujan sekejap-sekejap kadangkala lebat itu dijangka berterusan sehingga Khamis ini (24 November) dan ia akan menyebabkan banjir bagi kawasan yang berkedudukan rendah.

Di JOHOR BAHRU pula, seramai 495 mangsa daripada 119 keluarga dari Kampung Laut dan Kampung Poh Chee Leng di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan mangsa banjir yang dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Skudai Batu 10, di sini, semalam. Timbalan Ketua Pusatnya, Hairil Fitri Jaafar berkata, menerusi jumlah itu, seramai 469 daripada 115 keluarga dari Kampung Laut dan 26 mangsa daripada empat keluarga dari Kampung Poh Chee Leng termasuk 10 pelajar sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di pusat berkenaan yang dibuka sejak 9.30 malam, kelmarin.

Sinar Harian

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 12 ) Manong cuma menjanjikan soalan saya akan dijawab secara bertulis sebelum sidang berakhir kepada persoalan yang saya bangkitkan.

( 11 ) Manong mewakili kerajaan negeri membebel dengan mengatakan titi serong jarang bertanyakan soalan mengenai titi serong. Saya membantah tuduhan liar dan tidak berasas itu dengan bangun memohon supaya dia menjawab soalan.

( 10 ) ‎1. Tanah lot PT 000572 seluas 28,140 metar/sekitar 3 ekar kepada syarikat simbol teguh sdn bhd 2. Apakah status keluasan tanah seluas 500 ekar di Kuala Bagan Tiang yang telah berpindah kepada orang perseorangan sedangkan tanah itu adalah rezab untuk RPT

( 9 )Soalan 5 dari wakil Titi Serong - mengenai masalah setinggan di perak. Titi serong juga bertanyakan soalah tambahan iaitu dengan mempertikaikan hasrat kerajaan negeri untuk mengatasi masalah setinggan yang digagalkan sendiri oleh dasar kerajaan dengan menyerahkan tanah yang strategik kepada orang perseorangan iaitu :-

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Macamlah adun perak adalah budak sekolah apabila sekiankalinya kami diberikan name tag dengan no 40.

Tahniah Harimau Malaya,persahabatan terjalin baik

26 zulhijjah 1432 H.


KUALA LUMPUR, 22 Nov: PAS mengucapkan tahniah kepada skuad bola sepak negara bawah 23 tahun yang mempertahankan pingat emas dalam perlawanan bola sepak Sukan Sea 2011 di Jakarta, malam tadi.

Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, kejayaan itu mengulangi kejayaan-kejayaan lepas.

Menurutnya, mutu permainan, semangat berpasukan dan motivasi yang cukup membolehkan skuad Harimau Malaya mendapat kemenangan.

“Kita berharap prestasi ini dapat dipertingkatkan di masa hadapan bagi melayakkan Malaysia menyertai perlawanan di peringkat lebih tinggi.

“Tahniah juga kepada pasukan negara jiran Indonesia yang mendapat tempat kedua (pingat perak) dengan harapan persahabatan kita akan terus terjalin baik di masa hadapan,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.


Harakah Daily

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 8 ) Jawapan dari wakil kerajaan dari Sungai Manik adalah melucukan dengan engatan dia tiada data sebenar mengenai jumlah peserta Perak yang terlibat di peringkat kebangsaan. Apa sudah jadi ?

( 7 ) Soalan tambahan ditanya oleh wakil Pantai Remis. Beliau menyatakan kebangaan dengan kejayaan harimau muda memenagi pingat emas malam tadi. Soalannya 1. Berapakah jumlah pemain Perak dalam kesebelasan utama pemain negera. 2.apakah langkah diambil untuk meningkatkan pencapaian atlit perak dalam sukma lepas iaitu no 1 dari bawah.

( 6 ) Soalan ke 3 oleh wakil Trong mengenai langkah kerajaan negeri menaikkan semula mutu kerajaan.

( 5 ) Titi serong juga mencadangkan supaya peruntukan RM 2 juta kepada seluruh kelab guru di perak diambil perhatian supaya digunakan untuk membantu anak yatim yang ada di sekolah termasuk membantu untuk membayar yuran.

( 4 ) Sesi soalan lisan sedang berlangsung..soalan ke 2 dari wakil pas selingsing mengenai anak yatim..titi serong bangun untuk bertanyakan soalan tambahan 1. Apakah takrif sebenar yang digunakan mengenai siapakah sebenarnya anak yatim 2. Adakah kerajaan negeri bercadang untuk menambah pembinaan rumah anak yatim bagi setiap Daerah.

Liputan Live Sidang DUN Ng. Perak di blog Cina Islam

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

( 3 ) Perkara ke 2 iaitu pengumuman dari speaker ganesan sebagaimana biasa supaya dipatuhi oleh semua ahli dewan

( 2 ) Pengumuman speaker ganesan masuk ke dewan dan dimulai dengan bacaan doa

( 1 ) Hari ke 2 sidang bajet dun perak - alhamdulillah saya sudah selamat sampai di dewan pada jam 9.45 sebentar tadi...loceng dedang dibunyikan menandakan sidang akan dimulakan bila-bila masa dari sekarang.

47 mangsa banjir di Setiu masih berada di pusat pemindahan

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA TERENGGANU: Seramai 47 orang daripada 11 keluarga mangsa banjir dari Kampung Tasik Setiu yang dipindahkan pagi semalam masih berada di pusat pemindahan di balai raya kampung itu.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara negeri Terengganu berkata, jumlah itu mungkin bertambah kerana masih ada mangsa banjir yang sedang dipindahkan.

Beliau berkata, mangsa banjir di daerah Hulu Terengganu seramai 13 orang dan empat orang di Marang yang dipindahkan ke pusat pemindahan pagi semalam dibenarkan pulang ke rumah masing-masing, malam tadi.
"Ini berikutan air di kawasan rumah mereka sudah surut," katanya.

Beliau berkata, hujan lebat berterusan kelmarin menyebabkan kawasan rendah dinaiki air dan berlaku banjir di daerah berkenaan.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri melaporkan paras air Sungai Nerus pagi ini melepasi paras bahaya.

Jurucakapnya berkata, mengikut bacaan pada jam 8 pagi ini, di Kampung Langkap paras air mencecah 21.53 meter (bahaya 21.5 meter) dan di Kampung Bukit 12.94 meter (bahaya 12 meter).

Bagaimanapun, katanya paras air di sungaii utama di daerah lain masih berada di bawah paras biasa.

Keadaan cuaca di Terengganu pagi ini hujan renyai-renyai disusuli dengan angin kencang. - BERNAMA

Nik Aziz: ‘Akhbar Umno guna isu Kelantan bersihkan najis lembu’

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 21 Nov — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata akhbar milik Umno, Mingguan Malaysia membuat satu lagi pembohongan - mengenai isu air semalam - untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Hakikatnya apa yang disebut oleh Utusan Malaysia (Mingguan Malaysia) ini hanyalah satu lagi pembohongan yang jelas untuk memburuk-burukkan kerajaan negeri Kelantan.

“Jelas sekali, laporan ini tidak lain hanyalah merupakan satu usaha untuk menggunakan air Kelantan membersihkan najis lembu yang bernilai RM250 juta,” kata beliau dalam komen yang disiarkan menerusi laman sosial Facebook sebentar tadi.

Sehubungan itu Nik Aziz (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS berkata, “nasihat saya, bertaqwalah kepada Allah SWT kerana apa yang ditulis akan disoal oleh-Nya di akhirat kelak.”

“Janganlah sampai fitnah yang ditabur ini menggerakkan tangan orang-orang yang dizalimi untuk melafazkan doa ke atas penabur-penabur fitnah.

“Ini kerana, doa orang yang dizalimi tidak akan ditolak oleh Allah SWT,” kata beliau lagi mengulas laporan muka depan Mingguan Malaysia, akhbar edisi keluaran Kumpulan Utusan semalam.

Nik Aziz menulis, “saya telah ditanya pagi tadi selepas mesyuarat Koridor Ekonomi Wilayah Timur (ECER) pagi tadi berkenaan laporan muka hadapan Mingguan Malaysia pada 20 November 2011 (semalam) yang membawa tajuk ‘Air Kelantan Terkotor?’.

“Saya pada mulanya beranggapan tidak perlu untuk memberikan respons terhadap laporan akhbar Mingguan Malaysia yang sudah diketahui umum sebagai akhbar yang tidak bertanggungjawab terhadap fakta dan seringkali melanggar etika kewartawanan,” katanya.

Nik Aziz berkata beliau menganggap masih ramai yang belum lupa bagaimana Utusan Malaysia pernah memainkan isu ‘Kristian Agama Rasmi Negara’ satu ketika dahulu yang terbukti kemudiannya sebagai satu pembohongan semata-mata.

Namun, tegas Nik Aziz, dibimbangi isu yang dimainkan ini menimbulkan polemik yang berpanjangan, beliau telah mengarahkan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerja Raya, Utiliti dan Alam Sekitar Negeri Kelantan Datuk Mejar (B) Md Anizam Abd Rahman untuk memberikan kenyataan menjelaskan perkara yang sebenar.

Sambil berkata akhbar tersebut telah menyorok beberapa fakta sebenar, Nik Aziz menambah, “pertamanya, sukalah saya merujuk kepada surat yang dihantar oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) kepada Pengurus Besar Air Kelantan Sdn. Bhd (AKSB) yang bertarikh 30 Oktober 2011 yang memaklumkan prestasi kurang memuaskan beberapa buah negeri seperti yang termaktub di dalam Laporan Pencapaian Pematuhan Kualiti Air Terawat Bagi Parameter QAP Seluruh Negara bagi tempoh Januari hingga Julai dan Januari hingga Ogos 2011 yang disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Putrajaya.”

“Negeri-negeri yang menunjukkan prestasi kurang memuaskan itu ialah Kelantan, Pahang, Wilayah Persekutuan Labuan, Perak dan Perlis.

“Berdasarkan lampiran yang diberikan, kandungan e-coli yang terdapat dalam air terawat yang dibekalkan oleh AKSB dinilai sebanyak 0.88 peratus. Ia lebih rendah jika dibandingkan dengan negeri Pahang (1.12 peratus), Perak (0.90 peratus), Perlis (1.21 peratus) dan Wilayah Persekutuan Labuan (1.01 peratus),” katanya lagi.

Selain itu kata Nik Aziz, beliau sedia maklum bahawa tahap yang dianggap tidak memuaskan ialah jika melebihi empat peratus, namun untuk dikatakan kandungan air terawat di Kelantan sebagai yang tertinggi e-coli ialah satu tuduhan rambang yang berniat jahat.

“Saya juga ingin melahirkan rasa hairan terhadap data yang dikemuakan oleh Utusan Malaysia yang dikatakan dirujuk kepada Panduan Industri Air Malaysia 2011 sedangkan data rasmi Panduan Industri Air Malaysia 2011 masih belum dikeluarkan dan hanya akan dikeluarkan kebiasaannya pada pertengahan tahun berikutnya iaitu sekitar bulan Jun 2011.

“Dari manakah Utusan Malaysia memperolehi maklumat yang masih belum dikeluarkan ini?” kata beliau lagi.

malaysian insider/-

21 November 2011

Banjir mula landa Pantai Timur, 22 dipindahkan

25 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Terengganu menjadi negeri pertama dilanda banjir tahun ini berikutan hujan lebat di negeri itu sejak semalam hingga pagi ini.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negara yang dihubungi Bernama berkata, di Terengganu, sehingga jam 11 pagi ini dua daerah iaitu Setiu dan Hulu Terengganu mula dinaiki air.

Beliau berkata, di Setiu seramai 22 orang dari tujuh keluarga di Kampung Merbau Menyusut dipindah ke pusat pemindahan pada jam 8 pagi ini manakala kampung yang terbabit di Hulu Terengganu ialah Kampung Kolam Ajil dan Kampung Telaga.

"Jumlah mereka yang dipindahkan di Hulu Terengganu belum ketahui," katanya.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pula berkata, paras air Sungai Nerus di Kampung Langkap kini melebihi paras bahaya iaitu 22.14 meter (bahaya 21.5 meter) dan Sungai Telemong di Kampung Paya Rapat meningkat kepada paras amaran iaitu 21.2 meter (amaran 21 meter).

Keadaan cuaca di Terengganu kini gelap dengan hujan lebat di seluruh negeri.

- Bernama