22 November 2011

Tiga Angkasawan Selamat Mendarat

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

MOSCOW: Kapsul roket Soyuz milik Rusia yang membawa tiga angkasawan pulang dari Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) selamat mendarat di Kazakhstan.

Angkasawan dari Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Michael Fossum. angkasawan Rusia, Sergei Volkov dan angkasawan dari Agensi Penerokaan Angkasa Lepas Jepun (JAXA),Satoshi Furukawa mendarat di bandar Arkalyk pada pukul 8.27 pagi (waktu tempatan) selepas menghabiskan berada selama 165 hari di ruang angkasa.

Seorang lagi angkasawan NASA, Dan Burbank dan dua angkasawan Rusia, Anton Shkaplerov dan Anatoly Ivanishin kekal di ISS dan dijadualkan kembali ke bumi pada Mac tahun hadapan.

Mereka tiba di stesen itu pada Rabu dan pelancaran terbaru pada bulan hadapan akan membawa tiga lagi angkasawan mengekalkan semula jumlah kebiasaan krew di stesen tersebut, iaitu seramai enam orang. - AP

Tiada ulasan: