22 November 2011

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

KUALA LUMPUR, 22 Nov: Wanita Pakatan Rakyat akan menggerakkan Kempen Anti Pecah Amanah dengan membuat laporan polis serentak di seluruh negara esok berhubung isu penyelewengan RM250 juta National Feedlot Corporation (NFC).

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin berkata, kempen ini digerakkan kerana sikap berdiam diri Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) meskipun siri pendedahan mengenai penyelewengan itu dilakukan PKR.

"Kami mewakili seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan wanita Malaysia ammnya akan bertindak membuat laporan polis meminta perkara ini disiasat segera," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Ahli Parlimen Ampang itu berkata, lima nama akan dinamakan dalam laporan polis tersebut iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bekas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menterinya kini, Datuk Seri Noh Omar, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil dan suaminya yang merupakan Eksekutif NFC, Datuk Dr. Mohamad Salleh.

Mereka terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyelewengan RM250 NFC yang merupakan wang rakyat.

Tan Sri Muhyiddin terlibat meluluskan projek itu sewaktu beliau menjadi menteri berkenaan," katanya.

Laporan polis itu akan dibuat di 13 negeri iaitu Ibu Pejabat Polis (IPD) Kangar di Perlis, IPD Kota Setar, Kedah, IPD Teluk Intan, Perak, IPD Dang Wangi, Wilayah Persekutuan, IPD Seremban, Negeri Sembilan, IPD Melaka Tengah, Melaka, IPD Johor Bharu Selatan, Johor, IPD Dungun, Terengganu, IPD Kota Bharu, Kelantan, IPD Kota Kinabalu, Sabah, dan IPD Kuching, Sarawak.

Sementara itu, Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusuf yang merupakan seorang peguam berkata, rakyat berhak membuat laporan polis kerana ianya melibatkan jenayah iaitu penyelewengand an penyalahgunaan wang rakyat dan melibatkan kredibiliti sesorang menteri.

"Ini bukan soal politik tapi soal jenayah, soal kredibilti menteri bertanggungjawab yang terus berdiam diri walaupun pelbagai pendedahan telah dibuat," katanya.

Harakah Daily

Tiada ulasan: