22 November 2011

Pemuda PAS siap kumpul 500 jentera utama p'raya

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

Dalam rangka menghadapi pilihan raya umum, Pemuda PAS mendakwa telah mengumpulkan hampir 500 petugas "utama" jenteranya di peringkat negeri dan kawasan.

Pengarah Pilihan Raya Pemuda PAS Mohd Sany Hamzan berkata, ia dilakukan melalui konvensyen peringkat kebangsaannya baru-baru ini, sebagai antara persediaan menyeluruh mereka.

"Jentera pemuda PAS di semua peringkat bergerak lancar dengan program-program yang telah disusun untuk mendekati para pengundi terutamanya pengundi muda," katanya.

Dalam kenyataannya hari ini, Mohd Sany berkata, pengisian program motivasi dan penumpuan gerak kerja yang teratur di saat akhir oleh pimpinan pusat PAS telah memberikan suntikan semangat juang baru.

Sementara itu, mengulas cabaran MCA supaya Selangor mengadakan pilihan raya serentak dengan dengan negeri lain, Mohd Sany menyokong keputusan menteri besar mahu menangguhkannya sehingga 2012 supaya peruntukan dalam belanjawan 2012 boleh diselesai dan diagihkan.

"Jabatan pilihan raya Dewan Pemuda PAS melihat sepatutnya MCA perlu mencabar Umno supaya membaiki sistem pilihan raya dalam negara yang semakin tempang dan tidak berlaku adil kepada parti pembangkang; daripada terus menerus menghamburkan fitnah dendam kepada kerajaan negeri Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong semalam dilaporkan mencabar Pakatan Selangor mengadakan pilihan raya negeri serentak dan mendakwaPakatan sebenarnya tidak bersedia menghadapi BN.

harakahdaily/-

Tiada ulasan: