22 November 2011

Kapal Korea Selatan Karam, Tujuh Hilang

26 Zulhijjah 1432H. [MOD] -

SEOUL: Sebuah kapal milik Korea Selatan karam di Laut China Selatan dan tujuh anak kapal dilaporkan hilang, kata kenyataan rasmi negara terbabit pada Selasa.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan berkata, 14 anak kapal berjaya diselamatkan daripada kapal ‘Bright Ruby’ seberat 15,000 tan yang karam pada tengah hari Isnin di selatan Hong Kong disebabkan oleh cuaca buruk.

Kapal tersebut dimiliki oleh sebuah syarikat Korea Selatan.

Dalam kenyataan itu juga, kementerian terbabit memberitahu, pasukan penyelamat sedang menjalankan gerakan mencari anak kapal yang hilang tersebut.

Tiga daripadanya adalah warga Korea Selatan manakala bakinya adalah rakyat Myanmar.

Pasukan maritim Hong Kong menggunakan helikopter dalam bantuan mencari itu manakala pegawai dari Vietnam turut membantu untuk mengesan kedudukan kapal terbabit. - AP

Tiada ulasan: