25 Oktober 2021

4,782 kes Covid-19

 

Sebanyak 4,782 kes Covid-19 direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Dr Noor Hisham Abdullah.

PETALING JAYA: Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 4,782 kes Covid-19 dalam tempoh 24 jam lepas.

Dalam kenyataan di Twitter, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 kini mencecah 2,436,498.

Bermodal RM200, kini peroleh RM30,000 sebulan

 

CHE NORMA menunjukkan produk Belacan Madu Enterprise. - UTUSAN/NUR NAZLINA NADZARI

HANYA bermodalkan RM200 kira-kira 21 tahun lalu, Belacan Madu Enterprise di Kampung Sungai Berembang, Kuala Perlis kini menjadi antara pengusaha belacan yang terkenal di negeri ini.

Pemilik Belacan Madu Enterprise, Che Norma Chek Saleh,34, mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya, Che Saudah Hamzah, 61.

Usul pelantikan Timbalan Speaker ditangguh

 Gambar fail, Dewan Rakyat. FOTO NSTP.

Gambar fail, Dewan Rakyat. FOTO NSTP.

Kuala Lumpur: Usul pemilihan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat yang dijadual hari ini ditangguhkan dan dibawa ke persidangan akan datang.

Penangguhan usul itu dikemukakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat dan dipersetujui suara majoriti ahli dewan.

Kerajaan cadang usul ungkai ordinan-ordinan darurat

 WAN Junaidi pada persidangan Dewan Rakyat. FOTO Bernama

WAN Junaidi pada persidangan Dewan Rakyat. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kerajaan hari ini membentangkan usul mengungkai ordinan-ordinan darurat bagi dibahas Ahli Parlimen dan digulung oleh kementerian berkaitan di Dewan Rakyat.

Ia meliputi Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021; Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021; Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021.

Kertas Pandora: Kerajaan tidak akan ganggu siasatan

 

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak akan mengganggu pihak berkuasa sekiranya terdapat laporan terhadap mana-mana pihak atau individu yang memerlukan siasatan lanjut berhubung  pendedahan Kertas Pandora yang didakwa membabitkan fail kewangan sulit beberapa pemimpin negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pada masa ini, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam proses mendapatkan maklumat lanjut berhubung pendedahan itu serta mengadakan perbincangan dengan agensi lain termasuk Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memastikan koordinasi siasatan berjalan lancar.

Abraham Accords pembawa bencana akhir zaman

 

ABRAHAM Accords merupakan perjanjian yang ditandatangani secara bersama oleh beberapa pemimpin negara Arab dengan Benjamin Netanyahu (Perdana Menteri Israel sebelum ini) dan Presiden Amerika Syarikat yang lalu, Donald Trump. Perjanjian ini dimeteraikan melalui upacara rasmi yang diadakan di pekarangan White House.

Trump dan menantunya, Jared Kushner (berbangsa Yahudi Zionis yang beragenda politik) mengambil kredit sepenuhnya ketika rancaknya kempen Pilihan Raya Presiden Amerika. Tujuannya tidak lain tidak bukan bagi membantu kemenangannya dalam pilihan raya di negara besar itu yang tidak berhasil.

Arab Saudi mansuh tempoh menunggu 14 hari buat umrah

 - Hiasan. FOTO AFP

- Hiasan. FOTO AFP

JEDDAH: Arab Saudi kini memansuhkan peraturan mewajibkan jemaah membuat tempahan dan perlu menunggu 14 hari untuk menunaikan ibadah umrah.

Ketua Pegawai Perancangan dan Strategi, Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, Dr Amr Al Maddah berkata, peraturan itu ditamatkan susulan pertambahan permohonan jemaah untuk menunaikan umrah.

Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen Ke-14 buka tirai hari ini

  Foto fail NSTP

Foto fail NSTP

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke-14 membuka tirainya hari ini dengan tumpuan antaranya membahas dan meluluskan ketetapan menurut Fasal (3) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan untuk mengungkaikan ordinan-ordinan darurat.

94.6 peratus populasi dewasa negara lengkap vaksin

  Foto NSTP/Aziah Azmee

Foto NSTP/Aziah Azmee

KUALA LUMPUR: Sebanyak 94.6 peratus atau 22,143,545 individu dewasa di negara ini menerima vaksin lengkap setakat semalam.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) di portal COVIDNOW, individu dewasa yang mendapat sekurang-kurangnya satu dos juga mencapai 97.5 peratus.

Hatrik Salah buat Man United terkedu

 Bintang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan ketika berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP

Bintang Liverpool, Mohamed Salah meraikan jaringan ketika berdepan Manchester United dalam aksi Liga Perdana. FOTO AFP

Manchester, United Kingdom: Liverpool melakar sejarah menumpaskan Manchester United ketika Mohamed Salah meledak hatrik dalam kemenangan 5-0 di Old Trafford pagi ini sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai kedudukan Ole Gunnar Solskjaer.

Buat pertama kali dalam sejarah Liga Perdana Inggeris, United ketinggalan 4-0 pada babak pertama dan gagal menjaringkan gol dalam aksi dikuasai sebelah pihak.

24 Oktober 2021

Lega SOP larang himpunan berkaitan pilihan raya

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

MELAKA: Langkah Kementerian Kesihatan (KKM) mengenakan larangan untuk sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya berkuat kuasa esok sehingga 27 Nov, menjadi khabar gembira yang melegakan masyarakat di sini.

Ini kerana mereka bimbang aktiviti yang dilaksanakan menjelang dan ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, akan mencetuskan gelombang penularan COVID-19 yang akan menyekat kembali 'kebebasan' yang baharu sahaja dinikmati rakyat.

Sabah capai 72.17 peratus dewasa lengkap vaksin

 Gambar hiasan

Gambar hiasan

KOTA KINABALU: Sabah mencapai 72.17 peratus daripada penduduk dewasanya lengkap vaksin COVID-19, manakala 74.35 peratus menerima satu dos suntikan setakat semalam.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Masidi Manjun, berkata secara keseluruhan seramai 2,050,851 orang penduduk dewasa menerima satu dos vaksin, manakala seramai 1,990,728 orang lengkap vaksin.

Hanya pekerja divaksin boleh ke pejabat mulai 1 Januari

  Foto AFP (hiasan)

Foto AFP (hiasan)

SINGAPURA: Mulai 1 Januari tahun depan, hanya pekerja yang divaksinasi atau pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 270 hari dibenarkan kembali ke tempat kerja, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) semalam.

Ini bermakna mereka yang belum divaksin tidak dibenarkan berbuat demikian melainkan mereka diuji negatif COVID-19 dan perlu menanggung kos ujian saringan.

Kerajaan Persekutuan setuju bina lapangan terbang antarabangsa di Gebeng

 Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (tengah) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed (kiri) pada Sesi Libat Urus Pasca Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Kuantan. NSTP/Asrol Awang

KUANTAN: Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju meluluskan cadangan projek pembinaan lapangan terbang antarabangsa di Gebeng, di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata persetujuan itu hasil mesyuarat Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN), baru-baru ini.

Penunggang motosikal maut ketika berkonvoi

 Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

Seorang penunggang motosikal maut ketika berkonvoi di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. NSTP/Ihsan Bomba

SEPANG: Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit kemalangan di Kilometer 39.6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat KLIA, berkata identiti mangsa belum diketahui.