10 Jun 2008

Tajol Rosli dianggap tidak gentleman

GERIK ,9 Jun :– Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaludin kecewa dengan sikap Datuk Seri Mohd. Tajol Rosli Ghazali kerana sehingga kini masih belum menyerahkan tugasnya secara rasmi kepada beliau.

Menurutnya, Tajol Rosli sepatutnya lebih terbuka dengan datang berjumpa dengannya untuk menyerahkan tugas Menteri Besar itu sebaik sahaja kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tewas pada pilihan raya umum lepas.

Kata beliau, sikap bekas Menteri Besar itu yang sehingga sekarang tidak mahu berbuat demikian di- anggap tidak gentlemen (bersifat lelaki budiman) malah jauh berbeza dengan bekas Menteri Besar Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

‘‘Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon (bekas Ketua Menteri Pulau Pinang), bekas Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo) dan Menteri Besar lama Kedah (Datuk Seri Mahdzir Khalid) semuanya bersalam dan serah tugas secara rasmi kepada penggantinya. Tetapi sampai sekarang orang ramai tidak pernah tengok pun bekas Menteri Besar Perak bersalam dengan saya serah tugas, apa salahnya jumpa saya seperti bekas Menteri Besar lain,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada majlis jamuan rakyat sempena lawatan kerja ke daerah Hulu Perak di sini hari ini.

Sementara itu, Mohammad Nizar berkata, kerajaan negeri juga kecewa dengan sikap Radio Televisyen Malaysia (RTM) kerana masih belum membenarkannya ke udara menerusi saluran radio Perak FM.

Jelas beliau, selaku Menteri Besar dan wakil kerajaan negeri yang mendapat mandat rakyat serta perkenan Sultan Perak, RTM sepatutnya memberi penghormatan kepada kerajaan negeri sekarang.

2 ulasan:

Kurma berkata...

artikel di bawah ini saya copy dari web iluvislam dan paste disini.

undian kite di dunia, akan di hitung di akhirat???

kata emma dari ahli iluvislam:
erm...sy sudah keliru...sy xtau laa n xfaham...
ade org kate...undian kite kt dunia ni iaitu ms pilihan raya..akan dihitung d akhrat....

boleh x sape2 bg penerangan kt saya??*sad*
ade yg kate kan...

die ckap...kalo kite dh tua2 ni...undilah pas...kalo ms muda tu..undilah umno... nape msti die ckp cmtu???*hypo*

ade gak org kate...kalo kite x undi pas...kite dikira murtad atau msuk neraka....di akhirat kelak *sad*

sy cnfius....tlg sy bg satu pandangan...
terima kasih

jawapan dari ahli iluvislam nama ibnatu:

saya xtaw apa yg saya akan tulis ni menjawab soklan saudari atau tidak, walaupun pru dah lepas (saya xberkesempatan ngundi sb nama xnaik*crybaby*huhu), tapi saya penah kemukakan soklan camni kat abg saya yg sulung.
dia jawb macamni je.."kalau kita sokong pemimpin A ni, maknanya kita dah bagi dia kuasa, dengan kuasa itu pulak, tiba2 si pemimpin A ni meluluskan lesen bagi kilang-kilang arak dan judi serta membenarkan segala aktiviti yang mungkar berleluasa, maka akhirat kelak, kita yg pakat undi pemimpin A ni akan dapat syer tuk ke neraka skit2 sorang. " pastu abg saya ada bg dalil dari hadis macam ni :

ar ridho bil syaie' ridho bima yatawalladu bihi (maaf xreti nk eja b.arab)

"sesiapa yang redha dengan satu perkara bererti dia redha dengan semua perkara yang dilahirkan oleh perkara tersebut"

satu lg, sape2 yg redho dengan kekufuran, maka dia adalah kufur (rasanya camni lah terjemahannya)

jadi dah jelas tentang, kalau kita sokong pemimpin yg membenarkan kegiatan mungkar ni berlaku ibarat kita juga membenarkan apa yg dia benarkan...g2 la lbih kurang..hehe, nk pjg lg..saya bukan arif sangat..

lagi satu, mgkin saudari leh rujuk cite kerajaan semut..saya pun dah lupe penah baca kat mana ek..hmmhmm!hmm!

itu je kot..wasalam

kata ahli abu nuaiman:
Allah Ta'ala ada berfirman,
segala perbuatan kamu tak kira baik maupun jahat akan KU
membalasNya kesemuanya itu walaupun sebesar biji sawi
lebih kurang bunyinya itu,
surah apa saya lupa,harap maaf

kalau de yg salah sila tegur n betulkan k

kata anak pejuang:
Dan ALlah juga telah berfirman di dalam surah al Zalzalah yang bererti : Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! (7) Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!(8)


jadi apa yang anda baca artikel di atas tu fikir-fikirkanlah pada masa hadapan anda dan juga kepentingan keturunan anda.

Kurma berkata...

wang yang bergelar Ringgit Malaysia kalau bagi kita umat Islam bukannya segala-galanya...tetapi yang mengutamakan adalah Allah...Allah adalah segala-galanya.

kalau kita sentiasa ingatkan Allah didalam hati, kita minta apa yang keperluan dalam hidup kita Allah mesti bagi tak kira anda senang ataupun susah. Buat baik atau salah semua datang dari diri kita, dan kita jangan lupa Allah sudah beri ujian dalam hidup kita jadi kita kena berdiri teguh supaya iman kita tak jatuh. Kalau kita dapat bersabar akhir nanti Allah beri kesenangan dalam hidup kita, tetapi kita kena ingatkan diri kita siap dan jangan melupakan diri.