28 Julai 2008

Ann Wan Seng : Orang Melayu lambat berubah.

IPOH, 27 July :-Orang Melayu ambil masa untuk berubah, sebab itu calon Melayu yang bertanding di kawasan majoriti Cina, namun saya rasa pelik ada calon Melayu bertanding dikawasan Melayu tidak menang. Demikian antara ucapan Sdr. Ann Wan Seng semasa membentang kertas kerja dalam Konvensyen PAS Perak ke 13 disini hari ini.



Beliau juga berkata dan mempersoalkan kenapa hanya Cina sahaja dipanggil Cina Muaalaf bila masuk Islam, sedangkan orang India dipanggil India Muslim bila mereka masuk Islam, sambil disambut dengan gelak-ketawa dari hadirin.

Katanya lagi, Kalau orang Melayu pergi ke negeri China dia akan dipanggil muaalaf kerana dinegeri China jumlah orang Islam disana ikut maklumat yang saya dapat berjumlah 130 Juta orang.

Ann Wan Seng menyarankan supaya PAS mengadakan program dan kerjasama dengan Ahli Perniagaan Cina. Katanya lagi maklumat mengenai orang Cina mestilah ada untuk mendapatkan sokongan multiracial khusus dari orang Cina.

Orang bukan Melayu mempunyai kesedaran politik yang tinggi termasuk dalam isu rasuah. Sedangkan orang Melayu sangat sensitif dengan skandal seks.

Beliau berpendapat, kalau kita hendak "tackel" orang cina kita kena memahami budaya orang Cina. Antaranya kita belajar dari akhbar Cina dan ambil seorang yang boleh baca akhbar Cina.

2 ulasan:

Hebatnyer Melayu berkata...

salam....
sapa kata orang Melayu lambat berubah. Kejayaan yang dikecapi sekarang adalah hasil titik peluh orang Melayu. Jadi pendapat Ann Wan Seng adalah tidak relevan sama sekali. Jika Tunku Abd Rahman tidak menuntut kemerdekaan kita tidak dapat mengecapi seperti sekarang, begitu juga dengan bangsa lain. Lihat di China,Tibet telah memberontak untuk meuntut kemrdekaan dari China sehingga berlaku rusuhan yang membabitkan kematian. Siapa yang tidak berubah dan siapa yang telah berubah. Jadi Ann Wan Seng tidak berhak untuk menilai orang Melayu sehingga sebegini. Jika beliau berada didepan saya, sayalah orang pertama yang akan bangun untuk mempersoalkan beliau. Jadi orang Melayu yang berada disitu semasa beliau berucap adalah dayus kerana membiarkan bangsa lain mencerca
Melayu...

sekian..
HIDUP MeLAYU

Unknown berkata...

Salam...Siapa kata kita sebut Cina Muualaf..bukan ke sekrg ni kita dh sebut "SAUDARA BARU" PADA MANA2 PUN BAIK CINA BAIK INDIA YG MEMELUK AGAMA ISLAM.
TOLONG PERIHATIN....