13 Julai 2008

Jadi hero tidak kena tempat.

Kenyataan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai penilaian yang akan diguna pakai kerajaan Kelantan dalam memilih pekerja dan menaikkan pangkat adalah sembahyang mestilah disokong oleh semua pihak.
Sebenarnya perkara ini bukan wajar dipolitikkan oleh pihak tertentu apa lagi mengexploitasikannya untuk menjadi juara seperti yang dibuat presiden Cuepacs, Omar Osman, cuba berlagak hero apabila mempertikaikan langkah Kelantan mewajibkan syarat bersolat setiap waktu dalam peraturan kakitangan awam.
Sebagai bekas kakitangan awam saya merasakan kenyataannya semalam amat memalukan ramai pihak. Sepatutnya beliau berhati-hati sebelum mengeluarkan kenyataan apa lagi dalam hal yang menyentuh sesetiviti umat Islam.
Solat merupakan tiang agama sebagaimana hadits Nabi menyatakannya. Dengan sembahyang pasti seseorang itu menjadi insan yang sempurna dunia dan akhirat. Semasa sihat dan sakit kita diwajibkan sembahyang selagi akal sempurna, sampailah bila mati masih disembahyangkan. Demikianlah utamanya sembahyang.
Apalah salahnya kalau ukuran ini diguna pakai, termasuk kenyataan Dato' Husam Musa merangkumi yang beragama lain, ketaatan kepada agamanya boleh dijadikan penilaian.
Banyak lagi tuntutan Ceupacs yang tidak tertunai dan usahakan sebaik mungkin untuk membela nasib kakitangan awam. Isu yang dibangkitkan oleh Menteri Besar Kelantan adalah sebahagian dari usaha menyelamatkan dan menolong kakitangan awam iaitu untuk mengelakkan masuk neraka dan masuk syurga Allah SWT. Sepatutnya Omar Osman berterima kasih bukannya melenting tidak tentupasal.

Tiada ulasan: