27 Februari 2009

Laporan kepada SPRM dianggap hanya untuk tarik perhatian.

Laporan dua ahli politik Pakatan Rakyat bahawa mereka pernah ditawarkan sejumlah wang dan beberapa tawaran lain daripada Barisan Nasional (BN) agar keluar parti disifatkan sebagai sengaja mahu 'menarik perhatian'.

Abdullah Ahmad Badawi mendakwa, Pakatan Rakyat terpaksa menggunakan cara tersebut bagi mengelirukan rakyat disebabkan mereka gagal melaksanakan tanggungjawab sebenar iaitu berkhidmat dengan baik seperti yang dijanjikan.

Inilah kenyataan tanpa asas dan menegakkan benang yang basah demi melindungi kerja jahat yang selama ini sehingga menumbangkan Kerajaan Perak Pakatan Rakyat.

Kenapakah Abdullah tidak menafikan adakah Hee yit Fong, Jamaluddin, dan Osman yang telah keluar pakatan dan menyokong BN adalah usaha secara membeli wakil rakyat yang telah berhasil dilaksanakan.

Bagaimana boleh Abdullah di penghujung usia PMnya bercakap dalam separuh sedar tentang khidmat wakil rakyat. Kenapakah 3 orang ADUN yang jadi katak itu masih tidak muncul bertemu dengan rakyatnya setelah mendakwa walaupun jadi bebas dan menyokong BN mereka masih boleh jadi wakil rakyat yang baik.

menyokong BN artinya mereka adalah BN, baikkah sikap mereka yang meninggalkan pengundinya bagaikan kucing kehilangan ibunya. Dari pak Lah menyibuk tetang laporan yang kami lakukan lebih baik nasihatkan mereka bertiga , malah tambah satu lagi ADUN Bota supaya balik ke kawasan masing-masing buat kerja sebagai wakil rakyat.

Walaupun Speaker sudah menganggap 3 kerusi Behrang, Jelapang dan Changkat Jering sudah kosong dan mereka menafikan kenapa masih takut untuk jumpa pengundi.

Kami nafikan laporan yang dibuat sekadar untuk mencuri perhatian, namun kerana ada bukti dan fakta yang kukuh dan berasas maka kami melangkah ke SPRM.

7 ulasan:

Awanama berkata...

pak lah .... pak lah........

mmg patut sgt dah hang masuk raja lawak... kelakarlah statement dia...

tak pe , tahun depan boleh masuk.... sebab hang tak da keje...

Awanama berkata...

Pak Lah bercakap dalam mimpi tu! Dia kan suka tido!

AvanzaG berkata...

Pak Lah memang 'qaplah jingga'. Saya pun nak tergelak dengaq komen dia semalam selepas majlis dekat Teluk Intan.

Kalau Yb ada tonton majlis tu semalam ada tak dengaq ucapan MB kudeta sebut pasal slogan berkebajikan...lagi lawak di buatnya...

Awanama berkata...

bukan pak lah tp PAK HELAH hahahah....
bukan najib tp NAJIS huhuhu...

Awanama berkata...

Ada baik nya Pak Lah minta SPRM siasat kes ini.Kalau palsu boleh dakwa ADUN yg berkenaan.Mengapa nak dinafikan terlebih dahulu. Eric Mersat.

Awanama berkata...

Memang bodoh lah kenyataan manusia nie..
Kalau gitu semua laporan kepada SPRM dari pihak pembangkang ni x betul... Cuma laporan dari pihak pro-UMNO/BN terhadap kejaan pakatan rakyat jer yang betul.... Apa punya bodos PM.. malu jadi rakaya Malaysia ada PM bodoh lah macam nie...
kalau lepas ni ada orang lapor kes ancaman bunuh pun dia akan kata.... org mana tu buat laporan .... orang kita ker pembangkang...kalau orang kita...sila siasat.. betul tu laporan dia , jgn main2..cepat siasat... tapi kalau pembangkang... huh, takde kerja lain la tu, nak ngada2 buat cerita bukan2.... Inilah contoh mudah untuk kanak2 faham.. ooooi.. pak bodohlah

Awanama berkata...

Pak Lah ada can nak jadi raja lawak peringkat perdana menteri... Kenapalah malang negaraku ada PM macam nie...