27 Februari 2009

Sombongnya Hishammuddin !

KUALA LUMPUR: Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) tidak perlu didebatkan lagi.

"Nak didebatkan apa lagi. Kalau di peringkat dasar masih boleh, tapi ia kini dalam proses ubahsuai dasar," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas cabaran Pas kepadanya untuk berdebat isu berkenaan.

Sebaliknya, beliau menjemput semua pihak termasuk mereka yang tidak puas hati dengan pelaksanaan dasar itu supaya tampil memberikan pendapat dan cadangan untuk memperbaiki dasar itu.

"Lebih baik mereka beri cadangan dan pendapat. Jemputan untuk menyertai perbincangan meja bulat telah diberi supaya mereka boleh panjangkan pandangan masing-masing," katanya ketika ditemui selepas merasmikan PersidanganAntarabangsa Belia Mengenai Keganasan di sini hari ini.

Beliau mewakili Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak merasmikan persidangan itu.

Pelaksanaan PPSMI sejak 2003 mencetuskan kontroversi dan perdebatan dan kebelakangan ini ia berkisar mengenai rasional sama ada dasar itu patut diteruskan atau sebaliknya.

Isu itu menjadi bertambah hangat apabila ahli akademik serta sasterawan menyertai gabungan yang dipanggil Gerakan Mansuhkan Pendidikan dan pembelajaran sains dan Matametik dalam bahasa Inggeris (GMP).Mereka menyuarakan bantahan mengenai penerusan dasar itu dan satu himpunan raksasa 100,000 yang direncanakan untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong pada 7 Mac 2009 di hadapan Istana negara.

Sasterawan Negara yang mengepalai gerakan ini menyifatkan pemimpin seperti Hisammuddin sebagai " bertelinga satu dan berlidah dua".

8 ulasan:

Brahim Nyior berkata...

Berdebat? Hisham tak mampu berdebat dengan baik. Banyak gagapnya,.. cuba dengar dan tengok cara dia menjawab soalan spontan pemberita, terutama semasa sidang akhbar.

Bagaimana nak berdebat secara ilmiah?

Tapi, saya memang harap PPSMI dimansuhkan. Banyak kerugian, bukan kepada segelintir, tetapi satu generasi akan rugi masa dan tenaga.

Saya tetap berasakan Inggeris penting, tetapi fokusnya harus ditekankan kepada subjek BI itu sendiri: Tambahkan masa P&P, tingkatkan kualiti guru dan tambah guru BI, agar selaras dengan hasrat kerajaan.

Jangan perjudikan nasib anak-anak terutama yang tinggal di luar bandar...

Awanama berkata...

English untuk Matematih dan sains memang tak patut di ajar di sekolah rendah.

Tetapi untuk sekolah menengah (kebangsaan, teknik dan vokasional), saya rasa ianya perlu. Mata dan telinga ini sering melihat dan mendengar sendiri keegoan bangsa melayu yang takut untuk berunding dengan pakar2 luar negara (yang memang hanya tahu bertutur english). Ini merupakan satu kerugian bagi MELAYU.

Janganlah dianggap ini sebagai satu beban, tetapi satu cabaran.

Awanama berkata...

saya bersetuju sangat dgn brahimnyior. Pembelajaran subjek english itu yang patut diperbaiki supaya ianya lebih menarik untuk dipelajari oleh anak2. Ia tidak sepatutnya exam oriented. Apa salahnya kita belajar cara mengajar english dari english2 centre yang bagai cendawan tumbuh di malaysia ni. Kalau english dah fluent kita takkan takut nak berdebat dengan cendikiawan luar tak kira dalam bidang apa sekalipun. Belajar sains dan matematik dalam english tidak menjamin anak2 boleh bertutur english dengan baik kecuali mereka memang datang dari english speaking background.

Awanama berkata...

xda ke mananye ppsmi nie..kebanyakkn pelajar luar bndr xdpt nk catch-up untk sbjek yg diajar dlm bi..ckgu2 pun kbnykkanya ajar dlm b.melayu..xgnanya bi untk ngajar dlm sbjek sains n math.ckup la hnya ada sbjek bi..ini x,beban kpda pljar n guru. xrasional lgsung pndktan yg kerajaan amik untk tngkatkn penguasaan bi di kalangan rakyat m'sia..yg skong langkah nie hnya balaci2 umno

Awanama berkata...

Hishamudin boleh kata ini soal dasar kepada kakitangan kementerian pelajaran. Sekarang bantahan dari rakyat malaysia. Kerajaan nak dengar cakap rakyat atau rakyat kena buat2 bengong ngan kerajaan

Awanama berkata...

tunggulah pilihanraya ke13 kita ajar kerajaan ppsmi ni sah tak lih pakai

Awanama berkata...

Drs,Bila Pemuda PAS menghulur jemputan secara berprotokol serta beradab kpd KJ. ketua Pemuda UMNO kata nya tak perlu berdebat ,Dek kerana kurang budaya ilmu,Pemuda UMNO sampai ke Parlimen nak ganyang MP OKU Karpal Singh. Sungguh memalukan.Tahniah kpd Pemuda PAS.Walaupun pernah di"provoke" Karpal Singh acapkali sebelum ini tetapi masih mampu mrnunjukkan akhlak islam yg tinggi.Sekarang masyarakat dpt membeza diantara permata dan kaca. Nona Ratana Chulaborn.

Awanama berkata...

mundurkah Malaysia kalau tak belajar Math & sains dalam bahasa inggeris?
sefaham saya la,hampir 90% rakyat Jepun tak reti langsung bahasa inggeris.
lihatlah,betapa majunya mereka.
kenapa?
sesuatu kemajuan itu bukanlah terletak pada kemahiran bahasa inggerisnya.
tak salah kalau kita mahir dalam banyak bahasa.
kalau dah bahasa inggeris kita tak baik.baikilah bahasa itu.janganlah usik yang lain.
kononnya kita memerlukan bahasa inggeris kerana banyak bahan rujukan diperingkat tinggi dalam bahasa inggeris.
ha..dah tau itu masalahnya.baikilah yang itu.perbanyakkanlah bahan rujukan dalam bahasa melayu.itu pun payah sangat ke?macam mana boleh jadi menteri kalau tahap pemikiran macam ni!!!