27 Februari 2009

PPSMI: A. Samad Said sedia hilang gelaran

KOTA BHARU 25 Feb. - Datuk A. Samad Said sedia kehilangan gelaran dan penghormatan sebagai Sasterawan Negara dalam memperjuangkan pemansuhan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Beliau berkata, gelaran tersebut tidak penting bagi dirinya kerana perjuangan untuk memartabatkan bahasa Melayu lebih utama bagi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

"Kalau hendak ambil (gelaran), ambillah sekarang, perjuangan mesti diteruskan, ia langsung tidak menyentuh saya, kalau fikir itu besar sangat ambil dan simpan sajalah.

"Saya sudah umumkan dulu, saya bukan Sasterawan Negara, saya lebih senang dipanggil sasterawan rakyat," katanya pada sidang akhbar bersama Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Sidang akhbar tersebut diadakan sempena 'road show' anjuran GMP di negeri ini untuk menghimpunkan 100,000 rakyat bagi mendesak kerajaan menghapuskan PPSMI di depan Istana Negara, Kuala Lumpur, 7 Mac ini.

Ketegasan dan sikapnya membantan PPSMI dilihat dari petikan ucapan sajaknya di bawah :

Lalu, aku sayu dan aku pilu;
lalu, aku ragu dan aku malu …

Buah ranum pada tangkai;
bahasa gugur dari hati,
sekali janji, sekali nafi;
sekali pancang, sekali pincang,
iktibar apakah semua ini?

Lalu pemimpin angkuh berkata …

Aku apa peduli
Kalaupun Shakespear turun ke bumi!

Lalu Sasterawan Negara bersumpah lagi …

Jangan berikan undi,
pada mereka yang menghina bahasa sendiri.

Jangan diundi pemimpin yang …
bertelinga satu,
berlidah dua.

7 ulasan:

Awanama berkata...

Gelaran didunia tidak menjamin apa2 di akhirat kelak. Hanya iman dan amal sebagai bekalan.

Awanama berkata...

Hmmm....camtu la depa.
kalau tak turut cakap depa.
nak ugut la...
nak ancam ni la...
nak tarik gelaran la...
nak bom la...

mungkin orang lain takut la dengan ugutan macam tu.
kalau pejuang Islam, tak dak kesan la dengan ugutan macam tu.

bak kata orang parit buntaq...

"tak jadi kudey..."

Awanama berkata...

Syabas kepada semua yang sanggup berjuang dan berkorban untuk sesuatu yang penting dan perlu dalam hidup kita.
YB, terima kasih atas segala maklumat yang YB muatkan dalam blog ini. Hanya Allah sahaja yang akan membalas segala usaha YB yang gigih dan istiqomah ini.

Awanama berkata...

SN A.Samad Said yg saya temui dlm Putra LRT beberapa minggu yg lalu amat jitu semangat nya memperjuangkan kedaulatan bahasa ibunda.Dim usia sebegini , silu termalu aku melihat bara cita yg menyala.So rang muda manusia ini wajar diteladani dr pemimpin bertaraf menteri yg mudah berjanji dandan kerap korupsi.Semarak salam buat SN. Dang Ratna Kesuma.

Awanama berkata...

Alhamdulillah sejak kes yang berlaku di Perak semakin ramai yang terpanggil mengenali politik PAS/PR.
Perak pencetus kehancuran UMNO/BN!
ALLAHUAKBAR!!!

Awanama berkata...

Nampaknya Allah Ta'ala memilih bumi Perak ini sebagai pencetus perjuangan di Malaysia. Dari peristiswa di Pasir Salak, Gunung Semanggol, Maktab Perguruan Tanjung Malim (nama lama) hingga sekarang!

Awanama berkata...

sebagai orng muda malu la kalu orng tua lg berani...so mari la kita bersama sama bangun untuk tegakkan bahasa ibunda kita....