23 Mac 2009

Lelongan plak demokrasi mencatat sejarah

IPOH, 22 Mac :- Acara lelongan 5 keping serpihan plak demokrasi yang berlangsung dibawah pokok sena tersebut telah berjaya mengutip melebihi RM42,000. Bidaan dibuka kepada orang ramai yang berminat untuk membeli dan menyimpan plak demokrasi sebagai tanda kenangan.

Lelongan yang dibuka untuk bidaan bermula daripada RM500 untuk satu serpihan plak tersebut telah mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Plak yang pertama telah dibida sebanyak RM6,800 manakala harga tertinggi diperolehi melalui plak yang kelima dengan nilai RM17,000.

Plak yang pertama dilelong pada harga RM6,800, plak kedua (RM5,200), plak ketiga (RM6,800) dan plak yang keempat dijual pada harga bidaan sebanyak RM7,000.

Hampir 200 orang telah berkumpul dibawah pokok demokrasi tersebut untuk menyertai lelongan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Kehadiran Menteri Besar DS Nizar menyerikan lagi acara lelongan tersebut. DS Nizar menyatakan didalam ucapan ringkasnya bahawa demokrasi perlu sentiasa ditegakkan seluruh rakyat Perak.

Acara lelongan plak diadakan bagi mengutip sejumlah wang untuk mendirikan sebuah plak demokrasi yang lebih besar dan teguh dibawah pokok sena setelah pihak yang tidak bertanggungjawab memecahkan plak tersebut dan seterusnya diruntuhkan sepenuhnya oleh MBI.













http://ajijoi.blogspot.com

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Allah yang menentukan rezeki. Nak selesai masalah ekonomi, kembalilah kepada Allah bukan UMNO!

Tanpa Nama berkata...

Salam. YB Ustaz. nak tanya la skit... Plak demokrasi dan tugu negara tu sama saja kan... erm... mcm mana ya tu...

Tanpa Nama berkata...

plak demokrasi tak sama dgn tugu kebangsaan. Tugu ada patung manusia pastu pakat gi kalung bunga pulak, mcm sembahan dah jadinya. Plak tu just mcm surat kenyataan, cuma ditulis atas sekeping gentian atau gangsa dll lalu dinamakan plak.

Tok Pambu berkata...

Tanpa Nama berkata...

Salam. YB Ustaz. nak tanya la skit... Plak demokrasi dan tugu negara tu sama saja kan... erm... mcm mana ya tu...
3/22/2009 5:37 PM
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
nalapambu walaupun bukan muslim, tetapi ada mengetahui sebanyak sedikit hal2 agama lain.

sdr yg bertanya ini muslim atau sebalik nya?
Mengapa sdr tidak dapat membezakan 'plak' dan 'tugu'

Di sini saya terang kan sedikit - 'plak' cuma sekeping tulisan yang tidak ada bentuk objek seperti patung. Ianya cuma untuk tatapan(lihat) sahaja.

Tugu - berbentuk patung lembaga manusia, tiap2 tahun di adakan upacara seperti menyembah - letak kalongan bunga, 'bertakapur' menundukkan kepala beberapa minit dan baca doa dihadapan nya.

Tanpa Nama berkata...

macam batu bersurat yang ditemui di Terengganu

Tanpa Nama berkata...

penerangan tanpa nama 6:15pm betul....dalam islam tak benarkan ukiran berupa manusia atau sebarang benda hidup...benda ni pon memang jadi isu... harap bleh terangkan kepada mereka yg lain...insyaallah, sesuatu yg PR buat khasnya PAS tidak akan dilakukan tanpa fikirkan hukum yang sepatutnya...

Tanpa Nama berkata...

Salam... wakakakakak...
genuisnya org2 PR ni.. mcm tu pun boleh buat duit.. mesti org2 umno ni bengang jer dgr cerita ni..
"kita nak buat dia marah, balik2 kita yg marah" (ayat ahmad nisfu dlm cereita 3 abdul)
Duit tu klau ada lebih beli cctv sekali.. letak kat situ, lepas ni klau pecah jugak senang la nak report kat polis. klau polis xnak ambil tindakan jugak pun xper laa.. janji tau sapa punya kerja cukup dah.. yg lain kita cerita kemudian ... berehhh...

(YB Hasan Rahman ADUN BN Sg.Rambai, Melaka) tel:0196265625

Tanpa Nama berkata...

terima kasih nalapambu..

Saya seorang muslim... tetapi saya mengakui saya cetek ilmu dalam hal2 berkaitan hukum hakam dan sebagainya, Sebagai Hamba ALLAH SWT. saya mengakui kelemahan saya untuk berbicara bab2 agama ini, kerana saya tidak arif dalam bidang berkenaan,

terima kasih atas penjelasan semua.. bukannya apa, kita kena sentiasa berdepan dengan pelbagai situasi untuk menangkis segala hujah dari pihak lawan dan kawan. sekadar ingatan buat kita semua..

teruskan kebajikan dan kebaikan untuk semua