23 Mac 2009

Muafakat membawa berkat

Oleh : Naninu Sakun


BUKIT GANTANG ,22 Mac :- sehari sebelum parti PAS mengumumkan calonnya berbagai usaha telah dipergiatkan oleh para petugas dan penyokong PAS untuk menaikkan bendera PAS. Bertempat di Kampung Changkat Ibul Bukit Gantang dengan berbekalkan semangat "Muafakat membawa berkat" para petugas dan penyokong PAS berganding bahu untuk menaikkan bendera pas di kampung ini.

Dengan mendapat bantuan kren secara percuma walaupun hujan renyai-renyai sekitar jam 3.30 petang, para petugas dan penyokong PAS tetap meneruskan kerja tersebut. Menurut salah seorang wakil petugas telah menyatakan, "kami bekerja tidak kira masa dan berharap PAS akan menang, Insyaalah wang yang berbaki RM 2000 yang tinggal akan digunakan untuk membuat kenduri selepas kemenangan,kami tidak seperti be end (bn)tiada duit tiada kerja."

Lihatlah betapa murninya tugas mereka yang membuat kerja bukan untuk wang ringgit semuanya ikhlas untuk memastikan kemenangan PAS. Semoga PAS akan mempertahankan kerusi Parlimen Bukit Gantang dan mendapat majoriti yang lebih besar lagi. Insyaallah..AMIN...

ANAK KOMANDO REJIMEN 1
<

7 ulasan:

Idham Lim (林川興) berkata...

terima kasih kepada naninu sakun dengan sumbangan bahan berita setiap hari...

Tanpa Nama berkata...

Memang kekuatan PAS ialah pada keikhlasan ahlinya yang sanggup berkorban masa, wang ringgit dan tenaga. Sekarang kita kerja keras untuk naikkan pemimpin bersih di tiga kawasan parlimen ini. Muktamar nanti kita naikkan pemimpin bersih dalam parti pula. Biar keikhlasan mewarnai PAS dari peringkat tertinggi hingga ke peringkat paling bawah.

Tanpa Nama berkata...

Kepada pemimpin2 PAS lihatlah pengorbanan rakyat yang cintakan kebenaran ini... janganlah kalian kianati meraka ini di kemudian hari... bersatu kita teguh.. bercerai kita roboh... bila kalian dah dilantik menjadi pemimpin tunai lah tanggungjawab dengan penuh amanah dan keikhlasan... Semoga Allah mengurniakan kemenengan kepada kita semua dunia dan akhirat... lawan tetap lawan... UMNO pasti kecundang...

Tanpa Nama berkata...

Saya dari jauh mendoakan anda, semoga berjaya. Ikhlaskan hati dengan bekerja semata-mata kerana Allah, menegakkan Islam dengan memperbaiki akhlak masyarakat dan memperbetulkan aqidahnya..

Tanpa Nama berkata...

itulah keistimewaan islam..kami yakin janji allah itu bernar..islam akan menang juga akhirnya..insyaallah ana akan berkampung disana diDUN changkat jering UPU pengkalan aur.bal tentera dr kemaman trggnu akan smpi..

Tanpa Nama berkata...

Takbir..Allahu Akbar 3x...Ayuh pendokong2 Islam marilah kita "Satu Hati" dalam memenangkan Parti Islam SeMalaysia @ PR..mudah2an Allah S.W.T merahmati kita semua..

Tanpa Nama berkata...

Tetap merasa terkilan.

Sewaktu pilihanraya. Semua PEMIMPIN duduk bersama para petugas, menikmati makanan serba ringkas apa yang terhidang.

Selesai pilihanraya. PEMIMPIN hanya duduk bersama PEMIMPIN TERTINGGI menikmati makanan yang teratur dihidang.

Rakyat dan petugas hanya makan ditepi bangunan, ditepi jalan dan ditepi longkang. Tidak pernah kelihatan PEMIMPIN duduk bersama ahli dan penyokong parti bermesra dan bertanya khabar dan sama - sama menikmati juadah. Apa salahnya PEMIMPIN datang menghampiri penyokong dan berbual mesra ditepi longkang atau ditepi jalan.


Rindu sangat pada Nabi Muhammad.