23 Mac 2009

Nik Aziz kini blogger

Oleh Mohd Sayuti Omar

TOK GURU Guru Nik Abdul Aziz juga akan buka blog sendiri. Blognya akan dilancarkan pada 26 Mac ni. Makin meriahlah nampaknya dunia siber kita. Tentu blog Tok Guru itu akan popular dan dikunjungi ramai dari dalam dan luar negara. Baguslah kalau begitu. Patutnya dah lama Tok Guru buka blog sendiri.

Apapun tahniah kepada Tok Guru kerana ada blog sendiri. Didoakan pengunjung blog Tok Guru akan mengatasi pengunjungi blog Dr Mahathir dan hitnya akan tinggi.

Dengan ada blog bolehlah Tok Guru gunakan untuk berdakwah sekali. Pengisinya nanti diharap bukan saja bersifat politik, tetapi ilmu-ilmu keagamaan juga. Walaupun ada kalanya Tok Guru campur sekali ilmu agama dengan politik, dalam kuliah dan syarahannuya tetapi ada yang tidak dapat memilihnya. Jadi bercampur gaullah, macam antah bercampur dengan beras.

Ada yang dapat tangkap ada yang tidak. Bagi yang jahil kala inilah akan menganggap Tok Guru sebagai menyeleweng, buat fatwa baru dan sebagainya.

Blog adalah medium terbaik kalau Tok Guru nak bercakap soal-soal kerohanian lebih mendalam lagi. Atau mendedahkan kerahsiaan Tuhan dan manusia. Dakwah menerusi tulisan lagi berkesan. Pengisiannya juga agak detail dan tidak mengelirukan. Lagipun menerusi tulisan boleh dibuat dengan cermat dan hati-hati.

Ada hal-hal yang kalau kita berdua dengan Tok Guru terlepas juga cakapnya mengenai agama yang bersifat rahsia, tasauf. Apa kata kalau dalam blog ni Tok Guru membuka rahsia dirinya dengan Tuhan seluas-luasnya. Biarlah rahsia itu dapat dipetik dan dimanfaatkan oleh banyak orang. Misalnya mengenai amalan dan juga wirid-wirid peribadi yang menjadi amalannya sejak dulu hingga sekarang.


Saya rasa dalam banyak-banyak pengkagum Tok Guru mereka bukan saja mahu memetik dan meniru pendekatan, falsafah dan juga teknik politik, tetapi mereka juga mahu meniru dan berba'ih dengan Tok Guru sebagai tok guru.


Mengenai rahsia ketuhanan ni Tok Guru tak buka atas kedai. Dia hanya royak kepada orang terpilih dan di tempat tertentu saja. Sapa rajin geletek dan cungkilnya akan dapat. Selalunya mereka yang minat ilmu ni datang jumpa Tok Guru bukan nak minta balak atau tanah tetapi nak tambah ilmu, nak tambah iman dan taqwa kepada Allah daripada Tok Guru.

Ini kelebihan yang ada kepada Tok Guru dan tidak ada kepada Dr Mahathir Mohamad atau Tun Razak.

Apa lagi kalau ilmu dan rahsia itu ditulis sendiri ilmu itu terus datang dari hati dan turun atas kertas (skrin) dan dibaca oleh pengunjung terus masuk ke dalam hati. Jelira kata orang. Kalau tutur Tok Guru ditulis oleh orang lain banyak koner-konernya, ikut sedap dan kehendak dia saja.

Misalnya kalau Tok Guru sebut bulat, macam-macam bentuk bulat yang akan dibuat nanti, bulat leper, bulat panjang, bulat berkedut, bulat bujur dan sebagainya. Di sinilah ia memerlukan seorang yang arif dan makrifah dengan Tok Guru (ilmu) barulah akan menjelma bulat yang sengoti (sebenar).

Ada juga penulis ini bersifat yang molek ditulis, tak molek ditinggal atau ambil hak mana dia berkenan saja.

Apakah Tok Guru ada masa nak tulis sendiri blog tu nanti? Atau ada yang tukang kendalikannya? Barangkali tidak munasabah kalau Tok Guru nak tulis sendiri. Tentulah ada yang jadi tukang mengisinya.

Sangat diharap kepada orang memegang password blog Tok Guru seorang yang jujur, ikhlas dan bertanggungjawab. Jangan pula guna blog itu nanti untuk tujuan lain. Saya tak jamin Tok Guru akan memantaunya sepanjang masa. Kalau salah guna nanti nyanyalah Tok Guru.

Saya taruh kebimbangan ini, al maklumlah... . manusia ini apa-apa saja boleh jadi. Diharap pengisinya nanti benar-benar dari dhamir dan lidah Tok Guru sendiri jangan cuba nak tuil-tuil ke tujuan lain. Malang sekali kalau penjaga password itu nanti menyeleweng diselit apa-apa yang ada kepentingan atau agenda politiknya.

Saya kata ini bukan apa sekadar mengingatkan saja berpandukan kepada apa yang telah lepas. Tidak perlu cerita panjang. Selamat berblog duhai Tok Guruku.

13 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Drs,InsyaALlah kehadiran TGNA ke laman maya akan mendekat yg jauh lebih hampir dgn Pulau Melaka.Proses tarbiah dan tazkirah yg langsung dr Tuan Guru.Semarak kasih buat pimpinan. Nona Ratana Chulaborn.

Tanpa Nama berkata...

aLHAMDULILLAH..
Memang sangat ditunggu2. Terima kasih Tok Guru. Pastinya Blog tok Guru pasti saya lawati setiap hari. InsyaAllah

Tanpa Nama berkata...

TAHNIAH BUAT TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ...SAYA AKAN SOKONG PERJUANGAN TOK GURU...TEGAKKAN ISLAM!!TAKBIIR!!

Leenoh berkata...

Salam,
Tahniah dan syabas kepada Tuan Guru Nik Abdul.Aziz, semakin banyaklah selepas ini laman blog yang melibatkan diri menyampaikan ajaran Islam melalui alam maya.

Kalau manusia ramai di dalam hutan pendakwah perlu masuk hutan, jika manusia ramai yang hidup di dalam laut atau lautan maka perlulah juga pendakwah masuk ke dalam lautan untuk menyampaikannya. sekarang ramai di kalangan manusia berurusan melalui maya, maka kenalah pendakwah juga berurusan melalui maya.

Keputusan Tuan Guru itu saya anggap maju selangkah lagi menderap ke hadapan.
Semoga Allah memberi kejayaan kepadanya dan kepada semua.
Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah, syukur... lepas ni bolehlah kita baca blog tok guru nik aziz plak..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju....saya harap org yg pegang password tu jgn gunakannya utk laga2kan di antara dua org tok guru tu plak....

Tanpa Nama berkata...

INSYA ALLAH MESEJ DAKWAH TOK GURU AKAN DAPAT DISAMPAIKAN DENGAN MELUAS KE SELURUH PELUSUK DUNIA..TAKBIR!!!!!!!!

Unknown berkata...

YB, jgn lupa bg url blog nik aziz lepas je pelancaran. sy nak linkkan blog tuan guru.

Tanpa Nama berkata...

Minta jaga jaga dgn puak puak syaitan di luar sana khasnya dari parti entahapatah gamaknya tu. Takut depa ni sabo macam macam.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulillah. Memang kadang-kadang rasa rindu pada Tuan Guru. Masih ingat masa kami berombongan ke Kelantan dahulu, Tuan Guru yang tegur saya dahulu apabila terlihat saya tercari-cari rumahnya. Rasa bahagia dapat bercakap dengannya dan menatap wajahnya.
Kadangkala rasa rindu juga pada almarhum Tuan Guru Sobran, bekas Pesuruhjaya Pas Perak dahulu. Wajahnya tenang macam TGNA juga. Dan saya masih ingat bagaimana kuatnya kempen untuk mengenepikan Almarhum dan menaikkan orang lain sebagai Pesuruhjaya (bab-bab ini muslimat banyaklah main peranan).
Syabas kepada YB atas peringatan YB tentang penjaga password itu. Kadangkala orang tak faham bila kita buat peringatan kerana kasih, tapi dikatakan kita 'buruk sangka', 'penghasut' dan sebagainya.
Mungkin ada orang yang akan ambil kesempatan dan cuba melaga-lagakan kedua Tuan Guru, tapi saya rasa kita boleh menilai kedua-dua mereka dari tindak-tanduk mereka sendiri selama ini. Dalam bab melaga-laga ini pulak - Orang UMNO akan melagakan PAS dengan pihak di luar parti seperti rakyat atau Raja-raja. Tetapi kalau melaga-lagakan orang PAS dengan orang PAS, siapa lagi kalau bukan geng yang suka menyamar....

mohd ali ismail berkata...

Syukur Alhamdullilah,saya tunggu hari blog Tok Guru dilayarkan.Saya pasti insyallah akan kunjungi blog Tok Guru.

Tanpa Nama berkata...

sebenarnya dah lama tok guru nik aziz ada blog sendiri...apa yang tok guru lakukan bagi tujuan berdakawah disalurkan terus melalui blog sinarhairan...getdex982.blogspot.com...tapi takpe kpd sape yang sudi menjadi bloggers kepada tok guru asalkan ikhlas tp awas jangan ada buah kilas

Tanpa Nama berkata...

tahniah Tok Guru, semoga ilmu yg dapat di apliasikan dalam alam maya menjadi tatapan bloger yg inginkan kebenaran.