23 Mac 2009

Panas: Mahathir komen Zaid, Ali dan pilihannya untuk calon timbalan presiden

Rayuan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin agar jangan melantik Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri datangnya daripada orang yang bukan betul-betul waras pemikirannya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis.

"Dia berhak berkata. Dia (cuma) satu orang (sahaja). Sama ada Yang di-Pertuan Agong mendengar pendapat satu orang itu adalah hak Yang di-Pertuan Agong," katanya kepadamedia ketika diminta mengulas tentang rayuan itu yang dibuat oleh bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mohd Zaid Ibrahim semalam.

Beliau ditemui di satu sidang akhbar berkaitan penganjuran Forum dan Pameran Pembunuhan di Gaza: Penyelesaian untuk Palestin di sini.

"Orang yang membuat cadangan ini pun bukanlah orang yang disanjung tinggi (dan) dianggap orang yang betul-betul waras pemikiran dia."

"Saya fikir kalau saya jadi (Yang di-Pertuan) Agong saya tak mahu baca apapun pasal ini. Bodoh sangat. Siapa dia nak (jadi Perdana Menteri)?

"Dia (Zaid) tak terpilih untuk bertanding pun....orang macam ini dia lompat sehari 10 kali?macam katak aja. Tak kan (Yang di-Pertuan) Agong nak dengar cakap katak."

Ditanya sama ada beliau memberi sokongan penuh kepada Najib supaya dilantik sebagai Perdana Menteri, Mantan Perdana Menteri itu berkata, "Saya akan menyokong Datuk Najib tapi ia mempunyai syarat di mana beliau hendaklah jangan melantik mana-mana pemimpin yang korup dalam kabinetnya.

Beliau turut mengulas tentang persepsi umum yang mengatakan Najib adalah seorang yang korup.

"Saya bercakap mengenai tindakan yang diambil oleh Lembaga Disiplin Umno dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Saya bukan bercakap tentang apa yang orang ramai percaya. Ramai orang percaya tentang sesuatu tapi tiada keputusan dari segi undang-undang sama ada Najib korup atau tidak.

Ditanya tentang calon pilihannya sebagai Timbalan Presiden UMNO, Dr Mahathir berkata, "Saya fikir apa yang tinggal ialah seseorang yang..ialah, tidak boleh membaca Bahasa Inggeris dan oleh itu dia buat sesuatu yang salah di Australia..jadi pilihan saya ialah (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin).

Perebutan jawatan itu meninggalkan Muhyiddin dan Tan Sri Muhammad Muhamad Taib berikutan penggantungan Datuk Seri Ali Rustam untuk bertanding kerana terlibat dalam rasuah politik.

Dr Mahathir turut mengulas kenyataan Mohd Ali yang mengatakan beliau turut terlibat dalam keputusan Lembaga Disiplin baru-baru ini.

"Saya harap saya boleh tapi saya bukan anggota Umno. Jika saya terbabit, saya akan menghumban beliau keluar sejak awal lagi tapi saya tidak terlibat jadi..minta maaf.

"Saya berasa berat hati untuk tunggu keputusan oleh lembaga itu dan saya tidak cukup gembira dengan keputusan," katanya.

Beliau berkata "layanan" yang sama perlu diberi kepada Mohd Ali sebagaimana yang diberi kepada bekas Naib Presiden UMNO, Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad, dahulu.

"Ada satu kes (di mana) Isa Samad, yang dikeluarkan kerana terbabit dalam politik wang tapi dia juga hilang kedudukannya sebagai menteri. Tapi di sini kita ada keputusan yang pelik.

"Dia didapati korup tapi dia kekal sebagai Ketua Menteri (Melaka). Sekarang kita ada seorang yang disahkan sebagai korup tapi parti menerima beliau sebagai Ketua Menteri.

"Jika anda buat keputusan, ia mesti konsisten. Dalam cara yang sama, ia perlu meliputi semua orang, dengan jumlah yang sama. Anda tak boleh berkata, baiklah, dia bunuh orang itu dia patut digantung. Dia bunuh orang lain tapi orang itu tidak penting, jadi lepaskan dia," katanya.

Antara lain, bekas Presiden UMNO itu turut tidak menolak kemungkinan berlakunya usul "undi percaya" di Parlimen bagi mengekalkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri.

"Ia ada kemungkinan. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Undang-undang membenarkan bahawa anda mesti mendapat undi majoriti dalam Parlimen tapi ia tidak sebut dari parti mana.

"Menurut perlembagaan, seseorang yang akan dijadikan Perdana Menteri adalah seseorang yang akan mendapat sokongan majoriti di Parlimen. Jika anda lantik seseorang yang gagal untuk mendapat sokongan majoriti, ia akan terkeluar.

Dr Mahathir berkata dalam Perlembagaan Persekutuan tidak menyebut bahawa Presiden Umno mesti menjadi perdana menteri.

"Tiada peruntukan. Ia merupakan aturan kita," katanya.

Dr Mahathir berkata bahawa dari segi undang-undang, perdana menteri sekarang boleh meneruskan tugas sehingga pilihan raya umum akan datang jika beliau mahu.

"Tapi sudah tentu beliau akan berdepan dengan undi tidak percaya di Parlimen. Jika dia pergi ke Parlimen, dia (Abdullah) punya peluang yang baik untuk menang dengan sokongan pembangkang tapi dia akan menjadi PM pembangkang, " katanya.

Dr Mahathir berkata pembangkang juga mempunyai undi di Parlimen dan jika pembangkang, bersama-sama dengan sebahagian anggota Barisan Nasional, bagi mengundi Abdullah, "ketika itu dia akan menjadi PM".

4 ulasan:

Unknown berkata...

mahathir makin risau..

Tanpa Nama berkata...

Salam... buat chedet...
Abodolah memang seperti kacang lupakan kulit.. berjanji untuk mengikut arahan chedet sebelum menjadi PM. Bila dah jadi dia kata "selamat jalan chedet". itu abodolah.. Chedet jgn lupa.. Si najis ni berlipat kali ganda lebih ganas dari chedet. Klau chedet dulu banyak buat zalim pun still nak cover2 jugak, tp si najis tu buat terang2 je.
Saya hidup membangun walaupun tersiksa dibawah pemerintah chedet yg zalim dulu. sekarang saya hidup mundur dgn ekonomi yg begitu parah dibawah pemerintahan abodolah yg lemah sambil dipacu menantunya. Yg pastinya saya x sanggup bakal hidup dibawah pemerintahan seorang yg zalim dan bodoh. iaitu kedua2 watak yg ada pada chedet dan abodolah. saya dpt bayangkan malaysia akan jadi spt iraq semasa dibawah pemerintahan saddam hussin.

(harapan63)

Tanpa Nama berkata...

Belit jangan tak belit... belit macam ular sawa... lidah dah bercabang mcm lidah biawak... kita pecaya pada undang2... tp kita tak percaya dah kepada penjaga dan pelaksana undang2... semuanya berkurap anjing gila... dah lama dah.. Dr M... angin bertiup kencang menyatakan najib terlibat dalam kes pembunuhan altantuya... apasal polis tak siasat?... sekrg ade dengar keluar dlm surat kabar frace pulak... belum siasat dah kata tak berkurap.. Dr M sudah lah... rakyat penat dah kene beli ni...dah lama dah.. bawak2 bertaubat lah... kubur dah kata mai2...Apa yg boleh di ungkapkan sekarang ialah... rukun negara dah jadi
1.Kepercayaan kepada duit dan UMNO
2.Kesetiaan kepada UMNO dan kroni
3.Kedaulatan UMNO dan kroni
4.Keluhuran pelembagaan ikut suka UMNO dan kroni
5.Kezaliman dan Kerakusan
sebagai rakyat malaysia itu lah aku rasa... kepada UMNO dan kroni... ingat hidup ini hanya sementara tiada yang kekal melainkan Allah S.W.T.. kembalilah kepada 2 paduan yang nabi Muhammad s.a.w tinggalkan untuk kita semua... tahu tak 2 panduan tu???... kalau tak tahu tanya Tok Guru Nik Aziz...

Tanpa Nama berkata...

yang menghairankan mahathir yang dah tak ada kuasa dan bukan ahli umno bersuara. kalau zaid berseorangan, mahathir juga serupa.
katanya, dia akan menyokong najib dengan syarat menteri kabinet yang bakal dibariskannya adalah terdiri dari mereka yang tidak korup. siapa? mukhriz kot. untuk renungan semua, calon-calon yang akan bertanding itu adalah pengamal rasuah. barangkali bn juga akan menamakan clon prk di bukit selambau, bukit gantang dan batang ai sebagai pengamal rasuah yang berasal dari akronim 'pr'.