Beberapa jam dari tulisan ini diterbitkan, calon PAS untuk PRK P059 Bukit Gantang akan diputuskan oleh pimpinan PAS yang akan bermesyuarat pada hari ini.
Setelah itu satu majlis raksasa akan diadakan bertempat di Taman Kota Jaya, Simpang, Taiping bagi mengumumkan calon yang telah diputuskan pada jam 9.00 malam.Pimpinan tertinggi PAS dan Pakatan Rakyat yang lain akan hadir dalam majlis bersejarah itu.
Sejak akhir-akhir ini saya ditanyakan mengenai siapakah calon yang akan dipertaruhkan, namun saya tetap merahsiakan senarai calon yang paling pendek yang telah diputuskan dalam mesyuarat PAS Perak yang lepas.
Beberapa orang wartawan juga mengajukan soalan yang sama kepada saya, namun saya tetap merahsiakan apa yang saya ketahui, termasuklah bila ditanya calon tempatan atau orang luar saya hanya berkata dia akan diumumkan pada 23 Mac.
Secara berseloroh saya banyak kali mengumumkan dalam ceramah penerangan sepanjang minggu pelas..Calonnya saya katakan adalah waranegara Malaysia, ia tidak melakukan dosa besar dan dosa kecil secara berterusan, kalau dia ada anak dan isteri pasti semuanya bertudung, dia tidak tinggal ibadah yang wajib, itulah calon PAS.
Semasa berdailog dengan pengundi di Surau Pecah Batu petang sabtu 21 Mac, saya juga diajukan secara langsung dengan soalan calon Bukit Gantang. Dengan cara penuh berhemah saya katakan bahawa kita mengakui calon adalah penting namun yang terlebih penting ialah gerak kerja untuk memenangkan calon. Hadir sama bersama saya ialah ADUN Buntong, YB. Siva Subramanian dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chan Ming Kai.
Merujuk kepada UPU Jelutung tempat program itu diadakan. Pada Piliharaya 2008 calon PAS cuma menang dengan majoriti 11 undi dari jumlah undi keseluruhan sebanyak sekitar 900 undi.
Saya tekan betul-betul kepada pengundi dan jentera di situ bahawa gerak kerja untuk memenangkan calon adalah yang paling wahid.
Manakala undi dari 1919 orang pembaca yang ikut serta pada poll yang diadakan di blog ini adalah seperti berikut.
DS. Muhammad Nizar 46% (874 votes)
Ust. Idris Ahmad 21% (404 votes)
Hj. Mohd.Sabu 15% (286 votes)
Ust. Ahmad Awang 9% (173 votes)
Hj.Asmuni Awi 3% (53 votes)
Ust. Norazli Musa 3% (53 votes)
Calon selain diatas. 4% (76 votes)
Total Votes: 1919
Kita tunggu siapakah dalam senarai yang ada di atas adalah pilihan dari pimpinan PAS, sesudah itu kita tidak mahu lagi membiacarakan dan mempersoalkan tentang calon, kita mesti buat kerja untuk calon walau siapapun yang akan dipilih. Tamat.

3 ulasan:
Sedikit pembetulan:
"PAS Kalah di Pei Undi Jelutong 11 undi, maksudnya BN yg menang 11 undi tu.
Berkenaan calon, sikap terbuka pimpinan PAS Perak dan pengundi Pakatan Rakyat di Bukit Gantang amat dialu-alukan. Yang penting, kembalikan kemenangan "mandat rakyat" di bumi Perak. Kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat di Perak adalah maruah "mandat rakyat"!!
Siapa yang menang di Bukit Gantang nanti adalah atas MANDAT RAKYAT, samada calon PAS atau BN. Kita mesti terima Mandat Rakyat.
Salam perjuangan..... Hrp Mat Sabu dipilih menjadi calon PRK Bkt Gantang pd kali ini. Kehadiran beliau akan menjadi pelengkap kekuatan PR di Parlimen kelak. Seorang pemimpin yang tahan diuji. Jgn dipersiakan kelebihan yg ada pd Mat Sabu ini. Hidup Mat Sabu!- Syamz, Pendang
Catat Ulasan