10 Mac 2009

Nik Aziz : Gerak kerja pilihanraya satu kewajipan.

BUKIT GANTANG, 9 Mac :-Ahli PAS hendaklah menganggap gerak kerja dalam politik Islam ini bukan sekadar satu kegiatan tetapi mesti menganggap ia satu kewajipan. Ambil iktibar dari doa iftitah : Sesungguhnya solat, ibadahku (kegiatan hidup sehari-hari), hidup dan matiku hanya kerana Allah Taala. Tuan Guru telah berucap dalam majlis Ijtima' Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang di hadapan para petugas yang datang dari seluruh negeri Perak. Majlis telah dadakan di Markaz PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Cempedak di sini hari ini.

"Sempena Maulidur Rasul ini kita mesti yakin bahawa PAS sahajalah yang sebenarnya yang menghayati Maulidur Rasul dengan cara kita bekerja untuk menegakkan Islam sebagaimana sirah Rasulllah saw; sedangkan UMNO hanya menghayatinya melalui slogan-slogan cinta Rasul yang sedap didengar tetapi penuh dengan kekosongan," tegas Tuan Guru.

"Apa yang UMNO buat, PAS pun boleh buat. Sebut sahaja, buat bangunan, buat jambatan dan macam-macam lagi; kita boleh buat. Tapi sebaliknya, apa yang PAS buat, UMNO tak boleh buat iaitu pembangunan takwa" kata Tuan Guru lagi.

Oleh kerana itu, takwa adalah sebaik-baik bekalan kerana takwa bermaksud buat apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang. Kita mesti taqwa dalam politik, takwa dalam sosial, takwa dalam pendidikan, takwa dalam ekonomi dan sebagainya.

Tuan Guru berkata, takwa akan menjadi pancaindera kepada kita. Ia akan menjadi penyuluh untuk mengenal yang mana halal dan mana yang haram. Mata kita tidak dapat membantu kita mengenal halal dan haram.

Turut berucap dalam majlis tersebut ialah Ustaz Nasharuddin Mat Isa dan Ustaz Haji Ahmad Awang. Antara penceramah yang memberi motivasi kepada petugas pilihan raya kecil ialah Ustaz Idris Hj. Ahmad, Ustazah Nuridah Mohd. Salleh dan Datuk Mahfuz Omar.

Ucapan penutup pula diisi oleh Menteri Besar YAB Hj. Mohammad Nizar Jamaluddin, Haji Asmuni Awi dan Datuk Husam Musa.

Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi para peserta ijtima' tetap setia menunggu sejak pagi lagi bagi mendengar amanat-amanat yang disampaikan oleh pimpinan parti sehingga majlis tamat pada jam 1.30 petang. http://intanhijau.blogspot.com
Gambar :http://al-futhuhat.blogspot.com

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budi bahasa dan sopan santun amalan orang Melayu, Islam datang menambahkan lagi keindahan Melayu umpama memberi pakaian yang cantik. Amat malang bagi Melayu apabila terdapat golongan yang menolak Islam. Maka bertelanjanglah Melayu selama-lamanya.

Harris Abdullah berkata...

Malangnya budi bahasa dan sopan santun yang diamalkan oleh orang Melayu telah dicabuli oleh segelintir melayu yang tidak bertamadun dengan memberi gambaran seolah-olah gangsterisma sinonim dengan melayu.

Tanpa Nama berkata...

Allah bersama orang yang benar. Kita ikhtiarkan supaya pimpinan dan ahli PAS terdiri dari orang yang benar - perbelanjaan pilihanraya perlu telus, tiada fitnah memfitnah kerana mahu jadi calon dll. Pantau pihak yang arahkan gerak kerja pilihanraya. Jangan hingga duit diselewengkan. Jangan pula pura-pura hampiri individu untuk jadi calon kemudian hebahkan yang individu itu yang minta jadi calon (menganiaya orang lain) seperti yang pernah berlaku. Jangan memburukkan petugas dari negeri lain yang berfungsi dan bekerja keras, konon mendahului organisasi dan sebagainya. Ahli PAS Kelantan ada kekuatan, sebab itu Allah bantu mereka sekian lama pertahankan kemenangan.
Jangan kita buat jahat sesama Islam - kut tak tertanggung balasan Allah kelak. Melainkan kalau hanya pura-pura Islam, sebab itu tergamak menganiayai orang lain dan tak amanah.