05 Mac 2009

Pilihan raya kecil DUN Batang Ai serentak 7 April

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai akan diadakan serentak pada 7 April ini.

Dengan keputusan itu, ketiga-tiga pilihan raya kecil iaitu kerusi Parlimen Bukit Gantang dan dua DUN - Bukit Selambau dan Batang Ai akan diadakan pada hari yang sama.

Batang Ai terletak di Sarawak manakala Bukit Gantang di Perak dan Bukit Selambau di Kedah.

Hari penamaan calon bagi kerusi DUN Batang Ai juga akan diadakan serentak pada 29 Mac, kata Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof di Kuching sebentar tadi.

Pada 13 Februari lalu, SPR memutuskan untuk mengadakan kedua-dua pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selambau pada 7 April.

Pada 24 Februari lalu, kerusi Batang Ai kosong ekoran kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional (BN).

Unting, yang merupakan Menteri Muda Pertanian dan Menteri Muda Sukan Sarawak, meninggal dunia di Pusat Perubatan Pakar Normah akibat serangan angin ahmar yang dialaminya pada 22 Mei lalu.

Pada pilihan raya negeri Mei 2006, beliau menewaskan Nicholas Bawin Anggat dari Parti Kebangsaan Sarawak dengan majoriti 806 undi.mstar.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kita tunggu pula pengistiharan pembubaran DUN Perak dan Pilihanraya negeri Perak pada 7 APril 2009. Apamacam YB kan sesuai tu.
Lawan tetap Lawan. Hari hari mari kita sembahyang sunat hajat mohon ALLAH perkenankan. Amin.....

Tanpa Nama berkata...

Kalau ada Wakil rakyat dari BN mati mesti SPR buat 7 April 2009. Sebab Tarikh tu tarikh keramat bg BN

Tanpa Nama berkata...

hmm menarik...2 bukit 1 btg, kite tgk sape yg kene.....kui3