22 Mac 2009

Risalah fitnah terhadap PAS, laporan polis dibuat

BUKIT GANTANG, 21 Mac :- Menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit yang tidak berapa lama lagi sudah terdapat usaha pihak tertentu untuk memburukkan PAS dan Pakatan Rakyat dengan melakukan provikasi dengan mengedarkan risalah berunsur fitnah risalah berunsur fitnah dan provokasi yang dicetak dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertangongjawab .

Risalah fitnah yang berunsur provakasi itu dikatakan ditemui oleh seorang penyokong PAS sebaik sahaja selesai menunaikan solat jumaat semalam lalu di Masjid Bendang Siam.

Menurut Ketua Penerangan Operasi Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang yang juga Adun Titi serong, Khalil Idham Lim risalah itu telah diberikan oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya PAs, Salman Salleh kepadanya bagi membuat tindakan selanjutnya..

Meneliti surat berwarna putih itu jelas dicetak gambar DYMM Sultan Perak Dan Mufti Kerajaan Perak yang ditulis dengan perkataan 'Ini Anjing Barisan Nasional"

Khalil Idham melahirkan rasa terkejut dengan risalah berunsur fitnah dan beliau yakin perbuatan ini dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab menjelang pilihanraya kecil Parlimen Bukit Gantang .

"Saya menafikan sama sekali risalah fitnah ini dicetak dan dikeluarkan oleh Jentera Pilihanraya PAS Bukit Gantang, saya percaya ini adalah kerja yang dilakukan oleh pihak tertentu yang tidak bermoral yang sengaja mahu membuat provokasi dan mahu melagakan PAS dengan DYMM Sultan Perak dan Mufti Kerajaan Perak," tegasnya.

Sehubungan itu beliau telah membuat satu laporan polis pada jam 5.15 petang semalam di Balai Polis Changkat Jering dan meminta pihak polis membuat siasatan terperinci siapakah yang bertanggungjawab mencetak dan mengedarkan risalah yang berunsur fitnah yang memburuk burukan PAS dan Pakatan Rakyat.

"Kita mahu pihak yang bertanggungjawab dengan pengedaran risalah berunsur fitnah ini didakwa ke mahkamah, " katanya.Harkahdaily.

Tiada ulasan: