15 April 2009

Benarkah dakwaan Najib krisis politik Terengganu bukan krisis besar ?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, krisis politik di Terengganu bukan sesuatu yang luar biasa sehingga tidak dapat diselesaikan. Persoalannya benarkah dakwaan Perdana Menteri ?

"Ia bukannya satu krisis yang besar," kata Perdana Menteri ketika diminta mengulas tindakan 10 Ahli Dewan Undangan Negeri daripada Barisan Nasional yang tidak menghadiri persidangan hari ini kerana bimbang keselamatan mereka setelah tiga daripada mereka menerima SMS berbentuk ugutan.

SMS itu dipercayai ada kaitan dengan ura-ura usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Datuk Ahmad Said akan dibentangkan pada persidangan dewan itu.

Namun saya menjangkakan krisis politik Umno Terengganu dijangka berlarutan kerana persoalannya ialah rasa tidak puashati kumpulan Idris terhadap Ahmad Said berlarutan sekian lama .

Kalaulah perkara ini kecil sahaja kenapa pula Najib membuat kenyataan segera dan menggelabah pula Muhyiddin untuk berjumpa Ahmad Said bagi mendapatkan gambaran yang sebenar kemelut itu.

Beberapa persoalan besar mesti dijawab dalam krisis ini, antaranya benarkah sebagaimana yang dinafikan Najib bahawa kumpulan wakil rakyat itu cuba untuk menyingkirkan Ahmad.

Selain itu persoalan lain ialah siapakah yang mengirim SMS berbentuk ugutan kepada 3 ADUN sehingga membawa kepada laporan Polis.

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mungkin perkara ini kecil sahaja kerana baru terima ugutan bunuh.. belum peringkat C4 lagi..

Tanpa Nama berkata...

Kata sanggup berkorban untuk rakyat. Baru dapat ugutan sms dah kecut. Tengok adun PR Perak dihalang bersidang tapi tetap datang.

Tanpa Nama berkata...

dasar pengecut...kena ugut dah gelabah..kalaulah pejuang Islam yg sejati, pastinya takkan gentar nk menghadapi apa juga cabaran, ugutan dsb..

Yanaam berkata...

Tak besar tapi kronik. Ia akan berterusan dan melarat hingga PRU13. Mesti Najib pening nak pilih calon nanti.