10 April 2009

Keputusan 'hakim' Bukit Gantang perlu diterima Dr Zambry - Husam

KOTA BHARU, 9 April :- Masihkah Dato' Dr Zambry Abdul Kadir mampu bertahan di kerusi 'Menteri Besar Perak' sedangkan rakyat sudah memberi isyarat jelas menolak Barisan Nasional (BN) digambarkan melalui referendum Bukit Gantang.

Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa berkata, rakyat Perak melalui pengundi Bukit Gantang telah menjatuhkan penghakiman mereka.

"Kembalikanlah kepada rakyat. Walaupun sudah terlajak, ia masih boleh dibetulkan jika kehormatan politik dan maruah diri masih utuh.

"Rakyat Perak tidak boleh menerima kerajaan haram yang membelakangkan pilihan mereka, apa lagi semua dasar yang diputuskan kerajaan Pakatan Rakyat diteruskan tanpa satu pun dirombak kerajaan BN.

"Walaupun Umno mendakwa dasar-dasar itu merugikan Melayu, termasuk dasar pemberian milik tanah yang telah terbengkalai sejak puluhan tahun semasa BN mentadbir Perak," katanya dalam sepucuk surat yang dikirim kepada Zambry hari ini.

Calon BN di Bukit Gantang, Ismail Saffian turut mengakui kekalahannya kelmarin antaranya berpunca daripada rampasan kuasa Febuari lalu. Kenyataan itu disiarkan sebuah akhbar hari ini.

Pemimpin Gerakan di Kedah juga mengakui punca kekalahan BN di Bukit Selambau ada kaitan dengan peristiwa rampasan kuasa di Perak.

Husam berkata, sekiranya calon BN sendiri boleh mengakui hakikat itu di mana lagi Dr Zambry mahu meletak muka.

"Bukan sahaja menyebabkan BN kalah di Bukit Gantang, tetapi kesan negatifnya sampai ke Kedah.

"Kalau sudah ahli dan rakan sendiri menyalahkan tindakan Umno Perak, tentulah rakyat yang telah membuat pilihan mereka merasa terkilan lebih lagi. Apa lagi yang boleh menghalang naluri murni YB tidak tersentuh dan deria maruah YB tidak terpanggil," katanya.

Menurutnya juga sejak rampasan kuasa kelancaran pentadbiran Perak terganggu kerana semata-mata ada pihak membelakangkan pilihan rakyat.

Kata beliau Adun Pangkor sebagai watak utama apabila bersetuju menerima jawatan Menteri Besar, sekali pun Menteri Besar yang sah tidak pernah dalam apa jua cara mengosongkan kerusinya.

"Atas takdir Allah, berlaku kekosongan kerusi di Perak berikutan kematian anggota parlimen Bukit Gantang di mana seorang Adun berpaling tadah ada di situ, iaitu DUN Changkat Jering.

"Calon BN tewas dengan majoriti yang lebih besar. Kemenangan Dato' Seri Nizar telah membuktikan segala-galanya," katanya. Harakahdaily.

11 ulasan:

Malaysian-2Day berkata...

wahai cina islam, kamu bercerita mengenai 2000++ undi tu sebagai RAKYAT PERAK? Bagaimana dengan 19,000++ undi BN@UMNO tu? bukan Rakyat PERAK? Kemenangan di Bukit Gantang bukan pengukur suara rakyat Perak. Sabar je la, tunggu sehingga pilihanraya umum akan datang. SABAR! kan korang tahu, SABAR ITU SEPARUH DARI IMAN! Takkan tak leh tunggu lagi 2 atau 3 tahun kut. Boleh kan CINA ISLAM? Tungguuuuuuu

Dato' Drs.Khalil Idham Lim (林川興) berkata...

tak heran tunggu 2, 3 tahun, alhamdulillah kami sudah tunggu 50 tahun untuk kuburkan BN. yang jadi masalahnya pemimpin Bn dan penyokonmgnya macam saudara kerana sudah ketakutan diatas kapal yang hampir karam.

Awanama berkata...

tak payah tunggu PRU 13 bro tunggu bulan Mei je... kalau ada berani bubar je sekarang tak payah tunggu Mei, majoriti 40000 +++ masa PRU 12 bukan rakyat Perak ke?

D'Rimba berkata...

KITA TAK PAYAH BERTEKAK SAMA2 KITA DOAKAN SUPAYA PERLAKSANA TEGAR ACUAN BARAT TERUS TERKUBUR DI TANAH AIR KITA NI DAN MEREKA YANG BENAR INGIN MEMARTABATKAN ACUAN TERSENDIRI BERTERASKAN ISLAM SEJATI SUBUR DI BUMI MAKMUR INI...SESUNGGUHNYA BANGSA SEMAKIN KARAM DI LAUTAN KEBARATAN SEKARANG NI......YANG KITA PERLU UTAMAKAN ADALAH ISLAM BUKAN BARAT SANA SINI SEPERTI SEKARANG NI.....

Awanama berkata...

UMNO penakut!bacul!pondan!
kalau betul berani buat pilihanraya semula la,
tak payah tunggu PRU13 pon,
kalau dah menang nanti baru boleh belagak pegang kerajaan, ini belagak dengan rampasan kejam ala2 zionis fafirun yang maha jahanam!!PR boleh terima dengan redha kalau kalah di tangan rakyat perak, bukan di tangan Najib dan si toyol belaan zambry tuh!!

Awanama berkata...

to malaysia-2day,UMNO ada katakan yang PR menang hanya kerana undi dari kaum cina,aku nak tanye ko,pengundi cina kat bkt gantang tu ade sampai 20ribu ke?bangang tol..abis yang lain tu kaum mane plak undi kalau tak kaum kau sendiri?bodoh,bangang,bahlol!dah kalah tu terima je lah..ini menunjukkan walaupun diumpan dengan amoi2 seksi kat kuala sepetang,org2 cina sana takkan termakan dengan taktik kotor UMNO zionis tu,yang termakan hanya menteri UMNO zahid yang dengan kompidennya katekan yang terian seksi tu budaya kaum cina..statement paling bodoh keluar dari mulut rakyat Malaysia bergelar menteri!!tapi media UMNO langsung tak tunnjuk kat TV kan??

Awanama berkata...

to malaysia-2day,UMNO ada katakan yang PR menang hanya kerana undi dari kaum cina,aku nak tanye ko,pengundi cina kat bkt gantang tu ade sampai 20ribu ke?bangang tol..abis yang lain tu kaum mane plak undi kalau tak kaum kau sendiri?bodoh,bangang,bahlol!dah kalah tu terima je lah..ini menunjukkan walaupun diumpan dengan amoi2 seksi kat kuala sepetang,org2 cina sana takkan termakan dengan taktik kotor UMNO zionis tu,yang termakan hanya menteri UMNO zahid yang dengan kompidennya katekan yang terian seksi tu budaya kaum cina..statement paling bodoh keluar dari mulut rakyat Malaysia bergelar menteri!!tapi media UMNO langsung tak tunnjuk kat TV kan??

agressif berkata...

sabar2..tak perlu marah2 dan maki hamun,cool down.saya btul teringin lihat pakatan rakyat membentuk kerajaan persekutuan,bukan setakan peringkat DUN saja, tetapi parlimen.barulah ade kelainan, ini takat tukar PM saja,parti yg sama juga - RASUAH.

Ketua menteri melaka yg terang2 rasuah (ditukar nama ke politik wang) tidak diambil tindakan SPRM/dipenjara/dibicara tetapi cuma di ambil tindakan Lembaga Displin Umno saja.pelik jugak,kalo mcm tu, baik PAS tubuhkan Lembaga displin PAS,so kalo ade rasuah, tak lah kena tindakan dari SPRM...

UMNO memperbudak2an rakyat malaysia.agaknya UMNO tidak sedar,undi kebanyakan dari golongan muda, juga golongan muda skrg ramai yg sudah berpendidikan tinggi..mesti boleh fikir punya..

Awanama berkata...

Salam YB...
Sabar ler YB dgn kata2 "malaysia-2day" tu, yg penting kita dakwahkan org UMNO yg sememangnya tertutup dari maklumat2 yg benar. Mcm "malaysia-2day" tu, dia tu mmg munafik laknatullah, dari zaman nabi dah ada golongan munafik ni cuma t/jwb kita tarbiyahkan org2 Islam dlm Umno tu, mana tau Allah perkenankan doa kita.

Awanama berkata...

Aslkm YB... Tahniahhhh Dua Bukit kita dapat... Jgn layan sangat malaysia-2Day dia tu tahu main Batang sendiri , tak tahu nak ramas 2 Bukit

Awanama berkata...

lantak le korang PAS...BERANGAN JE lah...aku heran le orang PAS...APE SAJE GENG DIA BUAT SEMUA BETUL SAMPAI BACA QURAN TANPA WUDUK PUN OK...SEMUA HALAL...SAIDINA OMAR KENA AMBIL WUDUK BERSIHKAN BADAN SEBELUM DAPAT ISLAM DULU...AKU TAK FAHAM LAH ORANG PAS NI...NIK AZIZ PUN KELUARKAN FATWA IKUT SEDAP CAKAP JE BERSELINDUNG DI SEBALIK SERBAN DIA