10 April 2009

Khairy tercicir, Mukhriz masuk kabinet

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan senarai 28 orang menteri dan 40 timbalan menteri dalam anggota kabinet barunya petang ini.

Kecuali ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin, kesemua ketua sayap dalam Umno dilantik menganggotai barisan kabinet baru yang diumumkan hari ini.

Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dilantik sebagai menteri kemajuan wanita, keluarga dan masyarakat.

Manakala ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Rasyid Syirin dilantik sebagai timbalan menteri kesihatan.

Bagaimanapun, naib ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim dilantik sebagai timbalan menteri belia dan sukan.

Seperti yang diramalkan, ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir sebagai timbalan menteri timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri (MITI).

Manakala antara menteri yang digugurkan ialah Datuk Seri Syed Hamid Albar, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Datuk Mohd Zin, Datuk Amirsyam Aziz dan Datuk Azalina Othman Said dan Datuk Ong Ka Chuan dan Datuk Zulhasnan Rafique. Turut digugurkan ialah timbalan menteri, Datuk Noraini Ahmad.

Manakala mereka yang dibawa masuk semula menganggotai kabinet kali ini ialah Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dan ahli Parlimen Batu Pahat, Datuk Puad Zarkashi (timbalan menteri pelajaran). malaysiakini.

6 ulasan:

Awanama berkata...

Drs,the moral of the story "berdikari" lebih mulia drpd bertongkat dgn Pak mertua. Nona Ratana Chulaborn.

malaysia baru berkata...

Kerja lama UMNO mencantas saudara yg tak sebulu...

abgBro berkata...

Hari ini telah rasmi perlantikan menteri2 kabinet yg baru.Tahniah pd yg dipilih.Ada yg digugurkan cam syd amid bekas menteri dlm negeri.Namun keseluruhan nya lebih kpd pertukaran kementerian shj kelihatan nya, yg betul2 baru ade le dua tige kerat cam mukhriz...yg paling menarik adalah ketua wanita jadi menteri, ketua puteri jadi timb menteri tapi musykil juge ketua pemuda tak jadi menteri or deputy nie..,ape kes br0?? hehehe

Awanama berkata...

salam,simpati pada ketua pemuda,,,,yang kalah jadi timbalan nie,,,yg ni yg aku tak faham intergreti !!!!!kalau aku jadi mukriz saya reject tawaran tersebut !! sharir misti setuju,,maruah beb,nagieb wat happen to you,kenapa tak lantik toyo sekali he he he

Awanama berkata...

Perkara ni memang dah di jangka...biasalah dalam kabinet sarkas mmg mcm tu ler keadaannya.

Awanama berkata...

salam kenapa tak lantik toyo sekali... sharil u r right !!!!!!!!