17 April 2009

MASIHKAH KAU INGAT ?

MASIHKAH KAU INGAT? Siapakah yang membela nasib seorang gadis MELAYU di Melaka tetapi yang tukang membela kena penjara...Dah jadi Ketua Menteri tukang belatu..TAK MALUkah UMNO yang konon bela MELAYU? Saya puji inilah sifat pejuang yang tetap berjuang tanpa mengira bangsa.

UMNO? MASIHKAH KAU INGAT? Media kata negeri Kelantan mundur dan ramai rakyat kebuluran sewaktu PAS berjaya merampas kembali Kelantan. Cuba datang sendiri Kelantan sekarang terutama sewaktu cuti sekolah, nescaya semua hotel penuh. Saya pernah mengalaminya dan akhirnya tidur rumah tumpangan sahaja.Untuk bercuti bulan 6nipun kebanyakan hotel dah penuh terutama yang 4 dan 5 bintang TETAPI dalam tv asyik kata Kelantan tertinggal dengan arus pembangunan.

MASIHKAH KAU INGAT? Apa yang dikatakan oleh pengerusi jentera pilihanraya BN Kelantan ketika pilihanraya umum tahun lepas. "Kepada yang menyokong BN,kita jangan leka walaupun kita diambang kemenangan untuk menakluk kembali Kelantan,teruskan usaha kita kuatkan jentera kita..." Bila keputusan pilihanraya keluar muka pengerusi itu diam seribu bahasa kerana BN menang sorak sahaja.

Kepada rakyat Melaka, MASIHKAH KAU INGAT? Siapakah yang merampas kedamaian pantai Rombang Melaka hingga tesergam Petronas di sana?

Kepada pengundi-pengundi Parlimen Bukit Gantang yang lepas. MASIHKAH KAU INGAT? Siapakah yang menabur wang sewaktu berkempen? Siapakah yang memberi anak ayam pada orang kampung? Siapakah yang memberi anak ikan keli? Siapakah yang memberi helmet percuma? Siapakah yang memberi basikal percuma? NAMUN, ada juga orang Melayu yang lupa...Semoga gambar di atas membuatkan orang Melayu kita ingat kembali kepada sejarah MALAYSIA..

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

6 ulasan:

ZAMRI kecik's berkata...

kan mulayu mudah lupa...

ZAMRI kecik's berkata...

kan melayu mudah lupa...

Tanpa Nama berkata...

tul tu..kan melayu mudah lupa,sian kat melayu kan!kan!

Tanpa Nama berkata...

melayu yang sokong UMNO/BN jer mudah lupa...
lawan tetap lawaaannnn.....

Tanpa Nama berkata...

byk lagi tu YB. tu si Mike Tyson bwk lari Puteri raja gi siam. mahakutty ckp diorg ni tikus yg menderhaka pada raja. etc etc. HUH!

Zawir Al-Hamidi berkata...

Siapa la agaknya tu yek?