02 Mei 2009

Keputusan sekat media tanpa rujuk Speaker

Arahan membataskan wartawan membuat liputan sidang dewan itu Khamis depan - yang kedua selepas BN merampas kuasa Pakatan Rakyat, Feb lalu - sebagai campur tangan setiausaha kerajaan negeri.

"Perjalanan persidangan Dewan Negeri terletak di bawah bidang kuasa Speaker.

"Setiausaha Kerajaan Negeri (Abdul Rahman Hashim) tidak berunding dengan Speaker berkaitan dengan hal ini.

"Beliau membuat keputusan sendiri secara sewenang-wenangnya," kata Speaker, V Sivakumar.

"Sekali lagi, Setiausaha Kerajaan Negeri telah campur tangan dalam urusan perjalanan Dewan Negeri."

Malaysiakini semalam melaporkan hanya beberapa "media utama" sahaja diberikan kebenaran untuk membuat liputan sidang penting tersebut yang menentukan saat-saat getir perjuangan terakhir Pakatan dalam perebutan kuasa dengan BN - termasuk menentukan Speaker baru dan usul menyokong menteri besar kudeta BN Datuk Zambry Abd Kadir.

Media dalam talian termasuk Malaysiakini tidak diberikan peluang berbuat demikian.

Dalam kenyataannya kepada media hari ini, Sivakumar berkata media "bukannya datang untuk menimbulkan kekecohan dalam dewan."

"Mereka (media) hanya datang untuk membuat liputan persidangan. Rakyat berhak mengetahui apakah sebenarnya berlaku dalam persidangan hari itu," katanya.

"Rakyat tidak boleh diperdayakan dengan berita 'satu pihak' dengan hanya membenarkan media yang menyokong kerajaan.

"Tindakan Datuk Setiausaha jelas menunjukkan satu lagi usaha yang mengancam demokrasi negara kita." (Dengan sedikit ubahsuai berita asal dari Malaysiakini).

3 ulasan:

Awanama berkata...

salam,

Eloknya biar BN letakkan SUK Perak tu jadi calon BN kat Penanti je. Biar betul-betul dia jadi ahli politik bukan dok ngacau DUN Perak pulak.

Awanama berkata...

Malaysia - segala-galanya boleh!!! Kalau tidak memilukan, memang kelakar gelagat UMNO-BN. Macam manalah masih ada lagi manusia yang boleh menerima dan menyokong kejahatan demi kejahatan yang mereka lakukan?

Awanama berkata...

duit dapat,kuasa dapat beb!manusia masa ini tak peduli dosa pahala.janji kenyang