02 Mei 2009

ADUN Titi Serong perihatin keluarga India terbiar miskin

Drs. Khalil "ketawa besar" melihat gelagat teman cilek semasa makan bersama.
Mungkin semua masih ingat mengenai sebuah keluarga India di Simpang 5 Parit Buntar yang telah disiarkan kesusahan dan kesempitan hidupnya dalam rancangan "Bersama Mu" di TV 3 sebelum sambutan Depavalli yang lepas. Saya yakin ramai yang menitiskan air mata mengiringi kesusahan hidup yang digambarkan dalam rancangan setengah jam kegemaran ramai itu.

Pejabat ADUN Titi Serong menerima maklumat mengenai kesempitan hidup keluarga tersebut yang memerlukan pembelaan seterusnya kerana ternyata apa yang berlaku sempena rancangan itu adalah bantuan bermusim dan bersifat 'kosmetik" sahaja. Oleh itu ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim telah meninjau keadaan sebenar yang berlaku kepada keluarga itu Rabu lepas.

Pada kesempatan itu Drs. Khalil berkongsi kesusahan dengan mereka dengan membeli nasi bungkus dan sedikit buah-buahan dan menggunakan masa untuk makan bersama dengasn anak dan cucu keluarga India yang memerlukan bantuan itu.

Bantuan yang diterima dari pejabat JKM sebanyak RM 135 sebulan jauh dari keperluan sebenar.

Kesempitan hidup keluarga ini sangat mendapat perhatian dari Pejabat ADUN Titi Serong dan langkah yang perlu akan di ambil secepat mungkin untuk meringan kesusahan hidup mereka.



4 ulasan:

Din Jalil berkata...

Demikianlah realiti hidup hari ini, segala-galanya boleh dijadikan bahan komersial hatta manusia papa kedana pun boleh dijadikan bahan pemasaran untuk mencari keuntungan. teruskan perjuangan YB, usaha anda tetap disokong.

Manickam Nadeson berkata...

You are really great YB. Hats off for you.
This is Pakatan Rakyat.

Malaysian-2Day berkata...

heheh kalau tv3 buat "kosmetik" yg hang pi tangkap gambar beria2 pehal? ikhlas? sekurang2nya tv3 lebih tahu dulu masaalah tempat hang dari kamu sendiri sebagai ADUN di sana.

inilah Pakatan Rakyat.

Awanama berkata...

M-2day, setahu aku rumah keluarga india tu duduknya sebelah DUN Alor Pongsu yang BN menang, masa keluar tv adun BN tu ada sekali,lepas tu dah hilang tak jenguk lagi, bangang sungguh kamu ni m2day.... bantuan sebelum itu sudah disalurkan oleh pihak ADUN PR cuma perangai puak BN buat lakonan sesudah itu konon telah dibela. OK la kalau ADUN TS yang dah pi jenguk harap hang tahu mengata saja, buat malu malaysia saje.