02 Mei 2009

PAS Pusat tolak kehendak Pemuda tanding di Penanti

PULAU PINANG: PAS Pusat menolak hasrat Pemuda PAS Pulau Pinang supaya PAS meletak calon untuk bertanding pada pilihan raya kecil kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.

"Ini kerana PAS tertakluk kepada perjanjian yang telah dipersetujui dalam Pakatan Rakyat (PR). Semua parti dalam PR telah bersetuju, jika berlaku pilihan raya kecil, calon yang bertanding mestilah daripada parti yang bertanding pada pilihan raya umum sebelum itu," kata Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali.

Kerusi Penanti kosong berikutan peletakan jawatan penyandangnya dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohammad Fairus Khairuddin yang juga bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang.

PKR telah mengumumkan calon mereka untuk bertanding di Penanti iaitu Timbalan Pengerusi Perhubungan PKR Pulau Pinang, Mansor Othman, 56.

Selain PKR, calon bebas, Aminah Abdullah, 56, bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, turut menyatakan hasrat untuk bertanding. Barisan Nasional (BN) belum menamakan calon mereka.

Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Mohd Hafiz Mohd Nordin berkata Pemuda PAS mahu PKR memberikan kerusi itu kepada PAS bertanding memandangkan prestasi Mohammad Fairus dari PKR sebelum ini tidak memuaskan.

Pilihan raya kecil Penanti ditetapkan pada 31 Mei ini sementara penamaan calon pada 23 Mei. Mstar.

5 ulasan:

Awanama berkata...

jgn la menunjuk ketamakan kuasa

ssz berkata...

sekadar cadangan,

mengapa tidak satu2 kawasan itu dicalonkan wakil dari ahli parti yang mana mempunyai jumlah keahlian yang paling tinggi di satu2 kawasan, dengan ini, jika satu2 parti (PR) itu mahu bertanding di satu kawasan yang difikirkan dari segi strateginya akan dimenangi calon mereka, ianya adalah berdasarkan bukti iaitu parti itu mempunyai keahlian yang tertinggi jumlahnya di kawasan itu. dengan itu setiap parti yang ingin mempunyai lebih kawasan akan berusaha menambah keahlian dari masa ke semasa.

sebagai contoh, jika di penanti inilah (tidak bermakna menolak pencalonan sedia ada hanya sekadar cadangan lain waktu)calon dari parti mana yang mesti diletakkan adalah dari parti keadilan(contoh) kerana keadilan mempunyai jumlah keahlian yang tinggi, mengatasi DAP dan PAS.

saya fikirkan cadangan ini berdasarkan, sokongan atau undi yg diberikan kpd PR adalah tidak meihat pada parti sangat, atau bangsa (walaupun ramai yg masih merasakan ianya begitu) tetapi rakyat secara majoritinya mahukan PR dengan perbezaan mereka yg ketara dengan BN antaranya, perebutan pencalonan sering berlaku di kalangan mereka dan sering ia melibatkan pencalonan dari bangsa mana, pada penyokong PR - does it really matter, because if it is, another similarity between us and BN is there.

dengan cara ini juga saya berpendapat, akan wujud persaingan kecil yang sihat di dlm PR itu sendiri. demi pengukuhan kesepakatan PR demi perubahan yang dikehendaki rakyat di masa hadapan.

wallahualam...

Awanama berkata...

matylamat menghalalkan cara, semua parti politik sama, banyak berlakon & hipokrit. aku suka. 2 pkr bertanding? hahahaha memang lawak. walaupun sorang tu bekas, nampak sangat pkr memang ada masalah. pas? apa kurang mee celuplah, mee siputlaj, semua hipokrit.
HIDUP TGNA & TGHH!

Awanama berkata...

Hafiz Nordin..????? siap dia ...loyar,majistrate??.. atau anai-anai??

Awanama berkata...

siapa hafiz nordin tu....pembela atau penderhaka....