09 Mei 2009

Manoharan bebas selepas seminggu ugut letak jawatan

PUTRAJAYA, 8 Mei: Selepas kira-kira seminggu M Manoharan membuat cadangan untuk meletakkan jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Alam Shah untuk membolehkan pilihan raya kecil diadakan di situ, Menteri Dalam Negeri mengumumkan beliau akan dibebaskan segera bersama 12 tahanan ISA yang lain.

Manoharan bakal dibebaskan bersama dua lagi pemimpin Barisan Bertindak Hak-hak Hindu (Hindraf). Mereka adalah P Uthayakumar dan K Vasantha Kumar.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata, beliau akan menandatangani dokumen pembebasan itu hari ini.

"Mereka akan dibebaskan dalam masa dua atau tiga hari," katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet di kementeriannya di sini, hari ini.

Katanya, pembebasan tahanan tersebut bukan bermotifkan politik.

Selain ketiga-tiga mereka, sepuluh lagi yang dibebaskan termasuk tiga warga Malaysia, dua warga Indonesia dan lima warga Filipina.

Tiga warganegara itu adalah Zulkepli Marzuki, Jeknal Adil and Adzmi Pindatun, manakala dua warga Indonesia adalah Zainun Rasyhid dan Aboud Ghafar Shahril.

Lima warga Filipina adalah Sufian Salih, Hasim Talib, Abdul Jamal Azahari, Yusof Mohd Salam dan Husin Alih.

Bulan lalu, sebaik sahaja menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib umumkan pembebasan 13 tahanan ISA termasuk dua pemimpin Hindraf.

Ia dibuat menjelang pilihan raya kecil Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.
Siasahdaily.

7 ulasan:

ASYRAF berkata...

alhamdulillah

ASYRAF berkata...

alhamdulillah

Awanama berkata...

kali ini pembebasan dibuat bermotifkan apa pulak?

Awanama berkata...

Pembebasan tahanan ISA bukan bermotif politik. Kenyataan tersebut membuat ramai di luar sana tersenyum simpul, sinis malah macam nak termuntah!Ini bukan zaman tahun 1980an atau 1990an dimana sumber maklumat rakyat hanya rtm, kumpulan nst dan kumpulan utusan sahaja. Maklumat alternatif yang lebih berintergiriti melambak, berepah dihujung jari.

Tok Ayah berkata...

Setiap kali dibuat pembebasan tahanan ISA yang diguna pakai pada zaman fir'aun ini maka berkatalah pemimpin UMNO bahawa inilah bukti BN bukan pemerintah zalim. Hairan lagi pelik... Adakah orang zalim yang menzalimi orang lain kemudian berhenti membuat kezaliman itu boleh berkata dia adalah orang baik-baik. Begitulah UMNO dahulu, kini dan selamanya.

Awanama berkata...

Syukur alhamdulillah.

Pembebasan tiga orang pemimpin Hindraf bukan bermotif politik. Tapi yang menghairankan setelah ADUN Kota Alam Shah M. Manoharan mengugut untuk meletakkan jawatan ADUN telah membuat kerajaan membebaskan M Manoharan dan 12 orang yang lain.

Andainya M Manoharan tidak mengumumkan untuk meletakan jawatan saya rasa pemimpin hindraf tersebut tidak akan dibebaskan. Lagi pun PRK Penanti yang mana BN mungkin bertanding pembebasan anggota Hindraf untuk mendapat undi simpati dari pengundi. Sebelum ini juga kerajaan telah membebaskan 13 orang tahanan ISA sebelum PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air.

Awanama berkata...

Pembebasan M.Manoharan hanya untuk mengelakkan berlakunya PRK Kota Alam Shah.Bukankah skrg Najib dah tersangattt... la bosannye dengan PRK. Kalau tak dibebaskan Manoharan nanti ada PRK lagi.Kemudian BN kalah lagi dan lagi dan lagi....