09 Mei 2009

TERKINI 11.31 pagi: Laporan Polis

Saya bersama ADUN PR dalam perjalanan dari pejabat DAP-Ipoh ke IPD Ipoh untuk membuat laporan Polis mengenai insiden di DUN kelmarin.

Saya bersama ADUN-ADUN lain akan melaporkan mengikut Kanun Keseksaan Panel KOd 124 dengan tindakan mengasari ADUN kelmarin.

YB.Sivakumar bersama ADUN Sungkai, YB.Sivanesan sedang membuat laporan.


Speaker Perak sedang berada di IPD Ipoh membuat Laporan Polis mengenai insiden DUN Perak yang disaksikan seluruh dunia dan ia amat memalukan

ADUN Pakatan Rakyat berada di ruang legar IPD Ipoh.

Gambar aksi ADUN Jelapang menyembur mata terhadap ADUN Aulong

Saudara Muthu yang ditangkap,dipukul, digari dan dipulas tangan hingga cedera membuat Laporan polis di IPD Ipoh. Beliau dibawa ke kem FRU dekat stadium Ipoh dan dilepaskan jam 5 petang kelmarin. Di sebelah beliau ialah Ustaz Misbah dan ADUN Kepayang, YB Loke

24 ulasan:

diri ini berkata...

YB...
KALU LAPOR KAT POLIS PON,WATPE?
BKN POLIS KE YG BAWAK KLUAR SPEAKER SMLM?

Awanama berkata...

lapor jangan tak lapor...tapi siasat ke??

Awanama berkata...

Assalamu'alaikum YB.

Ada seseorang dlm DetikDaily menyampaikan cadangan yg beliau baca dari email dari seseorang.

Iaitu, kalau Parlimen atau DUN mana2 negeri sekalipun bersidang, dan ramai MP BN tak hadir, dan jika di kira pula bilangan MP PR lebih ramai, maka buat usul utk tukar speaker. Kalau kena tolak sekalipun, offkan microphone Speaker, buat satu bulatan MP PR, lepas tu buat usul tukar speaker, dan terus pakaikan speaker baru dgn jubah. Saya rasa BN pun terkedu, sebab kena batang hidung sendiri.

Secara peribadi, saya kurang bersetuju dgn cadangan di atas kerana kalau MP PR bersikap seperti mereka (BN), maka apa beza PR dan BN. Tapi apa kata kalau YB sekadar nyatakan sebagai sindiran kpd MP2 BN beritahu kpd mereka bahawa MP2 PR di mana2 negeri atau di parlimen juga boleh membuat perkara yg sama, cumanya PR bukanlah se "desperate" macam BN Perak.

Awanama berkata...

Saya teringat ada seorang Ustaz yg juga bekas Polis memberitahu memang polis zaman sekarang jahat, tak macam Polis zaman dia dulu, sebelum operasi, solat sunat dulu.

Malah zaman x-KPN Haniff dululah yg mana secara "officialnya" ucapan salam tidak di benarkan sama sekali oleh anggota Polis.

Dan Polis telahpun di ajukan cadangan (zaman dia) utk tubuhkan semacam unit Islam sepertimana KAGAT. Tapi di tolak oleh PDRM masa itu.

SwampThing berkata...

salam YB, sedih sungguh saya tgk apa yg berlaku di dalam DUN Perak semalam. Klu ikutkan hati, mau saja saya ludah muka YB (Yang Beruk) Zambry. Klu saya ada peluang bersemuka dengan Zambry, mmg best sgt...Takpa YB Khalil, kuatkan semangat. Sekarang mungkin kita tewas tapi peluang pada PRU 13 ni, UMNO Perak dan BN Perak akan tertiarap dengan cara yg lebih hina lagi

Awanama berkata...

aku teringin nak tengok salah seorang YB kita kasi penerajang freekick kat salah seorang adun BN... baru syok sikit hari nie pakat2 buat laporan polis... pastu kita tengok la pulak siasatan mana yg nak dibuat dulu... yg penerajang free tu ka yg speaker kaa...

Art Pokon berkata...

YB,

Saya berpendapat, biarlah BN dengan cara mereka. Saya rasa tidak guna untuk melawan walaupun menggunakan perundangan, keputusan tetap berpihak kepada mereka. Berundur bukannya kalah. Susun strategi untuk PR13. Redha saja. Kenbenaran pasti menjelma

evolusi cicit sagor berkata...

sabar YB2, insyaallah kemenangan semakin dekat ngan kita. ttg hari isnin nie, jgn le berharap kita akan mng, coz malaysia negara UBN. PR dan rakyat pasti tidak akan mng. Sabar, tunggu lg 3/4/8 tahun UBN akan lenyap dibumi ini. takbir.........

kp cht ibol berkata...

jamuan kemenangan prk p059 bukit gantang
8 mlm ini ( 8/5/09) di selatan tomyam batu 8 jalan terong..semua dijemput hadir..tetamu undangan DS Ir Nizar Jamaluddin / Us Norazli Musa.

Awanama berkata...

apela yg kelawaknya.. nihla bila undang2 Allah tak nak ikot.. haru biru... harap2 tak masukla CNN, BBC... malu sehhh.... tak pernah lg dgr hall jd mcm ni... setuju dgn pendapat tanpa nama.. wat per nak lapor polis? ada pekdah ke? mari kita munajat kpd Allah... lapor kat Allah, amatlah berpekdah dan berbaloi....

Awanama berkata...

YB, jangan lupa dakwa Hee Yit Foong atas kesalahan mengoyakkan tiga keping wang kertas.

Awanama berkata...

KENAPA POLIS KACAU..PADAHAL KAT LUAR TU JENAYAH BERTAMBAH

BumiPerak berkata...

Ikuti Kronologi Sidang Dewan Negeri Perak pada 7 Mei 2009 olahan dari catatan YB Idham Lim di:
http://bumiperak.blogspot.com/

Awanama berkata...

Drs,Salam simpati kerna sebegitu sekali YB dikasari di Sidang Dewan Undangan Negeri.Khamis nan gelta merubah segala.Dewan yg Mulia sekelip mata menjadi "Dewan Yang Hina".Aduhai Negeri Perak mustika hati..Mengapa harus terjadi? Nona Ratana Chulaborn.

Hassan Adli B. Haji Othman berkata...

Kami rakyat malaysia sungguh bangga mempunyai YB2 (ADUN PR Perak) yang berani menghadapi kezaliman yang telah dilakukan oleh BN (Babi Negara) semalam. Syabas untuk semua YB2 Pakatan Rakyat....Semuga perjuangan mu itu untuk menegakkan keadilan di negeri PERAK mendapat rahmat dan berkat dari Allah SWT. Takbir!!! Allahu Akbar!!!

mente berkata...

salam yb,

aku nak kate ape lagi,

1.maki dah habis maki keluar dah...

2. sumpah seranah dah habis segala binatang dah..kaki pendek ke.. panjang ke.. munke ke..@ 7 keturunan lagi..

3. istifar dan berdoa ajer ler ..bagi cool sikit,

4. dan tunggu kau laknat..pru13..tak lama mana pun..

Awanama berkata...

semalam adalah sejarah
jangan ditangisi,ambil iktibar
kerja keras dari sekarang
pr lemah dikawasan luar bandar
gandakan usaha menawan hati pengundi melayu
bangsa lain kita tak perlu risau sangat
yakin dan percaya pada Allah

muryadi berkata...

Patutlah pun x-KPN tun Haniff Omar tu sekarang jadi Deputy Chairman of Genting Berhad.

Itu pun ada lagi yg melayu lagi kat situ.

http://www.genting.com/directors/gb.htm

5/07/2009 9:24 PM
Tanpa Nama berkata...

Saya teringat ada seorang Ustaz yg juga bekas Polis memberitahu memang polis zaman sekarang jahat, tak macam Polis zaman dia dulu, sebelum operasi, solat sunat dulu.

Malah zaman x-KPN Haniff dululah yg mana secara "officialnya" ucapan salam tidak di benarkan sama sekali oleh anggota Polis.

Dan Polis telahpun di ajukan cadangan (zaman dia) utk tubuhkan semacam unit Islam sepertimana KAGAT. Tapi di tolak oleh PDRM masa itu.

muryadi berkata...

Patutlah pun dan menasabah jugak cerita ni. Sebab tu lah x-KPN Tun Haniff Omar menjadi Deputy Chairman of Genting Berhad (Syrkt termasuk Judi).

http://www.genting.com/directors/gb.htm

Terdapat juga ahli2 lembaga pengarah yg lain merupakan org Melayu.


5/07/2009 9:24 PM
Tanpa Nama berkata...

Saya teringat ada seorang Ustaz yg juga bekas Polis memberitahu memang polis zaman sekarang jahat, tak macam Polis zaman dia dulu, sebelum operasi, solat sunat dulu.

Malah zaman x-KPN Haniff dululah yg mana secara "officialnya" ucapan salam tidak di benarkan sama sekali oleh anggota Polis.

Dan Polis telahpun di ajukan cadangan (zaman dia) utk tubuhkan semacam unit Islam sepertimana KAGAT. Tapi di tolak oleh PDRM masa itu.

karat berkata...

Inilah dia lawak yang dicipta oleh Umno untuk rakyat. Pihak polis digunakan untuk tangkap dan lanyak orang di dalam dan luar dewan tapi bila time nak lapor, kena lapor kat polis juga. Agak-agak, polis akan ambil tindakan terhadap diri dia tak.

karat berkata...

Adakah saudara muryadi hairan tentang orang Melayu menjadi pengarah syarikat judi? Sedangkan anak raja Melayu pun menjadi lembaga pengarah syarikat arak.

Awanama berkata...

cerita rampasan kat perak dah masuk new york times siap ada links kat cina islam.perdana menteri malaysia memang memalukan negaralah.

Awanama berkata...

kpasu guy berkata...
YB,

Saya berpendapat, biarlah BN dengan cara mereka. Saya rasa tidak guna untuk melawan walaupun menggunakan perundangan, keputusan tetap berpihak kepada mereka. Berundur bukannya kalah. Susun strategi untuk PR13. Redha saja. Kenbenaran pasti menjelma


Saya bersetuju dengan pendapat saudara.Kita lawan je setakat kemampuan kita buat masa ini.Jangan terpengaruh dengan tektik haram jadah ouak-puak ni.Mereka akan menerima nasib mereka bila rakyat yang buat pilihan pada PRU nanti.Sekarang biarkan mereka guna segala jin dan aprit mereka.Insya Allah tunggu PRU akan datang.

Awanama berkata...

diatas perbuatan polis yang melampaui batas, nanti suatu ketika akan menjadi ikutan bagi jenerasi akan datang, sepatutnya pasukan polis yg telah dilateh penuh disiplin tidak melakukan secara terang terangan yang menunjukan diri mereka sebagai suatu pasukan gengter, mencerminkan sebagai satu pasukan mafia. suatu ketika nanti mungkin ada segolongan rakyat yang akan berdendam kepada suatu pasukan polis yang suatu ketika dulu amat dihormati tetapi kini mereka dipandang keji, mereka bagai satu pasukan pembuli yg tidak bolih diharap sebagai pelindung masyarakat lagi. Pandangan peribadi saya ini adalah diatas dasar prihatin terhadap beberapa peritiwa yang amat memalukan dlm masa kebelakang ini. Pm, menteri dalam negeri dan mereka2 yang berpengaruh sepatutnya bukan mengunakan polis untuk kepentingan politik mereka. kini permusyuarahan tida lagi dalam kamus politik malaysia, kepentingan rakyat telah terpinggir, kegelojohan merampas kuasa telah meragut kedamain rakyat, rakyat telah jemu melihat aksi2 pelakon2 ini.....hentikan lah....sebelum kuasa rakyat dan kemarahan rakyat bermula. kepada pasukan polis berhati2 lah saya risau dengan diri kalian.......