09 Mei 2009

Kenyataan Media ADUN Titi Serong

Berikutan dengan insiden malang dan memalukan dalam sejarah demokrasi di Perak dan di Malaysia dengan ini dengan rasa penuh tanggung jawab saya suka untuk mengeluarkan beberapa kenyataan atas nama seorang ADUN Negeri Perak dan sebagai Pengerusi kelab Penyokong Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat:

Kenyataan saya seperti berikut :

1. Saya mengecam dengan sekeras-kerasnya tindakan UMNO dan BN yang menggunakan pasukan Polis yang dibawa secara haram untuk mempertahankan tindakan haram mereka. Ekoran dari tindakan yang menyalahi undang-undang ini mengundang kekecohan dalam dewan negeri secara terancang dan menjayakan usaha BN untuk merampas kerusi Speaker secara tidak sah.

2. Sebagi orang yang diamanah untuk menjaga Kelab Penyokong saya juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan pasukan polis yang bertindak secara kasar dan ganas kepada tidak kurang dari lapan orang ADUN pakatan rakyat semasa pergelutan di meja Speaker sekitar jam 3 petang. Tindakan Polis yang menceroboh masuk ke dalam dewan sangat memalukan generasi m,uda yang mula mengenali dunia politik yang jelas telah melanggar undang-undang telah disusuli dengan tindakan ganas kepada orang yang telah diamanahkan oleh rakyat untuk menggubal undang-undang dan perkara berkaitan dalam negeri Perak di dewan tempat mereka melakukan tugas rasmi itu..

3. Jika tidak ada pencerobohan dan membenarkan pergerakan ADUN dan siapa saja untuk hadir sidang seperti biasanya, saya yakin persidangan akan berjalan dengan lancar mengikut undang-undang yang telah diperuntukkan.

4. Suka saya mengigatkan kepada pihak yang tidak bertanggung jawab dalam mengeruhkan sidang kelmarin samada pihak BN dan UMNO, Setiuasaha kerajaan Negeri, dan Polis bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada dalam mengawal selia perjalanan sidang negeri telah ada sejak kita mencapai kemerdekaan dan diguna dengan penambah baikkan dari masa ke semasa sehingga ianya boleh memberi satu keyakinan undang-undang itu sudah cukup praktikal dan ampuh bagi melahirkan sidang yang aman dan tenteram.

5. Saya juga sangat mengesali dengan tekanan yang diberikan kepada pegawai-pegawai kerajaan sperti bantara dan lainnya sehingga mereka semacam telah diarahkan supaya tidak mematuhi apa-apa arahan dari Speaker Perak, V.Sivakumar yang masih sah sehingga sekarang.

6. Saya berseru kepada semua penyokong dan rakyat di kawasan ADUN Pakatan Rakyat dan tidak terkecuali di kawasan DUN yang dikuasai oleh BN supaya melakukan Laporan Polis kepada kejadian 7 Mei kelmarin.

7. Harapan saya semuga semua PAS kawasan mengadakan solat hajat bagi memohon restu dan petunjuk dari Allah dalam menghadapi kemelut yang berpanjangan dalam siri tindakan dan kezaliman BN di malaysia khususnya di Perak.

8. Seruan saya juga saya sampaikan kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan kedamaian dan keadilan, marilah kita memberi sokongan padu kepada perjuangan rakyat bersama wadah Pakatan Rakyat. Jangan sampain BN melakukan perkara yang lebih dasyat dari peristiwa semalam . Walaupun kita sudah fikirkan peristiwa "jakun" kelmarin sudah tidak masuk akal dan sangat memalukan , jangan sampai BN bertindak lebih tidak masuk akal sesudah dari ini.

Pada; * Mei 2009

Drs. Khalil Idham Lim
ADUN Titi Serong/
Pengerusi BBC Perak.

16 ulasan:

datoseri berkata...

Hi YB Khalil,

I salute you and all the PR ADUNs, especially YB Speaker Sivakumar, for standing so firm on principles of constitution / democracy / justice and fighting hard for people of Perak...and all Malaysians for that matter of facts.

You guys are heros and role models for the consciencious politicians and statesmen.

Keep up the good work, rakyat back you up.

Together we can bring back democracy!

Jurufoto berkata...

bN jAkuN

Rohaifi Azri berkata...

Semoga Allah swt mematahkan kezaliman dan pengkhianatan mereka dan mengembalikan kebenaran di pihak yang berhak...

Awanama berkata...

Drs,Mohon Ir Nizar sebagai MP Bkt Gantang dpt mengemukakan soalan lisan dan bertulis minta penjelasan Menteri Dlm Negeri atas rasional apa kah tindakan PDRM bertindak diluar bidang kepolisian utk menceroboh masuk Ke Dewan Undangan Negeri Perak di Sidang Parlimen pada 15 Jun 2009.Diangkat utk pertimbangan Nona Ratana Chulaborn

Awanama berkata...

salam YB..
Kalau Suruhanjaya Siasatan Diraja masih boleh dipercayai kewibawaannya.. dapat lah kiranya pihak PR desak kerajaan tubuhkan badan tersebut...untuk bagi cadangan dan tindakan sewajarnya,,,

Awanama berkata...

Allahu Akbar! Pertolongan Allah pasti datang utk golongan teraniya. Bersabarlah dan teruskan perjuangan. Mantapkan jemaah dan PR.

Prof. Era Pasca berkata...

nampak nye jampi tok samy mamak zambry kutty berjaya mempengaruhi BENTARA dewan dan PDRM....

Panglipulara® berkata...

NASKAH TALKIN BUAT PEMUDA umno PERAK

dapatkan disini > http://hardcorekpgpisang.blogspot.com/

Hassan Adli B. Haji Othman berkata...

Nampak gayanya zaman pemerintahan Najib lebih zalim dari PM2 terdahulu. Kerajaan Haram dan Speaker Haram dan akan sampai masa BN akan jadi haram jadah selepas ini. Saat kepupusan BN makin terasa dan mungkin penggal ini adalah penggal yang terakhir bagi kerajaan BN. Sama-sama la kita berdoa agar dipercepatkan lagi kehancuran BN. Mudah-mudahan tertegaklah satu kerajaan yang adil dan saksama di bumi Malaysia ini....Insya Allah...

Awanama berkata...

UMNO = ISRAEL
JIHAD MENENTANG MEREKA ADALAH WAJIB !!!!

Awanama berkata...

Kepada semua ADUN PR Perak...jangan khuatir...anda mungkin 'ditewaskan'...tak apa... jauh di sudut hati umno/bn mereka sebenarnya tahu yang krisis di perak telah menjadi semakin kalut...tak terhandle ...dan jauh disudut hati mereka sebenarnya mereka takut...sampai terpaksa guna polis dan seluruh jentera kerajaan demi mempertahankan 'kemenangan' tanpa maruah ala pondan...

pada umno/bn dan pencacainya semua...aku ucapkan tahniah...teruskan dengan agenda yang lebih kejam...tak apa...anggap saja rakyat malaysia semuanya bodoh dan percaya bulat2 dengan apa yang umno buat...

jangan khuatir...pru13 cuma 2tahun lebih je lagi...masa tu umno/bn akan tahu langit tinggi ka rendah....

tak percaya..???? tunggu.....

ILHAM berkata...

SAYA INGIN MENCADANGKAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'JAKUN' DIHENTIKAN KERANA IA MERUPAKAN SATU SUKU KAUM DAN ADA ANTARA MEREKA PENYOKONG PR....SAYA AMAT DUKACITA KERANA MOHD SABU SELALU MENYEBAUT JAKUN...UNTUK SUATU PERBANDINGAN YANG BURUK.

Awanama berkata...

SAYA INGIN MENCADANGKAN PENGGUNAAN PERKATAAN 'JAKUN' DIHENTIKAN KERANA IA MERUPAKAN SATU SUKU KAUM DAN ADA ANTARA MEREKA PENYOKONG PR....SAYA AMAT DUKACITA KERANA MOHD SABU SELALU MENYEBAUT JAKUN...UNTUK SUATU PERBANDINGAN YANG BURUK.

Mr Sultonic berkata...

KEJADIAN INI MENYUNTIK SEMANGAT SEMUA JEMAAH PAS DAN PAKATAN RAKRAT UNTUK MELAWAN UMNO DAH SELURUH JENTERANYA HINGGGA KE TITISAN DARAH YANG TERAKHIR!!!!!!!! ALLAHUAKBAR!!!!

ayie berkata...

yb...tlg arahkan semua pimpinan pas n pakatan rakyat bg penerangan kat rakyat secepat mgkin sebelum minda rakyat diracun oleh barua anjing bn..setiap hari dalam media arus perdana memutar belitkan fakta dan menuduh pakatan rakyat biadab,sy takut rakyat akan termakan ngan racun durjana barua anjing bn nie..

Awanama berkata...

Syabas Y.B. Anda diharap tidak mudah patah semangat dan hilang arah dalam menghadapi kemelut seperti yang telah dan sedang dihadapi. Perjuangan menegak amal makruf tidak mengenal pangkat dan darjat atau warna kulit. Dengan pegangan agama yang mendalam anda telah lalui bagai memijak duri dan onak. Walahal ramai ulamak dan mufti yang lebih lama berkecimpong dalam perjuangan tetapi apa yang anda hadapi dan mengecapi lebih dari segala-galanya.

Dalam kemelut di Persidangan DUN semalam bukan sahaja anda terdedah kepada mendapat kecederaan bahkan boleh hilang nyawa. Penampilan anda mmenjelaskan perpaduan dalam PR lebih kukuh walau baru setahun jagung wujudnya jika di bandingkan dengan anggota dalam Be End (sering bertempur sesama sendiri kerana selama ini tidak pernah melalui kekalahan).
Ahli-ahli dan pemimpin Be End bagaikan anak yang sentiasa di manja dan sukar berdikari jika menghadapi sesuatu masalah. Mereka tidak dapat menerima hakikat yang mereka sudah tidak relevan dalam perjuangan sejagat kerana nawaitu mereka adalah harta dan pangkat. Hal itu boleh dilihat kecenderungan anggota kerajaan yang melata di sekeliling mereka, SUK dan anak antong agaknya merasai DS Najib sebagai PM kini begitu kuat tetapi mereka adalah buta bahawa najib merupakan nyawa terakhir UMNO yang hanya akan bertahan beberapa ketika sahaja. Ini memandangkan Pembelaan dan pengadilan terhadap mangsaC4 tidak menggambarkan satu proses keadilan terhadap mangsa dan keluarganya.

Y.B. teruskan perjuangan yang luhur seiring dengan sunnah rasul s.a.w.