09 Mei 2009

Sivakumar adu kekerasan di DUN Perak

V Sivakumar, Speaker DUN Perak hari ini membuat aduan polis berhubung kekecohan dan "pencerobohan polis" di persidangan DUN Perak semalam.

Diiringi beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu, beliau tiba di ibu pejabat polis daerah Ipoh kira-kira 11.30 pagi tadi, sejurus selepas sidang media di pejabat DAP Perak.

Dalam aduannya, Sivakumar berkata sepuluh ADUN - termasuk menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abd Khadir dan enam exconya - telah "mengengkari arahannya" melarang mereka memasuki dewan

Saya juga mengumumkan selagi sepuluh orang ini tidak meninggalkan dewan, sidang dewan tidak akan bermula. Bagaimanapun, sepuluh orang ini telah mengengkari arahan saya sebagai speaker.

"Malahan mereka membuat kecoh di dalam dewan dengan cuba mengemukakan usul walaupun sidang dewan belum bermula lagi," laporan polis itu dipetik.

Tindakan sekumpulan polis dan "beberapa lelaki yang disyaki sebagai samseng luar tanpa pas" memasuki dewan "tanpa kebenaran dan pengetahuan" beliau turut dinyatakan dalam laporan polis tersebut.

"Walaupun saya telah cuba sedaya upaya memberi amaran (supaya) jangan berlaku kekerasan dan jangan menghalang saya menjalankan tugas (sebagai Speaker), sekumpulan lelaki tersebut telah mencekik leher saya dan mengheret badan saya sampai ke atas lantai.

"Dan saya dibawa keluar (dari) dewan negeri dengan penuh kekerasan," katanya dalam laporan itu, sambil menambah beliau kemudiannya dikurung selama sejam selepas itu.

Kekecohan itu juga, tambah Sivakumar, menyebabkan beberapa ADUN - antaranya Thomas Su (Pasir Pinji), Seah Leong Peng (Pasir Bedamar) dan Chang Lih Kang (Teja) - mengalami kecederaan.

Selain itu, ADUN Jelapang Hee Yit Fong juga didakwa menyembur bahan pemedih mata terhadap ADUN Aulong Yaw Tian Woh.

"Berdasarkan kepada fakta di atas, saya mendapati mereka yang terlibat dalam kejadian (yang disebut) di atas telah melanggar Seksyen 124 dan 323 Kanun Keseksaan dan undang-undang lain.

"Dan dengan ini saya datang meminta pihak polis mengambil segala tindakan undang-undang yang wajar supaya membela kedaulatan undang-undang negara dan menegakkan keadilan," adunya lagi kepada polis. Malaysiakini.

6 ulasan:

JAMILKUCING berkata...

Yb sorry for to say.who trust polis now. tiada siapa percayakan polis. mereka lebih hina dari penjenayah. kita report walau setimbun pun nothing will be happen.

Ladyship Atie berkata...

salam ziarah(:

boleh sy taw, encik penulis ni mmg cina muslim ye?.

sbb sy teringin sgt nak kenal dgn cina muslim, sbb nak tahu pengalaman2 yg insyaAllah bermakna untuk saya yg kadang2 tak sedar kehebatan Islam.
and selalu alpa.
if u dont mind(:

wsalam

Zikir Din berkata...

bukankah mahkamah telah memutuskan keputusan speaker untuk menggantung beberapa adun BN sebagai tidak sah? kenapa YB siva masih tidak menerima keputusan mahkamah?
boleh YB Limm jelaskan...

Awanama berkata...

Kpd imammuda...anda tak baca ke ulasan berkenaan perkara itu sblm ini?mahkamah hanya mengeluarkan KENYATAAN bahawa arahan speaker tidak sah bukannya ARAHAN tarik balik kepada speaker...itu 2 perkara yang jauh berbeza...nak detail lg tlg baca artikel 2...tq

madkrie berkata...

Kepada cik jamil kucing laporan polis adalah penting untuk PR suatu masa nanti.jangan kita berfikiran sempit dan mengharapkan polis menyebelahi kita hari ini.UMNO mereka bolih meminta pihak polis bertindak dengan segera kerana mereka memegang kuasa negara dan lagipun polis sekarang kebanyakannya tidak menyerahkan kepada Allah dalam menentukan rezeki mereka sebaliknya menggangap UMNOlah yang memberi rezeki.Sebab itulah mereka sanggup mengabaikan tugas yang diamanahkan.
Apabila PR berkuasa kelak segala jenayah salahguna kuasa ini akan kita bongkar satu persatu kemuka pengadilan dengan adanya laporan polis pada hari ini.Bersabarlah.

Cucu Panglima Bkt Gantang berkata...

Kepada imammuda. Anda ni lambat pickup dan dah tertinggal keretapi. Mahkamah mmg telah membatalkan keputusan speaker. Tp bkn itu sahaja yg diminta oleh MB Haram Zambry kepada mahkamah. Ada berbelas yg lain. Satu drpnya yg diminta MB Haram Zambry daripada mahkamah ialah agar mahkamah mengistiharkan agar semua yg digantung oleh speaker dibenarkan menghadiri sidang DUN. Tp mahkamah tidak membuat keputusan membenarkan permohonan tersebut. Kerana apa.... kerana mahkamah pun tau didalam sidang DUN speaker adalah lebih berkuasa daripada mahkamah. Anda ni mungkin banyak baca Utusan Meloya dan Berita Hairan serta tonton TV3 suku. Perkara ni dah dibuat sidang akhbar oleh peguambela.