29 Jun 2009

DEBAT BUANG MASA?

ASSALAMUALAIKUM YB!

DEBAT BUANG MASA? Itulah yang dikatakan oleh Tun Mahathir. Beliau juga berkata tidak ada faedah debattu berlangsung malah membuang masa saja. Najib cakap Inggeris dan Tok Guru cakap Arab, jadi dua-dua xfaham. Debat di Malaysia katanya tidak sama dengan di Amerika dan juga Indonesia yang berdebat untuk calon Presiden, jadi ia akan buang masa saja...jadi satu hiburan, KITA BUKAN LANTIK PEMIMPIN UNTUK MENGHIBUR...begitulah kata2 seorang bekas PM Malaysia pada satu majlis di Kedah hari ini.


Wahai bekas PM, Kami rakyat Malaysia yang menyokong PAS dan PR, bukannya lantik pemimpin2 yang boleh mewakili suara hati kami ini untuk menghibur. Kalau macamtu baik cari penari2 ala separuh bogel waktu majlis Zahid Hamidi di Kuala Sepetang sewaktu pilihanraya Parlimen B.Gantang tempohari. Terhibur sungguh kalau Tun xpercaya tanya si Zahid. Sewaktu buletin tv3 malam ini Tun juga ada menyatakan akan datang ke Manik Urai jika dipinta oleh UMNO. Datanglah Tun ke sana kerana memang kedatangan anda dialu2kan oleh rakyat MELAYU di sana. Hari ini juga media2 pro UBN sibuk dok kata Tok Guru nak berdebat kerana isu kerajaan perpaduan tempohari. Isu Melayu juga dimainkan oleh media2 UBNni. Kalau betullah Umno ni Melayu kembalikan hak royalti rakyat Kelantan yang tidak dibayar sejak 2004. Royalti Trengganupun xbayar habis lagi wahai Umno. Sesungguhnya Kelantan dan Trengganu penuh dengan Melayu disitu tetapi hak Melayu dipinggirkan oleh Umno terutama di Kelamtan. Janganlah setiap kali nak berlaku pilihanraya sibuk dicanangkan nak buattu nak buat ini untuk Melayu, selepas pilihanraya Melayu masih dok macamtuje di Kelantan. Alhamdulillah dengan adanya kepimpinan Tok Gurulah Melayu dibela disana dan ekonomi di Kelantan terus meningkat. Kalau waktu Bn perintah 20 tahun yang lepas Kelantan terletak dalam kategori negeri termiskin sekarang tanyalah Menteri Penerangan siapa pulak negeri yang termiskin? Teringat saya majlis kesyukuran di rumah Mukhriz anak Melayu bernama Mahathir, ada majlis bacaan doa, lepastu menari...nilah menghibur TUN! Tanya mufti Perak apa hukum majlistu?

ANAK KOMANDO REJIMEN 1

3 ulasan:

AnakUtara berkata...

Buleh pakai ka cakap org yg tidak berpendirian tu? Dulu dalam UMNO, lepas tu haramkan UMNO, keluar UMNO, masuk balik UMNO. Kalau dia diam lagi baik.

Tanpa Nama berkata...

Tanya mufti Perak... lagi buang masa. Dia bukan lagi mufti perak tapi Mufti Umno.

Tanpa Nama berkata...

AKU BENCI TERAMAT DGN TUN YG KUTUK NABI MUHAMMAD SAW. NABI SENDIRI BOLEH DIKUTUK INIKAN TOK GURU. MEMANG DASAR LAKNATULLAH.........