02 Julai 2009

Fauzi tepati kriteria, kehendak akar umbi Manik Urai - Presiden PAS

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Hrkh) - Pemilihan Bendahari PAS Kuala Krai, Fauzi Abdullah selaku calon PAS bagi pilihan raya kecil Dun Manik Urai bertepatan dengan kriteria dan kehendak akar umbi dpengundi i sana.
Iklan

Demikian tegas Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kepada Harakah ketika ditemui di Tingkat 14 Bangunan Parlimen pada semalam.

"Pemilihan beliau (Fauzi) ini menepati kehendak iaitu orang yang dipilih dikalangan mereka yang duduk dengan masyarakat bukan orang yang bekerja di pejabat yang hanya bekerja dari pejabat," katanya sinis.

Ujar Ustaz Hadi lagi, pemilihan Fauzi adalah berdasarkan kehendak semasa, walaupun beliau bukan dikalangan orang yang bekerja di pejabat, tetapi Fauzi menepati kriteria sama seperti bekas wakil rakyat PAS, Ustaz Ismail Yaakob (Pok Su We).


Fauzi juga calon yang telah disepakati oleh PAS Kawasan dan PAS Kelantan yang diyakini mampu menjadi wakil rajyat yang berwibawa, duduk ditengah-tengah masyarakat Manik Urai.

Presiden PAS itu juga mengulangi keyakinan PAS akan menang di Manik Urai berdasarkan kepada perkembangan sokongan semasa.

Namun beliau tetap melahirkan kebimbangan dengan proses pembuangan undi yang jatuh pada hari bekerja yang menyebabkan lebbih 1700 pengundi Manik Urai yang duduk di luar Kelantan untuk pulang.

Sementara itu mengulas mengenai isu cabaran debat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Perdana Menteri, Najib Tun Razak Ustaz Hadi menegaskan Umno sejak sekian lama (sejak tahun 1984) lagi menolak debat atau yang diumpamakan dengan hal tersebut.

Begitupun Ustaz Hadi lebih selesa jika muzakarah diadakan antara Umno-PAS selain mengajak seluruh NGO atau pertubuhan Islam membincangkan isu-isu yang membabitkan umat Islam.-HarakahDaily.Net-

Tiada ulasan: