31 Julai 2009

Kenyataan Media Pemuda PAS Perak (30 Julai 2009)

Kenyataan Media (30 Julai 2009)

HIMPUNAN PEMUDA PAS PERAK; ‘1 HITAM PERAK’

Himpunan ini juga selain persediaan kearah penyusunan jentera pilihan raya pemuda adalah untuk memantapkan organisasi pemuda seluruh negeri. Tema himpunan kali ini adalah baju hitam oleh semua hadirin yang hadir. Sasaran peserta adalah pemuda PAS seluruh negeri yang cintakan demokrasi dan yang ingin menegakkan keadilan untuk rakyat seluruhnya.

Program akan dipenuhi dengan pidato-pidato oleh pimpinan yang terdiri diantaranya ialah Ustaz Haji Abu Bakar Hussein, Pesuruhjaya PAS Perak; Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Haji Mohamad Sabu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat; Ustaz Haji Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat dan YB Haji Salahuddin Ayub, Naib Presiden PAS. Manakala mula jam 2.00 petang hingga 4.00 petang adalah program khas bersama pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada sebelah malamnya akan diadakan ceramah di empat zon yang telah ditetapkan iaitu Larut, Sungai Siput (U), Lumut dan Tanjung Malim. Penceramah-penceramahnya terdiri daripada pimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat dan juga negeri.

Oleh yang demikian, DPPN Pk menjemput dan menyeru seluruh pemuda PAS dan penyokong PAS untuk hadir beramai-ramai di dalam program tersebut.

SALMAN HAJI SALEH
Pengarah Jawatankuasa Himpunan Pemuda PAS Perak,
Merangkap Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

1 ulasan:

Dok Kakirempit berkata...

Salam YB,

Mufti Perak,TS DR Hj Harussani Zakaria - jika perhimpunan yang boleh mendatangkan huru hara, maka adalah haram mana-mana pihak untuk menyertainya apatah lagi perhimpunan itu di adakan tanpa permit.

Ini bukan keytaan Dol Kakirempit, tapi fatwa yang dikeluar oleh SS TS Mufti.

So fikir-fikirkan lah. Berfikir itu pelita hati.