09 Julai 2009

Michael Jackson selamat disemadikan.....

PERJALANAN TERAKHIR MICHAEL JACKSON... (dari kiri ke kanan) Kelihatan Randy, Marlon, Tito, Jermaine dan Jackie mengusung keranda adik mereka, Michael Jackson yang bersalut emas keluar dari dewan sebaik selesainya upacara memperingati Raja Pop itu. Upacara itu diadakan di Staples Center, Los Angeles dan disiarkan secara langsung ke seluruh dunia pada awal pagi ini. -foto REUTERS


10 ulasan:

Rakan Perantau Pasir Mas berkata...

bkn islam la dia ni yb ek??

Tanpa Nama berkata...

Nabi Muhammad saw wafat tak de bersalut emas. Kekasih Allah tu...ni manusia yang kerja nyanyi bersimbolikkan perbuatan lucah keranda emas. kalau kat malaysia tu x lama tanam pagi malam keranda hilang.

Unknown berkata...

belum semadi la YB,,, semalam tu hanya upacara terakhir untuk dia.... keluarga dia nak gak tunggu permit untuk kebumi kat neverland

King-Fx berkata...

Maknanya memang dia mati bukan sebagai Islam.. Biar lantak ler dia.. Kalau mati sebagai kafir, memang tiada belas kasihan drpd Allah SWT.

Tanpa Nama berkata...

belum semadi lgi

david ahmad muniandy berkata...

keranda emas dan mati berkubur dalam perkuburan kristian bukan cadangan MJ orang mati mana boleh beri sebarang cadangan? lepas MJ memeluk islam adakah dia fikir waktu mati kena kubur di kuburan islam?, orang mati mana boleh hidup balik beri sebarang cadangan supaya nak kubur kat tempat islam? orang mati mana boleh urus untuk diri sendiri? yang berurus mayat adalah orang yang hidup jadi kita lihat orang yang hidup tu adakah islam ataupun kafir.

sebab itu orang lain termasuk pihak penganjur yang berurus mayat MJ bukannya semua itu islam dan hangpa kena tau beberapa adik beradik dia bukannya islam, aku nak tanya hangpa selain jermaine jackson adalah islam janet jackson tu islamkah belum tentu lagi janet jackson memeluk islam, islam di amerika mana ada kuasa? kalau hanya 3 orang islam termasuk cat steven kata MJ kena berkubur secara islam dan beribu-ribu orang kafir jutawan idola MJ menentang untuk kubur secara kristian bolehkah 3 orang islam tu menang?

kalau hangpa kata MJ kafir belum tentu lagi hangpa ni betul-betul islam. serupalah hangpa dok kutuk umno, lain kali nak kata orang kafir cerminkan diri sendiri, Allah beri otak pemikiran p lah guna pakai jangan simpan dalam peti sejuk.

Tanpa Nama berkata...

Alangkah baiknya kalau orang Islam Malaysia tidak terlalu cepat menghukum dan mengutuk orang lain. Ingatkah anda dengan kisah Zulaikha yang diceritakan dalam Al Quran? Elok ambil iqtibar dari kisah itu.
Hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui tentang aqidahnya. Saya mengambil jalan berbaik sangka yang dia sudah Islam seperti yang diberitahu abangnya. Leave it at that.
Cuba fikir -
i)keadaan di negara lain adalah berbeza dari negara kita yang majoritinya Islam. Apa yang mudah dilakukan di sini mungkin mustahil dilakukan di negara lain dan begitu juga
sebaliknya.
ii)Yang tidak boleh dipertikaikan dalam Islam adalah hal-hal yang berkaitan dengan aqidah. Dalam hal-hal furuq tidak begitu. Dalam hal-hal praktikal dan kehidupan harian terdapat khilaf dan perbezaan pendapat. Contohnya, Imam Ghazali dan Yusuf Qardhawi menganggap muzik itu tidak haram asalkan tidak melekakan.
iii) Cuba belajar pupuk perasaan saling menghormati antara manusia. Hormati perbezaan antara manusia. Kewujudan bangsa dan kaum yang pelbagai adalah sebahagian dari bukti akan Maha Kayanya Allah. Adakah kita fikir Allah SWT hanya memberi taufiq dan hidayah kepada sekelompok kecil manusia yang ada di Malaysia sahaja? Adakah kita fikir bahawa sesiapa sahaja yang mengintepretasi dan mempraktikkan Islam dengan cara yang berbeza dari kita semuanya kafir belaka?

Tanpa Nama berkata...

Jangan cepat sangat mengkafirkan orang.Belajarlah hormati orang lain. Kita semua hamba Allah dan belum tentu siapa di antara kita yang diterima aqidahnya kelak.

Tanpa Nama berkata...

Dia peluk islam samada ikhlas atau x hanya Allah saja yg tahu..Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui...dia baru saja masuk Islam mungkin byk lagi yg dia xtahu...Org Melayu yg lahir2 Islam pon byk lagi yg ikut cara bukan Islam napa xdak org bising pon??? mcm meletak bunga di tugu negara....napa? Sebab byk lagi Melayu Islam di Malaysia ni jahil...sama la ngan sapa yg kata MJ kafir...

Tanpa Nama berkata...

maaf. saya ingin bertanya.

kalaulah MJ memang ikhlas peluk Islam.
tapi dia x dapat dikebumikan mengikut cara Islam, oleh kerana yang menguruskan jenazahnya adalah bukan Islam [sebaliknya dikebumikan di perkuburan kristian / cara kristian]..apa hukumnya?