15 Ogos 2009

Manusia berasal dari Adam dan Hawa bukannya monyet.

Seorang pembaca bernama Ramli Ismail" mengirim email seperti dibawah :

Baru baru ini saya ada menonton rencana di TV1 jam 7 mlm yang cuba merungkai asal usul kehidupan yang menyatakan setiap kehidupan ini berevolusi dari suatu punca. cth kehidupan SPAN dilaut telah berevolusi sehingga boleh menjadi pelbagai binatang yang ada sekarang..TV1 pernah juga menyiarkan rencana yang menyatakan manusia berasal dari monyet............

tidakkah itu telah menafikan penciptaan ALLAH SWT.kenapa TV1 menyiarkan rencana tersebut tanpa tapisan..apa pendapat YB.


suka yang ingin jelaskan bahawa Islam telah terang-terang dapat menjawab kebuntuan pemikiran timur dan barat tentang siapakah kita dan dari mana asal usul kejadian manusia, malah lebih jauh dari Islam yang berpandukan kepada Al Quran dan Sunnah mampu menjawab apa saja persoalan selagi ada persoalan yang perlu dijawab.

Termasuklah mengenai penafian kepada teori Darwin yang saya anggap"gila" dan tidak masuk akal itu kerana mendakwa manusia berasal dari moyet, dalam bahasa kelantan dipanggil Beruk.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). -Al-Hujuraat : 13

Teori itu sepengetahuan saya telah ditolak oleh pelbagai pihak termasuk bila dikaitakan dengan DNA bahawa beruk tidak ada persamaan dan kaitan dengan manusia.

Dengan ini saya membantah sekeras-kerasnya penerbitan rencana tanpa melalui penapisan teliti yang disebutkan oleh saudara. apalagi ini berkaitan dengan akidah dan kepercayaan yang tidak boleh diragui sedikitpun bahawa manusia berasal dari Adam dan Hawa. Menyiarkan rencana sedemikian boleh merosakkan akidah dan kepercayaan unmat Islam.

Dimanapun mana ada orang yang sanggup mengaku beruk, sehingga kalau beruk dibawa dengan basikal tuan punya beruk akan meletaknya di hadapan atas handle basikal. lalu orang akan berkata itu beruk....pak mat misalnya. Lain pula jadinya kalau beruk letak dibelakang, lalu orang akan kata itu adalah pak mat beruk. Ironinya mana orang mahu dipanggil beruk.

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

tv 1 pengkhianat agama islam. sanggup bersekongkol dengan ateis.ada kah patut manusia jadi dari monyet. beruk betul la.tak logik langsung.

Mr Joker berkata...

Manusia yang berasal dari monyet tu diakhir revolusinya bertukar menjadi ahli-ahli UMNgOk... yang tu YB tak perasan ke..?

Hahaha...

Tanpa Nama berkata...

DNA manusia memang jauh persamaannya dengan monyet, bahkan lebih banyak persamaan dengan DNA babi (lebih kurang 90% sama).

Tapi takde pulak di kalangan pendokong teori evolusi ni yang berani mengatakan manusia berasal dari BABI. Jelas sangat kebengapan pemikiran golongan 'saintis' sesat ni.

nauzubillah.