15 Ogos 2009

Perihatin : ADUN Titi Serong lawat tempat persinggahan burong yang dimusnahkan.


PARIT BUNTAR, 13 Ogos :- Saya sejak melihat keadaan kawasan persingahan burung ini sedang dimusnahkan,saya sering berfikir sejak dari itu ke manakah haiwan yang tidak berdosa itu akan pindah, berapa banyak sarang, telor dan anak yang baru menetas musnah bersama dengan usaha membersihkan kawasan hutan ini. Demikian antara kenyataan ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim semasa melawat ke tapak dan hutan yang sedang dimusnahkan sedangkan di situ menurutnya adalah tempat persinggahan burong yang sudah sedia dimaklumi oleh warga setempat.

Kawasan tersebut terletak di hujung Taman Kerian Permai dibelakang Asrama SMK Seri Perak dan SMK Panglima Bukit Gantang Parit Buntar yang juga bersebelahan dengan SK Baru Parit Buntar.

Menurutnya lagi dia telah menghubungi pegawai daerah Kerian dan telah mengutuskan sepucuk surat kepada jabatan perhilitan Negeri di Ipoh memaklumkan keadaan yang berlaku.

Lawatan bersama wartawan Sinar Harian itu jelas menyaksikan usaha sedang memusnahkan hutan yang menjadi tempat kediaman berbagai spesisi burong itu sedang giat dilakukan.

Seorang pekerja yang sedang mebersihkan kawasan itu bertanyakan kepada rombongan dengan nada bersalah " Salahkah kami memusnahkan kawasan ini ?".

Menurut Drs. Khalil kalau perkara ini berada dinegara luar tentunya rakyatnya keluar beramai-ramai berdemonstrasi supaya jangan memusnahkan kawasan tersebut. Jelasnya lagi kalau kita perihati dengan tempat tinggal sesama manusia, kenapa kita tidak perihatin kepada tempat tinggal burong itu.

"Sehubungan dengan itu saya memohon dari pihak yang berkaitan mengenai status sebenar mengenai tempat tersebut, adakah sudah ada perbincangan dan keputusan yang telah diambil dengan mengambil kira kepupusan tempat persingahan burong itu sebelum kerja pembersihan dilakukan " kata Drs. Khalil.









2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Assalamu'alaikum YB,

Sila YB hubungi Malaysian Nature Society. Website MNS adalah http://www.mns.org.my/. sekian, wassalam.

Yang perihatin

ZAMRI kecik's berkata...

MNS pencinta alam...
WWF pencinta haiwan...

saya salah sorang daripadanya...