15 Ogos 2009

Siasat segera RM10 juta untuk Ong Tee Kiat

KUALA LUMPUR, 13 Ogos: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepatutnya membuat siasatan segera ke atas dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi, Tiong King Sing, bahawa syarikatnya memberikan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Ong Tee Kiat, untuk urusan mesyuarat bahagian parti itu tahun lepas.

Lim Kit Siang dalam kenyataannya berkata, bukan sahaja SPRM, polis juga patut membuat siasatan segera.

Semalam, bos syarikat Kuala Dimensi yang sedang disiasat ekoran dakwan salah laku dalam projek Perlabuhan Klang Free Trade Zone (PKFZ), Tiong King Sing berkata, dia telah mendermakan RM10 juta kepada Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat.

Derma itu, dakwa Tiong, diserahkan beliau melalui Bahagian MCA tahun lepas.

Hari ini, Bengkel Pakatan Rakyat di Petaling Jaya juga mengambil keputusan mengecam tindakan SPRM yang didakwa menjadi alat Barisan Nasional.

Ini ekoran tindakan rakus dan tergesa-gesa SPRM dalam menyiasat para pemimpin Pakatan Rakyat khasnya di Selangor tetapi membiarkan pemimpin BN bergelumang dengan rasuah.

Pagi tadi, Ong Tee Kiat membuat laporan polis ekoran kenyataan CEO Kuala Dimensi itu.

Namun, Tiong King Sing menyambut baik laporan itu dan meminta Ong membuat laporan polis dan seterusnya menyaman beliau.

Beliau juga berkata mempunyai saksi terhadap kenyataannya kepada semua laman web semalam.

"Saya bagi dia duit cash kerana dia mahu cepat," kata Tiong King Sing kepada satu laman web hari ini.

Isu PKFZ dianggap punca penolakan secara langsung orang Cina terhadap MCA. Sebaik sahaja menjadi Presiden MCA dan Menteri Pengangkutan, Ong Tee Kiat berusaha keras untuk menyelesaikan isu ini.

Ekoran itu, baru-baru ini, PKFZ telah mendedahkan, siasatan sedang dibuat terhadap Kuala Dimensi ekoran beberapa tuntutan yang tidak munasabah yang melibatkan wang sehingga RM1 bilion.

Apa yang menyebabkan Tiong King Sing marah adalah Jawatankuasa Khas yang ditubuhkan untuk menyiasat penyelewengan PKFZ tidak pernah memanggil mereka untuk mendapatkan maklum balas sebelum membuat laporan termasuk salahlaku wang yang bernilai antara RM500 juta ke RM1 bilion.

ImageTiong King Sing (gambar), yang juga pengerusi Kelab Penyokong BN di Dewan Rakyat, mendakwa beliau telah 'menderma' RM10 juta kepada Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Tee Keat tahun lalu.

Wang tersebut, tambahnya, adalah untuk aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan bahagian-bahagian MCA.

Timbalan Tiong dalam KDSB, Datuk Faizal Abdullah berkata, Ong telah menggunakan jet peribadi milik syarikat tersebut sebanyak lima kali dan 'berhutang' kepada mereka sebanyak AS$40,000 bagi perkhidmatan tersebut, lapor satu laman web.

HarakahDaily.Net/-

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

satu perhimpunan raksaksa perlu di adakan spt mansuh isa, libat semua ngo, pertubuhan hakasasi, parlimen komenwelth atas HILANG KEPERCAYAAN/KETELUSAN RAKYAT 1malaysia kpd SPRM, PDRM, RTM, PM, TPM dan semua yang berakhir dgn 'M'

depa jadi kudatungangan ubn.